Pakar Berbilang Disiplin Menggunakan Tindakan Global untuk Impak Tempatan bagi Melindungi Masyarakat Berisiko Dijangkiti Tifoid dan Penyakit Berkaitan


HANOI, Vietnam, March 26, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bermula hari ini, Persidangan Antarabangsa Tifoid dan Jangkitan Salmonela Invasif Lain ke-11 akan menyatukan lebih daripada 450 orang penyelidik, penggubal dasar dan penyokong yang berdedikasi untuk meningkatkan kehidupan anak kecil dan keluarga mereka yang menderita tifoid, paratifoid dan Salmonela invasif bukan tifoid. Dalam persidangan selama tiga hari yang dihoskan oleh Pakatan menentang Tifoid, program oleh Institut Vaksin Sabin (Sabin), hadirin daripada lebih 40 buah negara akan membincangkan kajian dan strategi terkini untuk menghadapi demam enterik itu, dengan matlamat memindahkan peningkatan global terbaru kepada impak tempatan untuk mencegah dan mengawalnya pada tahap masyarakat.

Tifoid berterusan mengakibatkan 11 juta kes dan lebih daripada 116,000 kematian setiap tahun, kebanyakannya menjangkiti kanak-kanak dalam masyarakat berpendapatan rendah di Asia dan Afrika Sub-Sahara. Pencegahan adalah lebih penting pada masa ini, dengan kerintangan antimikrob yang meluas menjadikan penyakit itu lebih sukar dirawat. Wabak tifoid tahan ubat yang meluas di Pakistan baru-baru ini menunjukkan kerintangan terhadap lima antibiotik, hanya satu antibiotik oral tersedia untuk rawatan.

Sejak persidangan terakhir pada 2017, peningkatan signifikan dalam dasar global telah mempercepatkan kemajuan menentang demam enterik itu, bermula dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mempralayakkan dan seterusnya mengesyorkan penggunaan vaksin konjugat tifoid. Ini adalah langkah pertama untuk melindungi kanak-kanak seawal usia enam bulan menerusi imunisasi rutin. Demi membantu memastikan akses kepada vaksin untuk negara berpendapatan rendah, Gavi, the Vaccine Alliance (Gavi), telah memperuntukkan $85 juta pada 2018 untuk membiayai pengenalannya. Negara-negara mula menghantar permohonan untuk sokongan Gavi bagi imunisasi rutin. Langkah keselamatan pencegahan ini sudah pun digunakan untuk mencegah tifoid dan mengawal wabak di tempat-tempat seperti India, Pakistan dan Zimbabwe.

“WHO dan Gavi telah mengambil langkah pertama yang diperlukan untuk pencegahan tifoid global,” kata Amy Finan, ketua pegawai eksekutif Sabin. “Dengan kemajuan kami menentang tifoid diancam oleh kerintangan mikrob, masa untuk mengambil tindakan pada tahap negara dan masyarakat adalah sekarang. Pada tiga hari akan datang, kami akan menetapkan asas strategi pencegahan dan kawalan yang diselaraskan bagi melindungi jutaan kanak-kanak yang paling berisiko mendapat tifoid."

“Tahun ini, kami mempunyai bilangan penyelidik terbanyak dari seluruh dunia,” kata Dr. Denise Garrett, naib presiden Program Tifoid dan pengarah Pakatan menentang Tifoid, Sabin. “Hal ini jelas menunjukkan desakan yang kita semua rasakan dalam meneruskan usaha menghapuskan penyakit kuno ini. Saya berharap perbincangan di persidangan ini akan menyalurkan tenaga yang kita lihat di pentas antarabangsa untuk mempercepatkan akses dan pengambilan pemvaksinan di tahap tempatan.”

Dianjurkan dengan sokongan Bharat Biotech, Yayasan Bill & Melinda Gates, IDL Biotech dan Konsortium Pencepatan Vaksin Tifoid (TyVAC), persidangan 2019 itu akan diadakan di Vietnam, sebuah negara yang telah menunjukkan komitmennya untuk mengawal dan mencegah tifoid melalui kempen pemvaksinan intensif dan bersasar.

“Saya berterima kasih kepada para penganjur Persidangan Antarabangsa Tifoid dan Jangkitan Salmonela Invasif Lain ke-11 kerana memilih Vietnam sebagai tapak untuk perbincangan penting yang bakal membantu mencapai kawalan global penyakit ini,” kata Dr. Dang Duc Anh, pengarah Institut Kebersihan dan Epidemiologi Kebangsaan Vietnam.

“Persidangan ini adalah peluang yang jarang dijumpai untuk penyelidik dalam bidang tifoid dan penyakit berkaitan berkongsi penyelidikan mereka dan belajar daripada satu sama lain,” kata Dr. Anita Zaidi, pengarah program Pembangunan Vaksin, Pengawasan, Penyakit Enterik dan Cirit-Birit di Yayasan Bill & Melinda Gates. “Kita hanya akan dapat mengawal tifoid yang menjadi ancaman kesihatan di seluruh dunia dengan mempelajari daripada satu sama lain dan menyelaraskan usaha kita.”

Agenda Persidangan Antarabangsa Tifoid dan Jangkitan Salmonela Invasif Lain ke-11 sedia untuk dilihat di laman web Pakatan Menentang Tifoid.


Perihal Institut Vaksin Sabin

Institut Vaksin Sabin ialah penyokong utama untuk perluasan dan akses dan pengambilan vaksin global, melanjutkan penyelidikan dan pembangunan vaksin, serta menggandakan pengetahuan dan inovasi vaksin. Membuka potensi vaksin melalui kerjasama, Sabin telah membina ekosistem aktif untuk pemberi dana, inovator, pelaksana, pengamal, penggubal dasar dan pemegang saham awam bagi menggerakkan visi masa depan yang bebas daripada penyakit yang boleh dicegah. Sebagai persatuan bukan untung dengan pengalaman lebih daripada dua dekad, Sabin komited untuk mencari penyelesaian yang berkekalan dan memberikan seluruh manfaat vaksin kepada semua orang, tidak kira siapa atau di mana mereka berada. Di Sabin, kami yakin dengan kuasa vaksin untuk mengubah dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.sabin.org dan ikuti kami di Twitter, @SabinVaccine.

Hubungan Media:
Anupama Varma
Ahli Sekutu Kanan, Komunikasi
Institut Vaksin Sabin
+1 (202) 621-1691
anupama.varma@sabin.org