Aplikasi BroadSoft Business Cloud PBX, Kolaborasi Pasukan dan Pusat Hubungan Kini Tersedia untuk Perusahaan Multinasional

Pusat data yang baharu dan setempat menawarkan pelanggan perusahaan multinasional panggilan dan kerjasama yang selamat dan berbilang bahasa di antara pejabat global melalui platform BroadCloud tunggal dan tanpa sempadan


PHOENIX, Oct. 24, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan (cloud) untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan suit komunikasi awan BroadSoft Business tersedia di serata dunia menerusi beberapa pusat data BroadCloud® di sepanjang EMEA dan APAC. Perkembangan ini membolehkan perusahaan multinasional untuk bergantung pada penyedia tunggal merentas lokasi antarabangsa mereka untuk bekerjasama dengan rakan dan pelanggan di serata dunia, sementara memenuhi pengawalseliaan penuh dan pematuhan keselamatan merentasi negara berbeza.

Laporan terbaharu Institut Global McKinsey 2016 menyedari bahawa lebar jalur merentas sempadan dijangka akan meningkat sembilan kali ganda dalam masa lima tahun akan datang disebabkan oleh peningkatan aliran maklumat, carian, komunikasi, video, transaksi dan trafik intra syarikat. Untuk menyokong komunikasi merentas sempadan ini dan berterusan merangsang pertumbuhan syarikat ke dalam pasaran baharu, perusahaan memerlukan penyelesaian yang membenarkan pekerja untuk bekerjasama dengan mudah dan selamat daripada satu identiti perniagaan dari mana-mana sahaja di serata dunia, pada sebarang peranti.

Jejak antarabangsa baharu ini akan memperluaskan capaian bagi lebih daripada 600 penyedia perkhidmatan, integrasi sistem dan rakan saluran jualan semula dalam lebih dari 80 negara yang menyediakan suit aplikasi BroadSoft Business kepada pelanggan perusahaan multinasional yang beroperasi dalam awan:

BroadSoft, yang berfungsi dengan pembawa terkemuka dan telah mengekalkan kehadiran antarabangsa yang lama, adalah sesuai untuk membuka sempadan global, telah membina perniagaan untuk membantu pelanggan memahami cara untuk menangani isu pengawalseliaan dan pematuhan antarabangsa yang rumit. Penyedia khidmat dan rakan saluran BroadSoft telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan perusahaan besar dengan sokongan jualan rantau dan global.

“Suit UC awan BroadSoft Business yang dikembangkan adalah sempurna untuk pelanggan perusahaan multinasional, yang memerlukan rangkaian awan global yang selamat untuk komunikasi, kerjasama dan pusat hubungan” ujar Dino Di Palma, ketua pegawai hasil,  BroadSoft. “Perusahaan moden memerlukan penyelesaian bersama yang membantu mereka melaksanakan di mana-mana sahaja mereka berada. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perusahaan yang membantu memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja mereka, tanpa mengira lokasi.”

BroadSoft Business adalah portfolio yang diintegrasikan secara penuh bagi aplikasi PBX awan sedia perusahaan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan pusat hubungan, disampaikan dalam awan yang menyediakan kepintaran kontekstual merentasi keseluruhan platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan pada satu tempat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara BroadSoft Business BroadCloud boleh menghubungkan perusahaan anda kepada ciri dan fungsi bertaraf pembawa secara lancar melalui platform yang selamat, boleh diharap dan boleh diskalakan, hubungi enterprise@broadsoft.com.

Untuk membaca lebih lanjut tentang sokongan perusahaan multinasional BroadSoft, klik di sini.

Perihal BroadSoft
BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Hubungan Pelabur:

Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Hal berkaitan BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com

AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com

Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com