Fouad Maksoud, 25, Dinobatkan Sebagai Inovator Arab Terbaik Oleh Stars of Science

Mohon Sekarang untuk Musim Ke-10 Rancangan TV Kemegahan Qatar Foundation


DOHA, Qatar, Nov. 29, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Fouad Maksoud dinamakan sebagai inovator tersohor rantau Arab dalam episod akhir Stars of Science yang sengit. Perjalanan beliau dalam musim kesembilan rancangan TV popular Qatar Foundation (QF) menarik perhatian penonton merentasi Timur Tengah dan seterusnya. Walaupun berdepan saingan sengit, Fouad dan Mesin Tekstil dengan Perlindungan Nano beliau telah menjadi kegemaran para penonton dan juri, memberikan beliau penghormatan tertinggi dalam rancangan tersebut.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2c891adc-0027-42f5-b953-020a470f7c89

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/29e5fd82-a5b8-41be-9a98-5cba13cc8f92

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f916df9d-1d7d-4269-9f51-7985b049b149

Omran Hamad Al Kuwari, Pengarah Eksekutif, Pejabat CEO, mengulas, berkata: “Stars of Science bertindak sebagai platform untuk memulakan karier bagi pemuda dan pemudi Arab yang berpotensi untuk memberi kesan kepada komuniti setempat dan seterusnya. Tahun ini, kami telah melihat pelbagai ciptaan luar biasa yang direka untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah khusus untuk rantau Arab. Tahniah kepada semua peserta tahun ini dan kepada Fouad Maksoud atas kejayaan beliau dinamakan sebagai inovator terbaik musim kesembilan.”

“Kami teruja untuk menjemput finalis dan alumni Stars of Science di Oman sebagai sebahagian daripada usahasama yang berjaya dengan Qatar Foundation. Menerusi usahasama ini, kami berusaha untuk memastikan pemindahan pengetahuan dan pengalaman kepada generasi inovator muda yang seterusnya,” ujar Yousuf Al-Harthy, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Oman Technology Fund.

“Dengan mengacarakan episod akhir Stars of Science, acara akhbar dan perbincangan terbuka di Oman, kami menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan belia di Oman dalam musim Stars of Science yang akan datang. Oman Technology Fund menyediakan sokongan kepada usahawan dan inovator dan kami menjemput kesemua inovator Stars of Science untuk memohon pelbagai program pelaburan kami.”

Minggu ini, peminat Stars of Science akan mengundi dalam talian bagi satu daripada empat finalis. Undian dalam talian daripada orang awam, digabungkan dengan undi daripada juri pakar, memberikan markah sebanyak 43% kepada Fouad Maksoud, cukup untuk beliau memenangi hadiah berjumlah USD $300,000 untuk Mesin Tekstil dengan Perlindungan Nano beliau. Mesin pelbagai fungsi menggunakan teknologi nano untuk menjadikan pakaian kalis air, memasukkan ubat pemulihan ke dalam serat pembalut dan banyak lagi.

“Saya merasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mentor saya dan para peserta lain yang menjadikan perjalanan ini mengubah hidup dan tidak ternilai bagi saya. Stars of Science telah memberikan saya keyakinan dan pengetahuan untuk terus berani mengejar impian saya,” kata Fouad Maksoud, pemenang Stars of Science Musim ke-9. “Jika anda di rumah mempunyai sebarang idea yang bernas, nasihat saya kepada anda adalah: ‘Tindakan adalah satu-satunya antidot untuk inovasi, mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah. Terpulang kepada golongan muda seperti anda dan saya untuk berkhidmat dan memperbaiki kehidupan komuniti yang kita diami.”

Ahmad Nabeel, pencipta Pancaran Maya dan Laparoskop Bersih Kendiri, laparoskop automasi dan bersih kendiri dengan pancaran maya – menjadikan pembedahan lebih selamat untuk kedua-dua doktor dan pesakit – menerima tempat kedua dengan jumlah markah gabungan sebanyak 30%, menerima hadiah berjumlah USD $150,000. Meshal Alshahrani, inovator di tempat ketiga dengan jumlah markah 14.7% dengan ciptaan Gelang Navigasi Hajj, yang akan menunjukkan umat Muslim ke lokasi penting semasa menjalankan ibadah haji agar untuk mengurangkan kemungkinan sesat. Dia memenangi hadiah berjumlah USD $100,000. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, Mohammed Al-Jefairi menduduki tempat keempat dengan jumlah markah 12.3% dengan ciptaan Pembimbing Robotik Interaktif Cacat Pendengaran, peranti yang menggunakan kemajuan teknologi terkini untuk mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak. Dia menerima USD $50,000.

Episod akhir Stars of Science telah berlangsung di Kesultanan Oman. Untuk episod penuh debar akhir bagi musim ini, Stars of Science memulakan usahasama dengan Oman Technology Fund, meraikan pencapaian rancangan tersebut dan masa depan yang cerah untuk para inovator.

Belia Arab di serata dunia yang berminat dengan sains, inovasi, teknologi dan keusahawanan adalah digalakkan untuk memohon bagi menyertai musim akan datang Stars of Science. Permohonan dalam talian akan ditutup pada 1 Disember 2017. Saringan dan uji bakat adalah sebahagian daripada proses pemilihan. Permohonan hendaklah dihantar melalui tapak web rasmi Stars of Science di www.starsofscience.com. Jangan terlepas peluang mengubah hidup ini!

Stars of Science

Stars of Science, format TV “realiti pendidikan hiburan” terunggul yang dimulakan oleh Qatar Foundation adalah sebuah rancangan inovasi peneraju dunia Arab yang memperkasa usahawan sains dan teknologi di rantau itu.

Pada sepanjang musim, sembilan inovator dicabar untuk membangunkan penyelesaian kreatif untuk masalah serantau dalam bidang pengkomputeran & teknologi maklumat, tenaga, alam sekitar dan kesihatan. Panel juri yang pakar menilai dan menyingkirkan calon dan produk inovatif mereka pada episod Prototaip dan Pengesahan Pelanggan sehingga hanya empat orang yang tinggal. Empat finalis ini akan bertanding untuk dana berjumlah $600,000 yang ditentukan oleh perbincangan juri dan undian dalam talian daripada orang awam.

Qatar Foundation – Membuka Kunci Potensi Insan

Qatar Foundation untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti (QF) merupakan organisasi bukan untung yang menyokong Qatar dalam usaha untuk menjadi ekonomi yang pelbagai dan mapan. QF berusaha berkhidmat kepada rakyat Qatar dan selainnya dengan menyediakan program khusus merentas ekosistem yang menumpukan terhadap inovasi bagi sains dan penyelidikan serta pembangunan komuniti.

QF telah diasaskan pada tahun 1995 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, ayah kepada Emir serta Yang Amat Mulia Sheikha Moza bint Nasser, yang berkongsi wawasan yang sama untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada Qatar. Hari ini, sistem pendidikan bertaraf dunia QF menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada ahli komuniti seawal usia enam bulan sehingga ke tahap kedoktoran, membolehkan para graduan untuk berkembang maju dalam persekitaran global dan menyumbang kepada pembangunan negara.

QF juga mencipta hab inovasi pelbagai bidang di Qatar, tempat penyelidik tempatan bekerja bagi menangani cabaran setempat dan global. Dengan mempromosikan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan merangsang penglibatan sosial menerusi program yang berteraskan budaya Qatar, QF bertekad untuk memperkasakan komuniti setempat dan menyumbang ke arah dunia yang lebih baik untuk semua.

Untuk mendapatkan senarai penuh inisiatif dan projek QF, lawati http://www.qf.org.qa

Hanane Rougani
+974 4042 1789