OmniComm Systems Merekodkan Pertumbuhan Signifikan di China

Menandatangani Kontrak Ke-11 TrialOne® di China dalam Tempoh 14 Bulan


FORT LAUDERDALE, Fla., March 02, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- OmniComm Systems Inc. (OTCQX:OMCM), peneraju pembekal bagi teknologi pengurusan data klinikal berpusatkan pesakit, menandatangani empat kontrak tambahan pada Disember 2017 untuk membekalkan penyelesaian automasi klinik TrialOne proprietari OmniComm kepada beberapa hospital dan organisasi kajian kontrak (CRO) utama di China.

OmniComm kini mempunyai 11 jumlah pelanggan TrialOne di China, yang semuanya menandatangani sejak Disember 2016 apabila TrialOne membuat kemunculan kali pertama dalam pasaran tersebut. Urus niaga dicetuskan oleh kerjasama strategik dengan Tri-I Biotech (Shanghai) Inc., peneraju pasaran pembekal penyelesaian kepada sektor sains hayat yang berpangkalan di China.

Dua tahun lalu, OmniComm menanam matlamat untuk membangunkan kehadirannya di pasaran China dan kini prestasi syarikat dalam sektor tersebut telah melebihi jangkaan. Perluasan capaian di rantau Asia Pasifik termasuklah kontrak pertama OmniComm untuk TrialMaster® di Jepan, bersama dengan perjanjian untuk penggunaan TrialOne, TrialMaster dan Promasys® dalam penyelidikan klinikal.

“Perkembangan kami, daripada merumuskan rancangan strategik dua tahun lalu untuk membuat kemajuan signifikan ke dalam pasaran China hari ini, adalah sangat mengujakan,” kata Kuno van der Post, Ph.D., ketua pegawai komersial, OmniComm Systems. “Kami terus bekerja keras untuk menyokong rakan kongsi kami dan pelanggan kami untuk memastikan mereka mahir dan mencapai kejayaan sebaik yang mungkin.”

Sebagai sistem yang mematuhi standard dan amalan terbaik industri global untuk kajian BA/BE dan penyelidikan klinikal Fasa I, TrialOne membenarkan organisasi pengguna untuk memastikan kualiti dan kesahihan data yang dikumpul dan diuruskan semasa proses percubaan klinikal. TrialOne juga membenarkan pengguna untuk mematuhi peraturan dan proses kelulusan baharu FDA China untuk pengeluaran ubat generik di China. Keupayaan TrialOne untuk memudahkan pematuhan pengguna terhadap peraturan CFDA bermatlamat mengharmonikan amalan tempatan ke standard global juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi penerimaan TrialOne.

Perihal OmniComm Systems, Inc.
OmniComm Systems Inc. merupakan peneraju pembekal penyelesaian perisian strategik kepada industri sains hayat. OmniComm berdedikasi untuk membantu farmaseutikal, bioteknologi, organisasi penyelidikan kontrak (CRO), firma diagnostik dan peranti, serta pusat perubatan akademik dunia memaksimumkan nilai pelaburan penyelidikan klinikal mereka. Sila lawati www.omnicomm.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan maklumat tentang urus niaga tertentu di China, sila lawati: http://www.omnicomm.com/blog/early-phase-research-hospitals-and-cros-sign-new-trialone-contracts-in-china

Maklumat Hubungan
Kuno van der Post, Ph.D.
OmniComm Systems Inc. 
+1.954.473.1254
kvanderpost@omnicomm.com