Vista Global Bakal Memperoleh JetSmarter – Melaksanakan Strategi Pendigitan untuk Pasaran Penerbangan Peribadi Pada Permintaan Global


  • Menyediakan Vista Global dengan platform teknologi inovatif yang sudah melebihi dua juta muat turun;
  • Vista Global bakal menggunakan sains data, pembelajaran mesin dan AI yang sofistikated untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan secara global;
  • Vista Global menjadi syarikat pertama yang akan menawarkan suite digital hujung-ke-hujung penyelesaian penerbangan kepada pelanggan penerbangan peribadi dengan pilihan tempahan segera untuk pergi ke mana sahaja, bila-bila masa dengan segera;
  • Akses kumpulan pesawat yang lebih luas dan kecemerlangan pengendalian akan meningkatkan pengalaman untuk para pelanggan sedia ada JetSmarter, yang kini akan mendapat manfaat daripada kehadiran Vista Global di seluruh dunia;
  • Clearlake Capital, Jefferies Financial Group dan pelabur JetSmarter lain menyertai keluarga Vista Global Shareholder. 

DUBAI, UAE dan FORT LAUDERDALE, Fla., April 11, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Vista Global, peneraju global dalam penyelesaian penerbangan perniagaan mengumumkan bahawa ia telah membuat perjanjian untuk memperoleh JetSmarter bagi mencipta pasaran digital Pada Permintaan global.

Teknologi pasaran JetSmarter yang inovatif bakal memenuhi cita-cita strategi pendigitan Vista Global dengan menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung tanpa bandingan dan pengalaman tempahan yang lancar kepada semua pelanggan. Pemerolehan itu akan meningkatkan kedudukan Vista Global yang kukuh dan menawarkan suite perkhidmatan terbesar dan teknologi canggih kepada setiap pelanggan penerbangan peribadi.

Berikutan perkongsian digital JetSmarter dengan XOJET yang berjaya, ia kini akan membawa keupayaan digitalnya ke seluruh kumpulan Vista Global. Oleh itu, platform inovatif JetSmarter akan disepadukan dalam teknologi bahagian belakang jenama Vista Global iaitu VistaJet, Vista Lease dan XOJET. Penyepaduan itu akan meningkatkan kemudahan dan kepantasan proses tempahan dengan signifikan untuk 150,000 penumpang yang melancong dengan mana-mana syarikat Vista-Global setiap tahun, dan meneruskan rekod prestasinya yang mengagumkan dalam menawarkan penyelesaian dengan teknologi tercanggih dalam industri penerbangan peribadi kepada pelanggan.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi Vista Global berkata: “Pemerolehan hari ini adalah pencapaian yang penting untuk Vista Global – mempercepat dan melaksanakan visi kami untuk mendigitkan seluruh tawaran penerbangan peribadi. Pelanggan hari ini mahukan kepantasan, kebolehpercayaan dan nilai, yang pada hari ini hanya boleh didapati dengan teknologi. Capaian dan infrastruktur Vista Global akan membawa JetSmarter ke pentas global untuk merealisasikan potensinya dengan menyeluruh. Teknologi JetSmarter akan mendigitalkan tawaran pelanggan peneraju pasaran Vista Global kepada pelanggan Ahli Program dan Pada Permintaan.

Sejak penubuhannya pada 2012, JetSmarter telah menjadi penyedia unggul untuk perkhidmatan didayakan teknologi kepada pasaran penerbangan perniagaan dengan dua juta muat turun sehingga kini. Hari ini, platform digital JetSmarter membenarkan pelanggan Ahli dan Pada Permintaan untuk menempah perjalanan peribadi atau dikongsi dengan segera.

Berikutan pemerolehan itu, pelanggan JetSmarter akan mendapat manfaat daripada capaian, sumber dan kepakaran pengendalian kumpulan Vista Global. Para pelanggannya yang semakin ramai akan mendapat akses ke kumpulan pesawat yang lebih besar, tidak kira di mana mereka berada di dunia dan menikmati standard tertinggi dalam penerbangan peribadi apabila mereka menyertai keluarga Vista Global. Mereka akan mendapat manfaat daripada khidmat pelanggan kumpulan itu yang tiada bandingan dan pengalaman pada penerbangan yang tiada tandingan.

Steven Langman, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Rhône Capital menambah: “Vista Global menandakan pencapaian besar yang baharu dalam pertumbuhannya. Pemerolehan JetSmarter adalah selaras dengan misi syarikat untuk mentransformasikan sifat sektor penerbangan perniagaan dan menawarkan akses yang pantas dan lancar ke perkhidmatannya menerusi inovasi digital kepada para pelanggan yang semakin bertambah.”

Behdad Eghbali, Rakan Kongsi Pengurusan dan Pengasas Bersama Clearlake Capital Group menyatakan: “Vista Global ialah peneraju pasaran yang tidak tercabar dengan visi tanpa tandingan untuk menyatukan dan mentransformasikan industri yang berpecah ini secara digital. Akses sedunia kumpulan pesawat Vista Global, pengalaman khidmat hujung-ke-hujung tanpa bandingan dan pasukan pengurusan kelas dunia akan bergabung dengan kepimpinan teknologi digital JetSmarter termasuk tempahan digital dan penyumberan Pada Permintaan daripada orang ramai bagi mengembangkan lagi kepimpinan Vista Global. Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi dengan Thomas Flohr dan pasukan pengurusan yang berbakat di Vista Global dan yakin bahawa apabila digabungkan dengan Vista Global, JetSmarter akan berkembang dan merevolusikan transformasi digital industri."

Transaksi itu dijangka akan dilengkapkan dalam suku kedua, tertakluk pada syarat penutupan biasa, termasuk tamat tempoh atau penamatan tempoh menunggu yang terpakai di bawah Akta Peningkatan Antitrust Hart-Scott-Rodino. Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, semua pelabur JetSmarter termasuk Clearlake Capital dan Jefferies Financial Group akan menjadi pelabur dalam Vista Global dan menyokong perkembangan masa hadapannya. Jefferies LLC bertindak sebagai penasihat kewangan untuk JetSmarter.

Perihal Vista Global Holding
Vista Global Holding ialah peneraju global dalam penyelesaian penerbangan perniagaan. Kumpulan global yang beribu pejabat di DIFC, Dubai, Vista Global memiliki syarikat-syarikat unik yang menawarkan penyelesaian beraset rendah untuk menampung segenap aspek penerbangan perniagaan: liputan penerbangan global terjamin dan Pada Permintaan; penyewaan dan pembelian pesawat; dan teknologi penerbangan yang canggih.
Diasaskan oleh Thomas Flohr, misi kumpulan adalah untuk mengindustrikan dan menyatukan industri penerbangan perniagaan yang berpecah dan memimpin perubahan tersebut demi memberikan penerbangan yang terbaik kepada pelanggan dan nilai terbaik, bila-bila masa, di mana jua di seluruh dunia. Kumpulan ini memiliki VistaJet, Vista Lease, XOJET (kumpulan pesawat & jualan) dan pada penutupan transaksi yang diterangkan, JetSmarter. Pengetahuan Vista Global dan pemahamannya tentang segenap aspek industri membolehkannya memberikan tawaran, perkhidmatan dan teknologi terbaik kepada sebarang pelanggan atau platform penerbangan perniagaan.
Vista Global tidak memiliki atau mengendalikan sebarang pesawat. Semua penerbangan dilakukan oleh pengangkut udara langsung Vista Global berlesen FAA/EASA berdaftar DOT atau diperakui A.S. dan/atau pengendali kongsi dengan saham minoriti bukan pengawal dalam XOJET Aviation LLC. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.vistaglobal.com

Perihal JetSmarter
JetSmarter ialah komuniti pelanggan penerbangan global yang mengutamakan pengalaman pelancongan ditingkatkan. Menggunakan teknologi dan model ekonomi perkongsian, JetSmarter memberikan pengguna kebolehan untuk mencipta penerbangan Pada Permintaan atau menempah tempat duduk individu pada pennerbangan yang dicipta oleh penumpang lain, yang menjimatkan ribuan dolar berbanding pelancongan peribadi tradisional.
JetSmarter menawarkan beberapa program termasuk Carter Peribadi, di mana JetSmarter bertindak sebagai agen berdaftar dalam mengatur penerbangan dan Carter Awam di mana JetSmarter bertindak sebagai prinsipal dalam membeli dan menjual semula pengangkutan udara. JetSmarter tidak memiliki atau mengendalikan sebarang pesawat. Semua penerbangan dilakukan oleh pengangkut udara berlesan FAA dan berdaftar DOT.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.jetsmarter.com                          

Foto untuk pengumuman ini tersedia di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/694d6b39-6bb4-4f37-8849-4c1def3639a2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b23cc41a-40c6-48b9-862e-539073fcd0da


            

Kontaktdaten