HIMSS & Kesihatan 2.0 Melancarkan Persidangan dan Pameran Kesihatan Digital Timur Tengah pada 29 Nov-2 Dis 2020


CHICAGO, Nov. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan dan Pameran Kesihatan Digital Timur Tengah HIMSS & Kesihatan 2.0 akan diadakan sebagai acara digital mulai 29 Nov - 2 Dis 2020, di bawah naungan Tuan yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, Kementerian Kesihatan Kerajaan Arab Saudi, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Majlis Kesihatan Saudi dan Suruhanjaya Pakar Kesihatan Saudi.

Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan cabaran semasa, visi dan idea tentang rancangan masa hadapan serta penyelesaian berpotensi dalam sektor penjagaan kesihatan pada tahap rantau dan antarabangsa. Persidangan ini juga akan membincangkan tentang dapatan terkini teknologi maklumat kesihatan dan cara mendapat manfaat daripadanya, memupuk kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat kesihatan dan peranannya yang berkesan dalam meningkatkan kecekapan prestasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penggunaan optimum bagi sumber dalam sektor kesihatan. Di samping menyerlahkan peranan pentingnya dan menyediakan kualiti setinggi mungkin dalam penyediaan jagaan kesihatan kepada semua benefisiari.

Persidangan ini akan disertai oleh para pakar dalam sektor penjagaan kesihatan digital dari dalam dan luar Kerajaan serta akan menyertakan banyak syarahan dan bengkel pendek “secara jarak jauh” dengan slogan “Mengubah Kesihatan dan Penjagaan Bersama: Daripada Visi menjadi Realiti”, yang akan dibentangkan oleh para pakar dan pensyarah dari Arab Saudi dan antarabangsa dalam bidang teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan.

Semasa persidangan, banyak tema berbeza akan dibincangkan, termasuklah: mencipta tempat kerja digital dan membincangkan status quo, menerajui inovasi dan model perniagaan baharu yang dikongsi bersama, mengembangkan penjagaan kesihatan melampaui hospital, memanfaatkan kuasa data: mendayakan sistem kesihatan yang lebih pintar, pengajaran yang diperoleh daripada COVID-19, memanfaatkan kesihatan digital untuk meramal, mencegah dan menguruskan krisis pada masa akan datang. Di samping memberikan keterangan tentang inovasi teknologi terkini yang canggih dalam bidang penjagaan kesihatan dan cara memanfaatkannya.

Pendaftaran kini dibuka.

Butiran tentang persidangan boleh ditemui di sini.

Tentang HIMSS

HIMSS ialah penasihat global dan peneraju pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi. Sebagai badan bukan untung berpacukan misi, HIMSS menawarkan kedalaman dan keluasan kepakaran yang unik dalam inovasi kesihatan, dasar awam, pembangunan tenaga kerja, penyelidikan dan analisis untuk menasihati pemimpin dunia, pihak berkepentingan dan pempengaruh tentang amalan terbaik dalam maklumat dan teknologi kesihatan. Melalui enjin inovasi kami, HIMSS membawakan wawasan penting, pendidikan dan acara yang menarik keterlibatan ramai kepada pembekal penjagaan kesihatan, kerajaan dan pembekal pasaran, lantas memastikan mereka memiliki maklumat yang betul pada waktu membuat keputusan. HIMSS yang beribu pejabat di Chicago, Illinois, berkhidmat untuk komuniti maklumat dan teknologi kesihatan global dengan operasi yang difokuskan kepada seluruh Amerika Utara, Eropah, United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Ahli kami termasuk lebih 80,000 orang perseorangan, 480 organisasi pembekal, 470 rakan kongsi bukan untung dan 650 organisasi perkhidmatan kesihatan.

Karen D. Groppe
Pengarah Kanan, Komunikasi Strategik
Nombor Mudah Alih 312.965.7898  | Twitter @Karen_D_Groppe