QuantumSphere Menang Anugerah Inovasi Teknologi Frost & Sullivan 2015

Anugerah tersebut Menyatakan Peluang Pasaran Bahan Kimia yang Besar untuk Nano-pemangkin FeNIX QuantumSphere


SANTA ANA, Calif., Nov. 18, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- QuantumSphere, Inc.  (OTCQB:QSIM), pengeluar terkemuka teknologi pemangkin maju untuk proses bahan kimia industri, mengumumkan hari ini bahawa Frost & Sullivan telah memberi Anugerah Inovasi Teknologi Nano-pemangkin Amerika Utara 2015 kepada QuantumSphere. Frost & Sullivan merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan perundingan yang berusia 54 tahun yang memiliki 1,800 penganalisis, perunding pertumbuhan dan operasi berwawasan dari lebih 40 pejabat di seluruh dunia.

Anugerah Frost & Sullivan menyatakan bahawa “Keupayaan QuantumSphere meningkatkan pengeluaran ammonia dengan salutan nano-pemangkinnya iaitu FeNIXTM menjanjikan pertumbuhan komersial untuk syarikat apabila pengeluar ammonia mengguna pakai teknologi baharu yang menarik ini. Frost & Sullivan menemui peluang pasaran yang sangat besar untuk FeNIX di seluruh dunia.”

Ammonia ialah salah satu bahan kimia paling penting yang dihasilkan di dunia dengan hampir $100 bilion dalam pengeluaran tahunan di seluruh dunia, menggunakan kira-kira 5 peratus gas asli dunia. Lebih 80 peratus pengeluaran ammonia digunakan dalam pengeluaran baja pertanian, yang secara tidak langsung membekalkan lebih 50 peratus daripada semua protein yang digunakan oleh manusia.

Kevin Maloney, Presiden dan CEO QuantumSphere, menyatakan, “Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah ini daripada Frost & Sullivan yang mengiktiraf potensi pasaran yang besar bagi pemecut pemangkin FeNIX kami dan keupayaannya untuk menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dalam kecekapan operasi kepada pengeluar bahan kimia. Hasil pengesahan komersial kami setakat ini menunjukkan bahawa FeNIX boleh meningkatkan kecekapan pengeluaran ammonia sebanyak 10 ke 15 peratus, bergantung pada saiz loji dan konfigurasi, dan menghasilkan berjuta-juta keuntungan tambahan untuk loji ammonia bersaiz sederhana biasa setiap tahun sepanjang hayat pemangkin.”

QSI kini menjalinkan kerjasasama pada usaha pengkomersialan awal dengan peneraju industri iaitu Casale, S.A. (“Casale”). QSI menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama dengan Casale pada bulan Mei 2015 untuk pembangunan produk, pemasaran dan jualan global. Casale membekalkan teknologi penukar yang bertanggungjawab menghasilkan hampir 40 peratus pengeluaran ammonia dan metanol dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Inovasi Teknologi Nano-Pemangkin Amerika Utara Frost & Sullivan 2015. 

Mengenai QuantumSphere, Inc. 
QuantumSphere (QSI) menghasilkan pemangkin proprietari yang direka untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengeluaran di fasiliti-fasiliti pengeluaran bahan kimia skala besar (misalnya Ammonia), mewujudkan kos lebih rendah dan keuntungan lebih tinggi untuk pengeluar bahan kimia. Produk-produk QSI memanfaatkan proses yang dipaten bagi menghasilkan teknologi pemecut pemangkin kawasan permukaan tinggi yang meningkatkan prestasi pemangkin sedia ada. Teknologi QSI terpakai kepada ratusan loji kimia di seluruh dunia, yang mencakupi berbilion-bilion dolar dalam pengeluaran tahunan. Saham biasa QSI disenaraikan untuk sebut harga di OTCQB di bawah simbol singkatan QSIM. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.qsinano.com.

Mengenai Frost and Sullivan  
Frost & Sullivan, “Syarikat Perkongsian Pertumbuhan”, membenarkan pelanggan mempercepatkan pertumbuhan dan mencapai kedudukan terbaik dalam pertumbuhan, inovasi dan kepimpinan. Perkhidmatan Perkongsian Pertumbuhan” syarikat menyediakan CEO dan Pasukan Pertumbuhan CEO dengan penyelidikan berdisiplin dan model amalan terbaik bagi mendorong penjanaan, penilaian dan pelaksanaan strategi pertumbuhan yang hebat. Frost & Sullivan memanfaatkan pengalaman melebihi 50 tahun dalam bekerjasama dengan syarikat-syarikat Global 1000, perniagaan yang sedang membangun dan komuniti pelaburan dari pejabat-pejabat di enam benua. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.frost.com

Penyataan Perlindungan Selamat
Semua penyataan yang dirangkum atau digabungkan oleh rujukan dalam Siaran Berita ini, selain daripada penyataan atau pencirian fakta sejarah, adalah “penyataan yang memandang ke hadapan.” Contoh-contoh penyataan yang memandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyataan yang berkaitan dengan unjuran jualan, kos, perbelanjaan dan keuntungan kasar; anggaran perakaunan, andaian dan pertimbangan kami; prospektif permintaan untuk produk-produk kami; unjuran pertumbuhan dalam industri kami; sifat berdaya saing dan jangkaan pertumbuhan dalam industri kami; dan prospektif keperluan kami untuk, dan ketersediaan, modal tambahan. Penyataan yang memandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan, taksiran, anggaran dan unjuran mengenai industri dan perniagaan kami, kepercayaan pengurusan, serta andaian yang dibuat oleh kami, di mana kesemuanya tertakluk kepada perubahan. Penyataan yang memandang ke hadapan sering boleh dikenal pasti dengan perkataan-perkataan seperti “menjangka,” “mengharap,” “bercadang,” “merancang,” “meramal,” “mempercayai,” “berusaha,” “menganggar,” “boleh,” “akan,” “patut,” “hendaklah,” “harus,” “potensi,” “terus,” “berterusan,” ungkapan sama dan variasi atau negatif daripada perkataan-perkataan ini. Penyataan-penyataan ini adalah bukan jaminan terhadap prestasi masa depan dan tertakluk kepada risiko, ketidaktentuan dan andaian yang sukar untuk diramalkan. Oleh itu, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara dan buruk daripada yang dinyatakan dalam mana-mana penyataan yang memandang ke hadapan hasil daripada pelbagai faktor, yang mana sebahagiannya dinyatakan di dalam bahagian "Faktor Risiko" Laporan kami pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 30 Jun 2015 yang difailkan pada 28 September 2015 dan dikemaskini pada Laporan Suku Tahunan kami pada Borang 10-Q bagi tempoh suku tahun berakhir 30 September 2015 yang difailkan pada 16 November 2015, yang boleh menyebabkan keputusan kewangan kami, termasuk pendapatan bersih atau kerugian atau pertumbuhan kami dalam pendapatan bersih atau kerugian berbeza dengan ketara daripada keputusan terdahulu, yang seterusnya boleh, antara lain, menyebabkan harga saham biasa kami turun naik dengan ketara. Penyataan-penyataan yang memandang ke hadapan ini hanya berkuat kuasa setakat tarikh Siaran Berita ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini secara terbuka mana-mana penyataan yang memandang ke hadapan atas apa jua sebab, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. 


 


            

Kontaktdaten