Nama-nama Pemenang Anugerah Pemegang Lesen Tahun Ini bagi Avis Budget Group dalam Avis Car Rental Dan Budget Car Rental


LONDON, Sept. 27, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ: CAR) telah mengumumkan Pemenang Anugerah Pemegang Lesen Avis Car Rental dan Budget Car Rental Tahun Ini bagi Rantau Antarabangsa, yang meliputi Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Asia Pasifik. Penerima anugerah tahunan ini adalah Avis Turki dan Budget Romania. Setiap penghormatan menerima penghargaan tersebut pada majlis sambutan yang diadakan di Lisbon, Portugal.

Anugerah tahunan Pelesenan Antarabangsa Avis Budget Group ini mengiktiraf rakan kongsi pemegang lesen yang telah menunjukkan pertumbuhan dalam prestasi kewangan tahunan, diukur terhadap keadaan ekonomi negara masing-masing, kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan penjajaran dengan inisiatif jenama.

Keith Rankin, Presiden, Antarabangsa di Avis Budget Group berkata: “Saya sungguh berbesar hati untuk mengumumkan pemenang Anugerah Pemegang Lesen kami, Avis Turki dan Budget Romania. Kedua-dua pemenang telah melabur dalam perniagaan mereka, menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan secara konsisten menjana tahap kepuasan pelanggan yang tinggi. Sebagai syarikat mobiliti global, dengan penampilan di sekitar 180 buah negara, kami bergantung pada kepakaran dan profesionalisme yang ditawarkan oleh para pemegang lesen kami kepada pelanggan Avis dan Budget di pasaran mereka. Anugerah-anugerah ini adalah untuk meraikan dan menghargai kerja keras, semangat dan dedikasi mereka.”

Avis Car Rental di Turki telah memacu pertumbuhan dalam pasaran walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang sukar ini, Avis Turki telah memberi tumpuan kepada pengurusan pendapatan dan penjanaan pendapatan, sambil melabur di kawasan penjualan sampingan dalam perniagaan. Kesannya, Avis Turki bukan sahaja mengekalkan kedudukan nombor satu dalam pasarannya, tetapi juga mengunjurkan perniagaan dengan pertambahan sebanyak lebih daripada 22 peratus, sambil mengekalkan skor perkhidmatan pelanggan yang konsisten, menunjukkan kesungguhan dan semangat dalam menghadapi kesukaran.

Budget Romania menerima anugerah ini selepas tahun yang sangat berjaya, yang menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebanyak 19 peratus dan pertumbuhan saiz kenderaan sebanyak lebih daripada 10 peratus. Semasa melabur dalam jenama, pemasaran dan lokasi sewa, negara boleh meraikan peningkatan sebanyak 10 peratus dalam skor perkhidmatan pelanggannya sepanjang tahun sebelumnya, menyediakan kenderaan berkualiti dengan harga yang bernilai tinggi.

Hubungi: Laura Watts
  +44(0) 7342 075 430   
  laura.watts@abg.com 

Tentang Avis Budget Group
Avis Budget Group, Inc. merupakan peneraju bagi penyedia dalam penyelesaian mobiliti, melalui jenama Avis dan Budget, yang mempunyai lebih daripada 11,000 lokasi sewa di sekitar 180 buah negara di seluruh dunia, dan melalui jenama Zipcar, yang merupakan rangkaian perkongsian kereta terkemuka di dunia, dengan lebih daripada satu juta ahli. Avis Budget Group mengendalikan kebanyakan pejabat-pejabat sewa kereta di Amerika Utara, Eropah dan Australasia secara langsung dan beroperasi terutamanya melalui pemegang lesen di bahagian lain di dunia. Avis Budget Group mempunyai kira-kira 30,000 orang pekerja dan beribu pejabat di Parsippany, N.J. Maklumat lanjut boleh didapati di www.avisbudgetgroup.com.

Foto-foto yang disertakan bersama-sama pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c1151d4a-3918-4558-bf38-378576e7550e
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7b3c6710-3778-4efe-b0e2-351e1e62520d