WASHINGTON, July 25, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Setiausaha Jabatan Pengangkutan AS (USDOT) Elaine Chao dan Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) Council memperkenalkan dokumen panduan tentang rangka kerja peraturan yang jelas untuk gelunghiper di Amerika Syarikat.
“Panduan ini merapatkan jurang antara penginovasi dengan pengawal selia, mengutamakan keselamatan semasa pembangunan tanpa menghalang inovasi, dan mempromosikan kesedaran bersama antara industri dengan kerajaan,” kata Setiausaha Elaine Chao semasa acara yang distrim secara langsung.
Dokumen panduan kawal selia untuk gelunghiper merupakan yang pertama seumpamanya, membuktikan lagi bahawa AS berhasrat menjadi peneraju industri.
“Gelunghiper menawarkan peluang yang benar-benar unik untuk meneraju dunia dalam pengangkutan abad ke-21,” kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group. “Visi yang kukuh diperlukan untuk berpisah daripada inersia status quo dan merebut peluang ini. Pengumuman hari ini akan membantu untuk membina landasan bagi Amerika Syarikat menjadi peneraju.”
Virgin Hyperloop telah bekerja secara rapat dengan NETT Council sepanjang setahun setengah yang lepas sejak penubuhannya pada Mac 2019, untuk memajukan teknologinya dan memastikan mereka dapat mengerahkan gelunghiper dengan selamat dan pantas.
Pengumuman bersejarah ini bukan sahaja menyediakan laluan untuk kawal selia dan pengerahan gelunghiper di AS, tetapi juga menetapkan kelayakan gelunghiper untuk pembiayaan persekutuan gelunghiper untuk projek.
“Kami juga telah menentukan bahawa projek gelunghiper ini adalah sama layak untuk geran seperti mana-mana projek maglev atau pengapungan magnetik,” kata Finch Fulton, Timbalan Penolong Setiausaha untuk Dasar Pengangkutan semasa acara yang distrim secara langsung. “Ini merangkumi Program Federal Railroad Administration Consolidated Rail Infrastructure and Safety Improvements (CRISI), geran BUILD dan INFRA Pejabat Setiausaha, dan program seumpamanya. Hal ini bermakna mereka juga akan layak untuk sesetengah pinjaman dan program pinjaman Jabatan.”
“Setiausaha Chao dan NETT Council sedang bekerja pada kadar yang luar biasa untuk memastikan Amerika Syarikat berada pada barisan depan pembangunan gelunghiper,” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop. “Jelas bahawa USDOT berkongsi visi kami untuk pembangunan infrastruktur sebagai cara negara bukan sahaja membina semula, tetapi berkembang sementara kita bangkit dari krisis ini.”
Sebagai kategori pengangkutan yang serba baru, gelunghiper akan memberikan peluang pertumbuhan yang eksponen untuk pekerjaan pengeluaran dan pembangunan yang silang industri - merentasi pembinaan, aeroangkasa, landasan, automotif, penerbangan, kenderaan elektrik, dan kawalan berautonomi. Bulan lepas, Virgin Hyperloop mengumumkan perkongsian dengan Spirit AeroSystems, salah sebuah pengeluar aeroangkasa terbesar dunia. Jurutera, perancang, pembina, pakar rantaian bekalan dan pensijilan, dan juruteknik Spirit AeroSystems akan memanfaatkan kepakaran industri aeroangkasa yang berkaitan untuk menghasilkan bogi gelunghiper - contoh jelas peluang bersebelahan dalam sektor ini.
Perihal Virgin Hyperloop
Virgin Hyperloop ialah satu-satunya syarikat di dunia yang telah berjaya menguji teknologi gelunghiper pada skala, melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun. Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada. Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad. Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek Virgin Hyperloop yang sedang berlangsung di sini.
Orang Hubungan Media
Ryan Kelly
Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
press@virginhyperloop.com
+1 (610) 442-1896