SAN JOSE, Calif., July 29, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pelancaran Pulse Zero Trust Access (PZTA), perkhidmatan akses selamat berdasarkan awan dan berbilang penyewa yang membolehkan organisasi menyediakan pengguna akses mudah dan di mana-mana sahaja kepada aplikasi berbilang awan dan pusat data dengan jaminan Sifar Kepercayaan.
PZTA meringkaskan pengurusan akses dengan kebolehlihatan paparan tunggal, analisis hujung ke hujung, dasar berbutir, peruntukan automatik dan pengurangan ancaman lanjutan yang memperkasa organisasi untuk mengoptimumkan lagi sumber tenaga kerja dan sumber IT hibrid yang semakin mudah alih.
Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan, pengguna memerlukan akses kepada aplikasi pada premis dan awan daripada sebarang peranti, dari sebarang lokasi dan pada bila-bila masa. Sementara itu, serangan siber, pelanggaran data dan kewajipan pematuhan telah berkembang dengan ketara, menjadikan kepercayaan dan kawalan boleh suai adalah penting. PZTA menawarkan pengguna akses aplikasi yang diperkemas serta membolehkan organisasi mengawal selia setiap permintaan dengan mengesahkan identiti, peranti dan kedudukan keselamatan secara automatik sebelum memberikan sambungan langsung yang disulitkan antara peranti pengguna tersebut dengan aplikasi yang terletak dalam awan awam, awan peribadi atau pusat data.
“Peneraju IT memacu transformasi perniagaan dalam era digital hibrid dan pada masa yang sama mempertahankan aset semasa ‘era akses penggunaan hiper-bertumpu’ – untuk mana-mana pengguna, daripada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja, kepada sebarang aplikasi pada bila-bila masa. Pulse Zero Trust Access direka bentuk untuk tempat kerja digital yang elastik, menyediakan perkhidmatan disatukan, berdasarkan awan yang mendayakan kebolehcapaian, kecekapan dan pengurangan risiko yang lebih besar,” kata Rohini Kasturi, ketua pegawai produk di Pulse Secure. “Sejak permulaannya, Pulse Secure telah memfokuskan pada penyediaan penyelesaian akses selamat yang meningkatkan produktiviti, kebolehlihatan dan pematuhan semasa syarikat berhijrah kepada awan dan memanfaatkan pengkomputeran utiliti. PZTA merupakan contoh komitmen berterusan kami untuk berinovasi sementara memaksimumkan kefleksibelan pengerahan, skala, saling boleh kendali dan perlindungan pelaburan untuk syarikat daripada semua saiz.”
PZTA adalah berdasarkan platform natif awan, berdasarkan mikroperkhidmatan berbilang penyewa baharu Pulse Secure yang dikerahkan secara global dalam Microsoft Azure Cloud. Perkhidmatan PZTA terdiri daripada Pengawal Pulse ZTA, yang dihoskan dan diurus oleh Pulse Secure, Get Laluan Pulse ZTA Maya yang dikerahkan pelanggan pada premis atau dalam awan, dan Klien Pulse ZTA disatukan yang berjalan secara natif pada peranti Microsoft Windows, Apple macOS dan iOS, dan Google Android setiap pengguna.
Seni Bina, Prestasi, Privasi Data dan Kelebihan Kawalan mudah Suai
Mengikut panduan pasaran Zero Trust Network Access (ZTNA) Gartner:* “ZTNA menambah baik kefleksibelan, ketangkasan dan kebolehskalaan akses aplikasi, membolehkan perniagaan digital berkembang maju tanpa mendedahkan aplikasi dalaman secara langsung kepada Internet, mengurangkan risiko serangan.” Selain itu, “ZTNA menambah baik teknologi VPN tradisional untuk akses aplikasi, dan mengalih keluar kepercayaan berlebihan yang dahulunya diperlukan untuk membenarkan pekerja dan rakan kongsi untuk berhubung dan bekerjasama. Pemimpin pengurusan keselamatan dan risiko seharusnya merintis projek ZTNA sebagai sebahagian daripada strategi SASE [Secure Access Service Edge] atau untuk mengembangkan akses jauh dengan pantas.”
Pulse Zero Trust Access berjajar dengan seni bina Perimeter Ditakrifkan Perisian (SDP) Cloud Security Alliance, menggabungkan pengesahan identiti dan peranti meluas, mengasingkan dataran kawalan dan data, memusatkan pengurusan dasar berbutir, dan mikro-pensegmenan untuk menggagalkan akses tanpa izin dan perambatan serangan.
Walaupun akses setiap peranti pengguna memerlukan pengesahan dan kebenaran eksplisit oleh perkhidmatan Pulse Zero Trust Access, Get Laluan ZTA Pulse dikerahkan dalam persekitaran pada premis dan awan pelanggan yang paling dekat dengan aplikasi atau sumber. Kehampiran ini mengoptimumkan pengalaman pengguna, mengurangkan kependaman dan mendayakan pengerahan IT Hibird pada skala. Oleh sebab trafik aplikasi yang disulitkan hanya mengalir antara Klien ZTA dan Get Laluan ZTA, pelanggan mendapat privasi data dan kedaulatan data penuh.
PZTA mentadbir setiap permintaan dan sesi akses melalui dasar yang telah diatur dan diatur secara berpusat. Membina pada rangka kerja Penilaian Risiko dan Kepercayaan Adaptif Berterusan (CARTA) Gartner, PZTA menambah baik dasar kontekstual dan mementingkan identiti yang dibina pada Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA) iaitu atribut untuk setiap sesi dipantau dan dinilai, menggunakan algoritma penskoran risiko proprietari untuk mengenal pasti aktiviti yang tidak patuh, hasad dan anomali, dan mengambil tindakan pengurangan ancaman dipercepat.
Penyelesaian Natif Awan, Akses Selamat yang Menyeluruh untuk Pelanggan Sedia Ada dan Baharu
PZTA membolehkan perusahaan daripada sebarang saiz untuk memperoleh Akses Selamat yang menyeluruh dengan perkhidmatan yang ringkas, boleh diskala dan natif awan yang boleh dilaksanakan dalam masa beberapa jam. Penyelesaian ini menyediakan kefleksibelan pengerahan dan pengurusan dasar kohesif untuk perusahaan menghijrahkan aplikasi daripada pusat data kepada awan, sementara menawarkan keupayaan akses selamat yang menyeluruh kepada organisasi dengan persekitaran berbilang awan yang tulen. Ini membolehkan sokongan luas untuk aplikasi legasi dan aplikasi awan popular seperti aplikasi daripada Amazon, Atlassian, Box, Google, Microsoft, Oracle, Salesforce, SAP dan Zoom.
PZTA boleh wujud bersama-sama dengan portfolio penyelesaian akses jauh, mudah alih dan rangkaian Pulse Secure termasuk Pulse Access Suite. Memanfaatkan Klien ZTA Pulse yang disatukan, dan berbilang terowong, pengguna boleh menikmati akses kepada aplikasi yang telus, tidak terganggu dan serentak serta sumber daripada peranti mereka tanpa mengira kaedah akses – SDP, VPN atau NAC. Organisasi memperoleh kecekapan pelaksanaan dan operasi, perlindungan pelaburan dan gabungan alat untuk merealisasikan kos pemilikan keseluruhan yang lebih rendah.
Ciri tambahan PZTA termasuk:
- Pengesahan identiti, titik akhir dan kedudukan keselamatan yang meluas sebelum dan semasa setiap transaksi akses untuk membatalkan akses pengguna yang tidak dibenarkan dan peranti yang rentan
- Sokongan aplikasi luas, termasuk HTTP, aplikasi berasaskan TCP/UDP, pengesahan berbilang faktor (MFA), daftar masuk tunggal (SSO) dan pilihan kesambungan yang dilindungi
- Perlindungan pengguna dan sumber peranti sebelum pengesahan Pengawal PZTA, mewujudkan pertahanan Awan Gelap untuk menyingkirkan kebolehlihatan sasaran bagi penyerang dan perambatan perisian hasad
- Analisis hujung ke hujung untuk mempercepat proses pemberian amaran, pelaporan, pengauditan, triaj isu dan siasatan.
"Zero Trust dan Rangkaian Ditakrif Perisian semakin menarik minat rakan kongsi dan pelanggan kami. Perkhidmatan berdasarkan awan baharu yang dikeluarkan oleh Pulse Secure ini akan mendayakan perusahaan menggunakan rangkaian sifar kepercayaan sepenuhnya dengan kebolehlihatan, pematuhan dan peningkatan pengalaman pengguna. Dengan permintaan kerja dari jauh dan keseimbangan kehidupan-kerja yang semakin meningkat, kami berfokus pada menawarkan penyelesaian ZTA Pulse Secure untuk membantu pelanggan bertukar kepada sifar kepercayaan bagi memanfaatkan kefungsian dan keringkasannya, kata Jun Ikeda, ketua pegawai eksekutif di Macnica Networks Corporation.
Perkhidmatan PZTA Tersedia Hari ini
Menurut 2020 Zero Trust Progress Report, lebih daripada separuh pembuat keputusan keselamatan siber (53%) merancang untuk menggunakan keupayaan akses Sifar Kepercayaan dengan pengerahan IT hibrid. Perkhidmatan PZTA tersedia hari ini pada langganan tahunan MSRP bermula dari US$180 setiap pengguna sehingga 500 pengguna dengan tawaran diskaun volum dan berbilang tahun. Pembekal Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSSP) boleh memanfaatkan pilihan pengerahan fleksibel dengan pelan untuk membenarkan MSP mengehoskan Pengawal ZTA dalam infrastruktur mereka atau pelanggan mereka, dan Get Laluan ZTA merentasi sebarang persekitaran hibrid.
Untuk maklumat lanjut tentang PZTA lawati www.pulsesecure.net/pzta. Perusahaan, pembekal perkhidmatan dan penjual semula boleh meminta penilaian di: www.pulsesecure.net/trynow/requestpzta/ .
CIAPKAN INI: Pulse Secure menyampaikan Pulse Zero Trust Access - Perkhidmatan Berdasarkan Awan Baharu untuk Berbilang Awan dan IT Hybrid, yang menjangkaui VPN #PulseSecure #PZTA #HybridIT #SecureAccess #ZeroTrust #Security #CARTA
*Gartner, “Market Guide for Zero Trust Network Access”, Analysts Steve Rile, at al, 8 Jun 2020
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Nasihat Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Perihal Pulse Secure Pulse
Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite dan platform SaaS kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 24,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk menyambung kepada aplikasi dan maklumat dengan selamat merentasi pusat data dan berbilang awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net.
Ikuti kami di @PulseSecure pada Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.