Penumpang Pertama Mengembara dengan Selamat pada Gelunghiper dengan Seorang Warga Pune akan Menjadi Penumpang yang Seterusnya

Pengujian oleh manusia di Amerika Syarikat menjadikan projek gelunghiper di India semakin hampir menjadi kenyataan


NEW DELHI, India, Nov. 11, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Hyperloop hari ini mencatatkan sejarah sebagai orang pertama yang berjaya mengembara dalam pod gelunghiper di kemudahan ujian DevLoop di Amerika Syarikat.

“Sejak beberapa tahun ini, pasukan Virgin Hyperloop telah berusaha untuk merealisasi teknologi perintisnya,” kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group. "Dengan kejayaan ujian pada hari ini, kami telah menunjukkan bahawa semangat inovasi akan mengubah cara orang di mana-mana tinggal, bekerja, dan mengembara dalam tahun-tahun yang akan datang.”

Josh Giegel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, dan Sara Luchian, Pengarah Pengalaman Penumpang merupakan orang pertama di dunia yang menaiki bentuk pengangkutan yang baharu ini. Kempen ujian akan diteruskan dengan Tanay Manjrekar, Pakar Elektronik Kuasa di Virgin Hyperloop dan berasal dari Pune akan menjadi penumpang yang seterusnya.

“Bekerja pada gelunghiper, malahan menjadi antara yang pertama untuk menaikinya, benar-benar merupakan impian menjadi kenyataan,” kata Tanay Manjrekar, Pakar Elektronik Kuasa di Virgin Hyperloop. “Saya berimpian untuk India melihat peluang besar yang ada iaitu untuk menyahut cabaran dan menjadi pendahulu seluruh dunia sekali lagi dan terus untuk memajukan projek gelunghiper Pune-Mumbai.”

Ujian menggunakan manusia, daripada peringkat permulaan sehinggalah demonstrasi yang berjaya hari ini, dipantau oleh Penilai Keselamatan Bebas (ISA) yang diiktiraf oleh industri Certifer. Setelah menjalani proses keselamatan yang ketat dan menyeluruh, kenderaan XP-2 yang baru dilancarkan mempamerkan banyak sistem yang penting untuk keselamatan yang akan ditemukan pada sistem gelunghiper komersial dan dilengkapi sistem kawalan serba canggih yang boleh mengesan keadaan yang tidak normal dan mencetuskan respons kecemasan yang bersesuaian dengan pantas.

“Saya selalu ditanya, ‘adakah gelunghiper selamat?,’” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop. “Melalui ujian penumpang hari ini, kami telah berjaya menjawab pertanyaan ini, menunjukkan bukan sahaja Virgin Hyperloop oleh meletakkan individu di dalam pod dalam persekitaran vakum dengan selamat, tetapi juga syarikat mempunyai pendekatan yang bernas untuk keselamatan yang telah disahkan oleh pihak ketiga bebas.”

Penumpang tersebut membuat perjalanan pertama mereka pada kenderaan XP-2 yang baru dilancarkan itu, direka bentuk oleh BIG – Bjarke Ingels Group dan Kilo Design, yang dibina secara tersuai dengan menekankan keselamatan dan keselesaan. Walaupun kenderaan yang dikeluarkan akan lebih besar dan boleh diduduki 28 penumpang, kenderaan XP-2 dengan 2 tempat duduk telah dibina untuk menunjukkan bahawa penumpang boleh melakukan perjalanan dengan selamat dalam kenderaan gelunghiper.

Pengumuman ini berdasarkan kemajuan signifikan di seluruh dunia dari segi kawal selia. Di India, Kerajaan Maharashtra telah menganggap gelunghiper sebagai projek infrastruktur awam dan meluluskan Virgin Hyperloop-DP World Consortium sebagai Penyokong Projek Asal (OPP) untuk projek gelunghiper di Mumbai-Pune. Ini merupakan pengumuman yang bersejarah untuk pembinaan sistem pengangkutan gelunghiper di Pune-Mumbai, mengiktiraf teknologi gelunghiper di samping bentuk transit massa lebih tradisional yang lain. Selain dokumen panduan kawal selia yang dikeluarkan oleh Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) Council Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Virgin Hyperloop berharap akan dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa pusat di India untuk menerokai laluan kawal selia untuk gelunghiper di negara tersebut.

“Ujian hari ini ialah langkah yang signifikan ke arah gelunghiper komersial di India – mungkin yang pertama di dunia – menyambungkan Pune dengan Mumbai sepanjang Lebuh Raya sedia ada,” kata Harj Dhaliwal, Pengarah Urusan, Timur Tengah dan India untuk Virgin Hyperloop. “Peluang bagi India untuk memimpin dunia dalam bentuk pengangkutan baharu ini belum pernah terjadi sebelum ini. Projek tersebut akan merupakan pelaburan infrastruktur swasta terbesar di Maharashtra, menghasilkan 1.8 juta kerja langsung dan tidak langsung serta $36 bilion USD dengan manfaat sosial ekonomi.”

Momentum ini, digabungkan dengan kemajuan di Hyperloop Certification Centerdan demonstrasi keselamatan bersejarah yang dicapai hari ini, akan membuka laluan untuk pensijilan sistem gelunghiper di seluruh dunia – langkah utama ke arah projek komersial, termasuklah yang di India, sementara pengujian oleh manusia pertama bagi teknologi ini berlaku di Amerika Syarikat.

“Saya percaya dalam bersaing dengan peralihan pasaran dan bukannya pesaing dan Virgin Hyperloop berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui masa depan pengangkutan,' kata John Chambers, mantan Pengerusi Eksekutif dan CEO Cisco Systems, pengasas semasa dan CEO JC2 Ventures. “Dengan pembangunan Hyperloop Certification Center di negeri asal saya Virginia Barat baru-baru ini, selain pelbagai projek global Virgin Hyperloop, saya berpendapat kami sedang berada pada laluan untuk kerjasama merentas negara untuk membawakan teknologi disruptif ini ke India dan seterusnya. Saya sentiasa yakin dengan India dan sebagai Pengerusi Eksekutif Forum Kerjasama Strategik AS-India, saya sangat teruja dengan perkara yang akan dibawakan oleh pengumuman ini untuk setiap warga di negara ini. Saya tidak sabar untuk menyokong Virgin Hyperloop dalam perjalanan ini sementara mereka membantu dunia membayangkan kemungkinan untuk generasi seterusnya bagi inovasi, keusahawanan, dan keterangkuman.”

Terdapat potensi yang besar untuk menghubungkan keseluruhan subbenua menjangkaui Maharashtra. Bulan lalu, Virgin Hyperloop mengumumkankerjasama perintis dengan Bangalore International Airport Limited (BIAL) untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan koridor gelunghiper yang dicadangkan dari Lapangan Terbang BLR. Kajian yang berfokus pada teknikal, ekonomi dan kebolehlaksanaan laluan dijangka akan diselesaikan dalam dua fasa 6 bulan. Dengan kelajuan sehingga 1,080 kmph, gelunghiper boleh membawa ribuan penumpang setiap jam dari Lapangan Terbang BLR ke pusat bandar di bawah 10 minit, menurut analisis awal.

Virgin Hyperloop juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Jabatan Pengangkutan Negeri Punjab pada bulan Disember 2019 dan berharap untuk mengembangkan hubungannya dengan Punjab sementara syarikat terus meneroka peluang di India utara, bebas daripada kerja mereka di rantau barat dan selatan negara.

Perihal Virgin Hyperloop

Virgin Hyperloop ialah satu-satunya syarikat di dunia yang telah berjaya menguji teknologi gelunghiper pada skala, melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun. Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada. Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad. Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek Virgin Hyperloop yang sedang berlangsung di sini.

Aset Media
Aset media boleh ditemui di sini. Sila berikan kredit kepada Virgin Hyperloop.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0351806a-591b-4630-9f9b-8f8e74145c40


 

Kontaktdaten