NDTV Convergence Memeterai Perjanjian Terbesar dalam Ruang Media Digital India dengan Taboola bernilai Rs.90-100 Kror (USD 13-15 Juta)

Memasuki perkongsian strategik selama tiga tahun dengan Taboola untuk mendayakan pengesyoran kandungan merentasi seluruh platform digitalnya


NEW DELHI, India, Oct. 02, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- NEW DELHI, India, Oct. 1, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) --  www.ndtv.comTaboola NDTV Convergence, cabang digital kumpulan NDTV yang memiliki dan mengendalikan portal perdana, www.ndtv.com dan semua harta digital lain Kumpulan itu, hari ini menandatangani salah satu perjanjian terbesar dalam ruang media baharu dengan TaboolaÒ untuk memperkasakan pengesyoran kandungan merentasi seluruh rangkaian desktop dan laman mudah alih Taboola. Perjanjian ini dianggarkan bernilai Rs. 90-100 Kror (kira-kira USD 13-15 juta) bagi NDTV untuk seluruh perjanjian berdasarkan unjuran trafik meliputi Web dan Telefon Bimbit.

NDTV Convergence mengumumkan kerjasama selama tiga tahun dengan Taboola yang merupakan platform penemuan kandungan terkemuka untuk memperkasakan pengesyoran kandungan kepada kumpulan audiens besarnya yang melebihi 60 juta pelawat unik.

Taboola akan menjadi rakan kongsi eksklusif, penemuan kandungan berbagai platform bagi seluruh milikannya. Selain daripada menyediakan pilihan kepada para pengiklan untuk mula mensasarkan audiens premium NDTVmelalui pemasaran kandungan tempatan, Taboola juga akan bekerjasama dengan NDTV untuk meningkatkan jumlah pengguna.

Vikram Chandra, CEO Kumpulan & Pengarah Eksekutif, NDTV memberi komen tentang usaha sama ini dengan berkata,Kami benar-benar gembira untuk bekerjasama dengan Taboola yang merupakan rakan kongsi hebat sepanjang tahun lepas. Hal ini sememangnya merupakan perjanjian bersejarah disebabkan saiz dan skalanya, lantas menjadikannya perjanjian terbesar dan unik dalam ekosistem media digital India.
Gabungan ini mengukuhkan lagi kedudukan pendahulu kami dalam ruang digital: sesuatu yang terbina melalui kandungan yang berwibawa dan pengalaman pengguna yang hebat.”

Suparna Singh, CEO dan Pengarang Urusan NDTV Convergence berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengguna kami kandungan terbaik dan berkualiti tinggi. Ketika kami memulakan perniagaan ini, dunia web masih belum begitu berkembang. Kini, memandangkan suapan media sosial terus memecahkan asas pengguna, kami perlu menyesuaikan kandungan berdasarkan minat pengguna. Seperti biasa, kami ingin menjadi yang termaju dan usaha sama ini juga memberikan kami cara baharu dan unik untuk menjana pendapatan daripada audiens kami yang berkembang di serata platform.”

“Kami rasa sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan penerbit dunia yang disegani seperti NDTV dan kami berharap untuk bekerjasama dengan Vikram, Suparna dan seluruh pasukan penyuntingan NDTV dalam meneruskan usaha untuk meningkatkan jumlah keseluruhan audiens dan keuntungan,” ujar Adam Singolda, Pengasas dan CEO Taboola. “Kami melihat India sebagai peluang besar bagi pemasar untuk mendapatkan audiens baharu kerana ramai penduduknya mengakses Internet buat pertama kali melalui telefon bimbit dan kerjasama ini merupakan saksi bagi komitmen kami untuk memberikan penduduk India kandungan berkualiti tinggi yang  mereka mungkin sukai dan tidak tahu akan kewujudannya.”

Tentang NDTV Convergence:
NDTV Convergence Berhad yang merupakan cabang digital Kumpulan NDTV yang mengeksploit sinergi antara televisyen, internet dan telefon bimbit. NDTV Convergence mengendalikan semua laman web kumpulan termasuk laman web perdana www.ndtv.comwww.ndtv.com. Portfolio NDTV Convergence juga termasuk Aplikasi berita NDTV di platform iOS dan Android serta semua inisiatif telefon bimbit kumpulan termasuklah m.ndtv.comm.ndtv.com, yang merupakan kedai sehenti bagi berita dan kandungan maklumat hibur  di mana sahaja dan kerjasama kandungan telefon bimbit merentasi pengendali telekom di India. NDTV Convergence juga memiliki dan mengendalikan portal terkemuka dalam bidang Gajet, Kereta dan Makanan.

Tentang Taboola:
Taboola merupakan platform penemuan kandungan terkemuka yang memberikan lebih 300 bilion pengesyoran kepada lebih 550 juta pengunjung unik setiap bulan di beberapa laman penerbit paling inovatif dalam Web termasuk USA TODAY, Business Insider, Chicago Tribune dan The Weather Channel. Berpangkalan di Kota New York, Taboola juga mempunyai pejabat di Pasadena, London, Tel Aviv, New Delhi dan Bangkok. Penerbit, pemasar dan agensi menggunakan Taboola untuk mengekalkan pengguna di laman mereka, menjana wang daripada trafik mereka dan mengedarkan kandungan mereka untuk menjana audiens berkualiti tinggi. Ketahui lebih lanjut di www.taboola.comwww.taboola.com dan ikuti @Taboola di Twitter.


 


            

Kontaktdaten