Cloudflare Mengumumkan Spectrum Untuk Melindungi Apa-Apa Sahaja Yang Bersambung Ke Internet

Penyelesaian baharu meluaskan perlindungan dan prestasi Cloudflare melangkaui web


SAN FRANCISCO, April 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan Cloudflare Spectrum, penyelesaian yang meluaskan manfaat Cloudflare melangkaui protokol web untuk melindungi dan mempercepat pelayan e-mel, pelayan permainan, peranti IoT dan lain-lain yang bersambung ke Internet.

Internet bukan sekadar web. Sebelum ini, Cloudflare telah menggunakan rangkaian globalnya untuk membuat apa-apa sahaja di web seperti aplikasi, API dan laman web lebih pantas dan selamat. Dengan Spectrum, Cloudflare kini melindungi dan mempercepatkan semua yang lain. Spectrum membolehkan pelanggan meletakkan pelayan e-mel, pelayan permainan, peranti IoT dan lain-lain di belakang Cloudflare untuk melindunginya daripada serangan DDoS, tanpa mengira protokol yang digunakan.

Spectrum berfungsi dengan memproksikan trafik menggunakan sebarang protokol Internet. Dengan Spectrum, Cloudflare mampu mempercepat semua yang ada dalam rangkaian global dengan 150+ pusat datanya dan melindungi apa-apa sahaja yang bersambung ke Internet daripada serangan.

“Cloudflare sentiasa fokus untuk meningkatkan pengalaman Internet untuk pengguna di seluruh dunia, tetapi sebelum ini kami hanya melindungi dan mempercepat protokol web,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Spectrum merupakan langkah yang besar dalam membantu membina Internet yang lebih baik, apabila kami membuka kuasa Cloudflare kepada protokol melangkaui web.”

Manfaat Spectrum termasuklah:

  • Melindungi segala-galanya daripada serangan DDoS. Banyak perkhidmatan penting seperti e-mel dan aplikasi perusahaan proprietari kini boleh dilindungi daripada serangan DDoS besar-besaran yang mampu membuatkan perkhidmatan ini tergendala.
  • Penyulitan protokol dan aplikasi legasi. Kebanyakan protokol legasi yang digunakan oleh perusahaan masih tidak menyokong komunikasi yang disulitkan. Dengan Spectrum, perusahaan boleh menghantar trafik melalui sambungan yang disulitkan.
  • Prestasi ditingkatkan. TLS yang lebih pantas, penghalaan rangkaian yang dioptimumkan dan rangkaian saling sambung berkelajuan tinggi bermakna perkhidmatan di belakang Spectrum selalunya lebih pantas berbanding ketika ia di Internet asal.

Beberapa pelanggan sudah pun menggunakan Spectrum:  

"Hypixel merupakan salah satu mangsa serangan DDoS botnet Mirai dan sering menghadapi serangan besar-besaran,” kata Bruce Blair, CTO Hypixel. “Sebelum ada Spectrum, kami terpaksa menggunakan perkhidmatan dan teknik tidak stabil yang meningkatkan kependaman, lalu memburukkan pengalaman pelanggan. Kini, kami dilindungi secara berterusan tanpa kependaman tambahan, yang menjadikan Spectrum pilihan terbaik untuk sebarang perkhidmatan sensitif terhadap kependaman dan masa hidup, seperti permainan dalam talian.”

“Kami mahukan penyelesaian keselamatan untuk melindungi perkhidmatan tambahan seperti e-mel dan SSH supaya jika kami diserang, operasi kami masih boleh berjalan dengan selamat dan boleh dipercayai,” kata Paul Abramson, Pengarah Teknologi di Montecito Bank & Trust. “Kami gembira melihat Cloudflare melancarkan Spectrum.”

Spectrum kini tersedia kepada pelanggan Cloudflare’s Enterprise. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudflare Spectrum, sila semak sumber di bawah.

Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet untuk lebih daripada 2.8 bilion orang di seluruh dunia. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463