NoorLine melancarkan laman web terapi dalam talian yang Peka Terhadap Budaya 24 jam percuma


DETROIT, July 08, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- NoorLine, talian kecemasan tanpa nama percuma dilancarkan di Detroit minggu ini untuk membawakan sokongan emosi tanpa nama rakan ke rakan 24 jam kepada individu yang dalam kesusahan di seluruh dunia. Pendengar sukarela Muslim yang terlatih bersedia pada papan kekunci mereka, bukan talian telefon, untuk memberikan sokongan kesihatan mental dan juga interaksi umum melalui pemesejan langsung daripada laman web www.noorline.org.

NoorLine berfungsi seperti talian penting untuk kesusahan atau kesihatan mental, cuma NoorLine menggunakan pemesejan terus untuk menghubungkan sukarelawan kepada individu dalam kesusahan bukannya talian telefon. Cara ini boleh menghapuskan sekatan rantau. Selepas melayari laman web NoorLine dan membuat akaun, pengguna boleh melayari dan memilih pendengar daripada senarai pendengar Muslim, selepas memilih pendengar, mereka boleh menggunakan ciri pemesejan untuk mula berkomunikasi dengan mereka. Individu juga boleh memilih untuk menjadi pendengar dengan melengkapkan sesi latihan dalam talian 10 minit yang percuma.

Pengasas Faisal Khan mengasaskan NoorLine selepas rakan yang beliau kenali dari luar negara pernah menyebut beberapa kali tentang menginginkan seseorang untuk berbual dan tiada talian penting tersedia dan talian penting di Eropah dan Amerika Utara tidak dapat diakses rakan beliau. “Ciri terbaik perkhidmatan ini adalah oleh sebab pendengar kita boleh menerima mesej langsung daripada akaun peribadi mereka pada laman web NoorLine, mereka boleh memberikan sokongan emosi yang peka budaya kepada Muslimin dan bukan Muslim yang berada di seluruh dunia.” Kata pengasas Faisal Khan, yang juga merupakan pengasas laman web kesihatan mental profesional www.therapyline.org.

Peristiwa dunia kebelakangan ini telah menyebabkan kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan Muslimin dan bukan Muslim seumpamanya, NoorLine bukan sahaja menyasarkan untuk menyediakan tempat yang kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh mendapatkan sokongan emosi yang selamat secara tanpa nama untuk perkara seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, ketagihan dan banyak lagi. NoorLine juga merupakan ruang untuk Bukan Muslim mungkin mempunyai peluang bertemu dengan Muslim dan mungkin mengadakan dialog jika mereka mahu. “Pada saat kebimbangan di seluruh dunia berada pada tahap tinggi untuk Muslimin dan bukan Muslim seumpamanya, platform seperti ini boleh membantu ramai orang dan mungkin dapat membina pertalian antara komuniti.” harap En. Khan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bantuan percuma secara tanpa nama atau mendaftar sebagai pendengar boleh melayari www.noorline.org.

Maklumat Hubungan:
faisalkhan@noorline.org 
734 407 9626