FSI Coating Technologies Melancarkan Salutan Anti-Kabus Visgard Premium untuk cermin mata pelindung serta kegunaan automotif dan transit


IRVINE, California, Aug. 24, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- FSI Coating Technologies, Inc., peneraju dalam salutan anti-kabus prestasi tinggi hari ini mengumumkan pelancaran Visgard® Premium. Dengan pelancaran Visgard Premium, tiga lanjutan barisan produk Visgard kini menawarkan rangkaian tahap ketahanan, kegunaan produk dan penetapan harga yang lebih hebat.  Salutan anti-kabus ini mengubah ketahanan dan rupa cermin mata pelindung, topeng muka keselamatan, perisai keselamatan dan juga lampu depan dalaman untuk kegunaan automotif dan transit. 

“Tertumpu pada pembangunan salutan anti-kabus prestasi tinggi, kami telah menambah satu lagi tahap prestasi salutan baru kepada set produk anti-kabus Visgard yang jelas dari segi optik dan sangat tahan lama bagi salutan anti-kabus kekal dan boleh dibasuh dengan air. Set Visgard memanfaatkan salutan anti-kabus terbaik dalam kelasnya yang direka secara unik untuk kegunaan industri khusus untuk generasi akan datang yang berkesan dari segi kos,” ujar Richard Chang, Naib Presiden Kumpulan untuk SDC Technologies, Inc. dan FSI Coating Technologies, anak syarikat milik penuh SDC. “Berbanding produk Visgard kami yang lain, Visgard Premium menggabungkan lekatan bebas primer kepada substrat polikarbonat dengan keupayaan salutan cermin lapisan tunggal, di samping mengekalkan sifat anti-kabus pelbagai guna.  Visgard Premium sesuai untuk kegunaan pasaran pertengahan seperti cermin mata keselamatan yang boleh di pakai buang, manakala produk Visgard Premium Plus dan Visgard Elite kami yang sedia ada direka untuk menawarkan perlindungan anti-kabus maksimum di bawah keadaan penggunaan ekstrem, misalnya pada cermin mata ketenteraan dan cermin mata sukan  yang sangat tahan lama, serta kegunaan tindakan kecemasan,” tegas Dr. Sapna Blackburn, Naib Presiden Teknologi untuk SDC Technologies.

VISGARD PREMIUM

Visgard Premium yang jelas dari segi optik dan mematuhi REACH adalah serasi dengan rawatan salutan cermin lapisan tunggal. Ia juga menggabungkan prestasi anti-kabus dengan rintangan lelasan hebat dan tahan bahan kimia. Serasi dengan pembungkusan LDPE, HDPE dan PP dengan ketebalan 2 mil atau lebih besar. Visgard Premium menampilkan sifat anti-kabus pengeringan lapisan air dan lekatan bebas primer kepada substrat polikarbonat. Visgard Premium sangat sesuai untuk pengeluaran besar-besaran cermin mata keselamatan , pelindung muka, gogal (kaca mata) perlindungan  dan topeng keselamatan.  Di samping itu, ia sesuai untuk kelompok alat, HUD (paparan amaran), lampu depan dan belakang untuk kegunaan automotif dan transit.

Klik di bawah untuk memuat turun maklumat produk berikut:

Lembaran Sorotan Produk Visgard Premium 

Perbandingan Set Produk Anti-Kabus Visgard

Ketersediaan
Salutan anti-kabus Visgard boleh didapati di seluruh dunia secara terus daripada FSI Coating Technologies. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kami di antifog@fsicti.com atau hubungi +1-949-540-1140.

MENGENAI FSI COATING TECHNOLOGIES

FSI Coating Technologies (FSICT) yang berpusat di Irvine, California,  diasaskan pada tahun 1986. FSICT merupakan pembangun dan pengeluar produk-produk salutan dan selaput perindustrian komersial inovatif yang terkemuka. FSICT menawarkan pelbagai jenis penyelesaian anti-kabus premium dan berprestasi tinggi dengan kegunaan yang merangkumi cermin mata perubatan, ketenteraan, keselamatan dan sukan, serta kepingan industri dan selaput PET untuk pintu paparan penyejuk beku komersial. FSI Coating Technologies ialah anak syarikat milik penuh SDC Technologies, Inc.

Visgard® ialah tanda dagangan berdaftar FSI Coating Technologies, Inc. ©2016 Semua hak cipta terpelihara.

 


            

Kontaktdaten