NEWPORT BEACH, Calif., Aug. 02, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- House of Sillage peneraju dalam parfumerie anggun mewah teruja untuk mengumumkan pengembangannya ke dalam bidang kosmetik dengan bekas dan isian semula lipstik edisi terhad miliknya. Tersedia secara eksklusif di kedai Neiman Marcus yang terpilih dan di dalam talian bermula dari 1 Ogos, setiap lipstik edisi terhad datang dalam sarung pembawa perlindungan yang berbentuk reben yang menawan dengan kemasan enamel hitam atau putih dan bertatahkan lebih daripada tiga ratus kristal potongan berlian Swarovski. Bekas lipstik ini menyertakan cermin untuk aplikasi yang tepat dan mudah.
Dikenali sebagai perintis dalam industri atas cara jenama menggunakan bahan yang berinspirasikan barang kemas dan fesyen apabila menghasilkan bungkusan wangian dan kosmetik yang luar biasa, House of Sillage terus mengembangkan trend baharu ini dengan koleksi lipstik edisi terhad miliknya.
Pengasas & CEO, Nicole Mather mereka bentuk produk baharu ini dan mahu meraikan intipati dan kuasa di sebalik simbol ikonik reben. “Kami mahu memberikan penghormatan pada inspirasi abadi yang reben berikan terhadap kewanitaan. Kami telah melihat kecantikan dan kemegahan reben merentasi budaya yang terkenal dan kami percaya bahawa kami telah menterjemahkan kecantikan bungkusan wangian kami ke dalam kosmetik.”
Lipstik baharu yang mempersonakan ini diseduh dengan serbuk permata asli yang paling berkualiti yang menghasilkan aura kilauan kecantikan luar biasa. Nama produk ini diinspirasikan oleh keturunan diraja yang bersesuaian dengan komposisi eksklusif warna mewah yang sinarkan secara bijak dalam julat kegelapan yang mengagumkan (14 secara tepat). Daripada Duchess, sehingga ke Ratu, atau Countess, pengguna produk boleh menyesuaikan warna yang sepadan dengan perasaan mereka pada hari itu dan menikmati tekstur satine yang ultra berkrim dengan kemasan bibir mewah, menghasilkan ganjaran warna yang agung.
BERITA TERKINI
Lipstik Edisi Terhad House of Sillage juga telah memenangi anugerah pertamanya minggu ini untuk Inovasi Produk, Item Mewah di Anugerah City ICMAD (Independent Cosmetic Manufacturers and Distributors), yang dihoskan di Mandalay Bay, Las Vegas pada 30 Julai 2018. Pencapaian yang menakjubkan memandangkan ini merupakan langkah pertama jenama ini ke dalam bidang kosmetik!
Lipstik Edisi Terhad in juga akan tersedia di kedai Bergdorf Goodman bermula dari 1 September 2018.
PERIHAL HOUSE OF SILLAGE
House of Sillage berpengkalan di Newport Beach, California dan produk dihasilkan di Perancis dan Itali. Jenama ini menghasilkan wangian dan kosmetik yang melangkaui ungkapan deria, berpengetahuan dalam ketukangan dan komposisi Pembuat Minyak Wangi savoir-faire. Di bawah tunjuk ajar Pengasas, Nicole Mather, House of Sillage berdedikasi untuk mengekalkan dan mengatasi definisi sebenar kemewahan.
Sila lawati kami di http://www.houseofsillage.com dan mengikuti kami di Instagram, Facebook dan Twitter.
PERIHAL NEIMAN MARCUS GROUP
Neiman Marcus Group LTD LLC ialah peruncit fesyen mewah yang berbilang jenama dan saluran berbilang arah yang menguruskan kedai bersepadu dan operasi dalam talian di bawah nama jenama Neiman Marcus, Bergdorf Goodman, Last Call, Horchow, CUSP dan mytheresa . Untuk maklumat lanjut, https://www.neimanmarcus.com
Sentiasa terkini dengan berita dan peristiwa terbaru yang berlaku di Neiman Marcus dengan menjadi peminat di Facebook, mengikuti kami di Twitter, Instagram, Pinterest dan Snapchat.
House of Sillage
Tel: +1.949.200.9265
sophie@houseofsillage.com
Foto untuk pengumuman ini tersedia di:
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ca09b8eb-9047-4c29-a677-8be04a67db40
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6914ed36-fe75-47fa-8e2a-772a382a4d6a