Tawaran Rig Perlombongan Berkuasa dilanjutkan oleh BitHarp


WELLINGTON, New Zealand, Oct. 03, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- BitHarp berasa sukacita untuk mengumumkan lanjutan ‘Tawaran 3 Tambah 1’ yang amat berjaya untuk rig perlombongan menguntungkan syarikat. Diperkenalkan beberapa minggu yang lalu, tawaran istimewa ini amat berjaya dalam kalangan semua jenis peminat perlombongan kripto. Berdasarkan permintaan awam, promosi ini akan diteruskan sehingga 12 Oktober.

Organisasi yang berpangkalan di New Zealand; BitHarp mencuri tumpuan dalam industri kripto global dengan pelancaran dua rig perlombongan Lyre Miner dan Harp Miner. Kedua-dua pelombong ini direka bentuk dengan mengambil kira keperluan peminat perlombongan biasa. Tidak seperti ratusan perkakasan perlombongan yang memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang ketara, kedua-dua produk daripada www.BitHarp.com telah menggalakkan ramai pelombong baharu untuk mencuba perlombongan kripto. Sesuai untuk penggunaan rumah, pelombong ini telah diprakonfigurasi dan boleh mula melombong sebaik sahaja palam dipasangkan.

Berserta kemudahan perlombongan, BitHarp juga telah berjaya memastikan kebolehuntungan pelanggan mereka dengan menyampaikan kadar kuasa hash tinggi yang mengejutkan banyak penyokong setia industri. Tambahan pula, Lyre Miner dan Harp Miner merupakan antara perkakasan paling menjimatkan kuasa dalam pasaran dengan penggunaan masing-masing sebanyak 600 dan 2400 watt.

Dua produk daripada BitHarp ini boleh digunakan untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, dan Dash, dengan kuasa hash seperti yang diringkaskan di bawah.

Bitcoin: 335 TH/s (Lyre Miner) & 2000 TH/s (Harp Miner)

Litecoin: 55 GH/s (Lyre Miner) & 300 GH/s (Harp Miner)

Ethereum: 14 GH/s (Lyre Miner) & 75 GH/s (Harp Miner)

Dash: 9 TH/s (Lyre Miner) & 50 TH/s (Harp Miner)

“Kami telah menerima berbilang panggilan dan e-mel daripada orang ramai yang meminta lanjutan tawaran 3 tambah 1 kami,” kata jurucakap BitHarp. “Saya berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa tawaran ini akan kekal sah sehingga 12 Oktober.”

Maklumat lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner tersedia di https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp: BitHarp merupakan pengeluar kriptowang yang berpangkalan di New Zealand bagi rig perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.


            

Kontaktdaten