SAN FRANCISCO, April 03, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan 1.1.1.1, pelerai DNS awam pertama yang dibina sekitar prinsip privasi diutamakan. 1.1.1.1 akan memastikan Internet yang lebih peribadi dan lebih laju untuk pengguna di semua tempat, semuanya dengan percuma.
Hampir kesemua di dalam Internet bermula dengan permintaan DNS. DNS merupakan direktori Internet. Ia menterjemahkan nama mesra manusia seperti www.example.com kepada alamat Internet berangka yang komputer fahami. Hampir tiada apa-apa yang berlaku dalam Internet tanpa permintaan DNS berlaku terlebih dahulu.
Namun DNS secara lalainya adalah sistem yang tidak selamat, tidak disulitkan dan sering lambat. Pembekal Perkhidmatan Internet (ISPs) dan entiti lain dalam Internet boleh memantau permintaan DNS untuk melihat setiap laman dan aplikasi yang pengguna lawati walaupun jika laman atau aplikasi tersebut disulitkan. Sesetengah pembekal DNS juga menjual data tentang aktiviti pengguna Internet atau menggunakannya untuk mengerahkan iklan bersasar.
Dengan 1.1.1.1, kini terdapat alternatif. Tawaran ini meningkatkan keselamatan dan kelajuan tanpa tandingan serta menyokong kedua-dua DNS yang disulitkan dan DNS atas HTTPS. Data daripada log dihapuskan selepas 24 jam dan tiada alamat IP atau data pengguna disimpan.
“Kami rasa iadalah sesuatu yang menakutkan bahawa data pengguna dijual kepada pengiklan dan digunakan untuk menyasarkan pengguna tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Secara jujurnya, kami tidak mahu mengetahui aktiviti individu di Internet, ia bukan urusan kami dan kami mereka bentuk 1.1.1.1 untuk memastikan yang kami, sejajar dengan ISP di seluruh dunia, tidak boleh untuk tahu.”
Cloudflare bekerjasama dengan APNIC, organisasi tanpa untung menguruskan peruntukan alamat IP di Asia Pasifik, untuk membangunkan 1.1.1.1.
“Di Makmal APNIC, kami sedar bahawa DNS tidak selalunya peribadi, laju atau selamat dan kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan cara ia bekerja,” kata Geoff Huston, Ketua Ahli Sains di APNIC. “Kami bekerja dengan Cloudflare untuk memperhalus fungsi Internet asas ini supaya pengguna mempunyai lebih banyak pengalaman yang lebih peribadi dan lebih laju.”
Cloudflare sedang bekerja dengan pelayan, sistem pengendalian, pengeluar aplikasi, platform awan dan pengeluar penghala utama untuk mendayakan DNS atas HTTPS. Mozilla sedang bekerja untuk mengintegrasi piawai itu ke dalam pelayan Firefox:
“Seperti Cloudflare, Mozilla peduli untuk menjadikan Internet lebih laju dan lebih sedar privasi supaya orang ramai mempunyai pengalaman yang lebih baik atas web,” kata Selena Deckelmann, Pengarah Kejuruteraan Kanan, Firefox Runtime di Mozilla. “Kami sentiasa mencari teknologi baharu seperti DNS atas HTTPS untuk memastikan Firefox maju dalam kelajuan, privasi dan meningkatkan kehidupan atas talian.”
Mengeset 1.1.1.1 mengambil masa kurang daripada lima minit dan tidak memerlukan kemahiran teknikal atau perisian khas. Ia tersedia untuk peranti mudah alih, komputer desktop dan juga penghala rumah untuk sebarang pengguna di seluruh di dunia, secara percuma.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang 1.1.1.1, sila semak sumber di bawah.
Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) sedang dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini syarikat menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet untuk lebih daripada 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, Boston, MA, Washington, DC, London dan Singapura.
Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463