Tuan Rumah & Lokasi Majlis Antarabangsa ke-27  bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) Diumumkan


SUN CITY, Afrika Selatan, Oct. 20, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika majlis penutup Majlis Antarabangsa ke-26 bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) di Sun City, ICDE mengumumkan Contact North | Contact Nord Kanada sebagai tuan rumah bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan jarak jauh ke-27 di Toronto, Kanada dari 17 – 19 Oktober, 2017.

Lebih 4 juta penduduk di 600 komuniti kecil, luar bandar, jauh, luar bandar, Penduduk Asli dan Penutur Bahasa Perancis di wilayah terbesar Kanada, Ontario, boleh menyertai program atas talian dan jarak jauh dan kursus dari 24 kolej awam Ontario, 22 universiti awam dan 250 penyedia latihan dan kemahiran asas dan celik huruf tanpa perlu meninggalkan komuniti mereka dengan mencapai perkhidmatan yang tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis dari Contact North | Contact Nord.

Contact North I Contact Nord ditubuhkan oleh Kerajaan Ontario pada 1986. Pada 2016, ia memulakan dekad keempat operasinya, satu kejayaan dalam penyediaan capaian dan kesaksamaan terhadap pendidikan lepasan menengah dan peluang latihan untuk penduduk wilayah tersebut melalui 112 pusat pembelajaran atas taliannya. Contact North I Contact Nord beribu pejabat di Thunder Bay, Ontario, Kanada.

“Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh gembira kerana Persidangan Dunia ICDE ke-27 diadakan di Toronto, Kanada,” kata Tian Belawati, Presiden Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) dan Rektor Universitas Terbuka. “Toronto, yang dipercayai bermaksud ‘tempat perjumpaan’, adalah bandar tuan rumah yang ideal untuk Persidangan Dunia 2017 ICDE. Ia adalah bandar terbesar di Kanada, menawarkan penduduk seramai 2.5 juta, dan diumumkan sebagai salah satu daripada bandar yang paling berbilang budaya di dunia dengan lebih daripada 140 bahasa dan dialek pertuturan.”

“Dengan keluasan tanah kedua terbesar di dunia dan penduduk kecil terutamanya berkelompok di sepanjang sempadan Kanada-A.S, pembelajaran atas talian digunakan di seluruh bahagian Kanada sebagai kaedah yang berkesan untuk menyediakan capaian dan kesaksamaan terhadap pendidikan lepasan menengah dan latihan untuk rakyat Kanada di kawasan kecil, luar bandar dan jauh tanpa perlu meninggalkan komuniti mereka. Pembelajaran atas talian adalah penyumbang utama kepada kadar yang mengagumkan bagi pencapaian lepasan menengah Kanada hampir 65% daripada penduduk dewasanya dan meletakkan rakyat Kanada untuk mengambil kesempatan terhadap peluang global yang baru muncul,” kata Gard Titlestad, Ketua Setiausaha Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE).

“Pasukan kami berharap untuk menjadi tuan rumah kepada kira-kira 1000 ahli fakulti/tenaga pengajar dari kolej dan universiti, pengamal, pakar-pakar, pembuat dasar, pembuat keputusan akademik dan pembekal teknologi yang terlibat dalam bidang pembelajaran atas talian dari Afrika, Negara-Negara Arab, Asia dan Pasifik, Eropah dan Amerika Utara, Amerika Latin dan Caribbean yang akan berkumpul di Toronto untuk sidang kemuncak dwi-tahunan dunia bagi pembelajaran atas talian ini,” kata Maxim Jean-Louis, Presiden – Ketua Pegawai Eksekutif, Contact North | Contact Nord, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Dunia ICDE ke-27.

Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) ke-27 akan bertempat di Hotel Sheraton Centre Toronto dari 17 – 19 Oktober, 2017.

Untuk pertanyaan media: sila hubungi Gard Titlestad, Ketua Setiausaha ICDE, melalui e-mel ke titlestad@icde.org atau dengan menghubungi +47 48 10 80 96.

Mengenai ICDE: Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) adalah organisasi keahlian global terkemuka bagi pendidikan terbuka, jarak jauh, fleksibel dan atas talian, termasuk e-pembelajaran, dan menarik keahliannya dari institusi, pihak berkuasa pendidikan, pelakon komersial, dan individu. ICDE mempunyai status rakan kongsi perundingan dengan UNESCO dan berkongsi nilai utama UNESCO – hak universal terhadap pendidikan untuk semua. ICDE selanjutnya memperolehi kedudukannya dari pengetahuan yang unik dan pengalaman ahli-ahlinya di seluruh dunia dalam pembangunan dan penggunaan metodologi baharu dan kemunculan teknologi.

ICDE diasaskan pada 1938 di Kanada dan sebagai Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Perwakilan, dan kini mempunyai ahli dari lebih 70 negara seluruh dunia.

Hampir 1,000 perwakilan dari 67 negara mengambil bahagian dalam Persidangan Dunia ICDE Ke-26 di Afrika Selatan pada pertengahan Oktober 2015, dengan setiap wilayah di dunia yang diwakili di acara utama.

Sekretariat Kekal ICDE adalah di Oslo, Norway, dan telah dianjurkan oleh negara ini secara tetap sejak 1988. ICDE disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Norway dan oleh yuran keahlian.


            

Kontaktdaten