Parexel akan Diperoleh oleh EQT Private Equity dan Goldman Sachs Asset Management


BOSTON dan DURHAM, N.C., July 07, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Parexel, sebuah organisasi penyelidikan klinikal global (CRO) terkemuka yang berfokus pada pembangunan dan penyampaian terapi baharu yang inovatif untuk memajukan kesihatan pesakit, hari ini mengumumkan pelaksanaan perjanjian penggabungan muktamad yang menyatakan organisasi tersebut akan diperoleh oleh dana EQT IX (“EQT Private Equity”) dan perniagaan Ekuiti Peribadi dalam Goldman Sachs Asset Management (“Goldman Sachs”) daripada Pamplona Capital Management LP pada harga $8.5 bilion.

“Sepanjang 18 bulan yang lalu, Parexel telah meneruskan trajektori pertumbuhan kukuhnya dalam menyampaikan fokus yang mengutamakan pesakitnya dan mempercepat terapi baharu kepada pesakit yang memerlukan di seluruh dunia,” kata CEO Parexel, Jamie Macdonald. “Dengan pasaran untuk perkhidmatan penyelidikan klinikal sumber luaran yang dijangka akan berkembang pada CAGR konservatif 8 hingga 9 peratus, fokus kami kekal dalam memajukan dan mengembangkan Parexel untuk memenuhi keperluan pelanggan kami merentasi landskap pembangunan klinikal yang semakin berkembang. EQT dan Goldman Sachs menyokong visi ini dan komited untuk melabur dalam Parexel dan warga kami untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik ini dan membawakan perubahan untuk pesakit.”

Eric Liu, Rakan Kongsi dan Ketua Bersama Jagaan Kesihatan Global di EQT, memberikan komen, “Kami telah mengikuti perkembangan Parexel sepanjang beberapa tahun lalu dan berasa kagum dengan perkembangan dan trajektori syarikat. Pelaburan kami dalam Parexel menggambarkan fokus tematik EQT terhadap industri sains hayat, serta komitmen kami untuk bekerjasama dengan perniagaan yang mempunyai impak positif pada masyarakat. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Goldman Sachs bagi peringkat perjalanan Parexel yang seterusnya, dan menyokong Jamie, yang merupakan penasihat kanan yang lama di EQT sebelum beliau memegang jawatan di Parexel, serta seluruh pasukan Parexel.”

Jo Natauri, Rakan Kongsi dan Ketua Pelaburan Jagaan Kesihatan Peribadi di Goldman Sachs Asset Management, memberikan komen, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Jamie Macdonald, seluruh pasukan pengurusan Parexel dan EQT untuk menyokong Parexel, yang mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam menyampaikan kecemerlangan klinikal kepada pelanggan besar dalam sektor farmasi dan bioteknologi di seluruh dunia. Kami percaya pelaburan ini akan mempercepat pertumbuhan Parexel memandangkan pelaburan tertumpu pada jejak global syarikat, keupayaan pengoperasian yang kukuh dan rangkaian jagaan kesihatan yang meluas.”

John Halsted, Rakan Kongsi Pengurusan, Pamplona Capital Management, memberikan komen, “Kami amat berbangga dengan kemajuan Parexel sepanjang empat tahun lalu dan usaha penting yang mereka lakukan dalam membawakan terapi baharu yang menarik kepada pesakit yang memerlukannya. Secara khususnya, mereka berjaya menyesuaikan perniagaan untuk beroperasi tatkala berlakunya pandemik global dan menyokong perkembangan terapi untuk memerangi pandemik COVID-19. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dalam fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya."

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Pamplona dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepimpinan dan sokongan dalam mentransformasikan Parexel di bawah pemilikan mereka,” simpul En. Macdonald. “Sepanjang beberapa bulan lalu, keupayaan kami untuk berubah dan menyesuaikan diri telah memupuk cara kerja baharu di samping membangunkan rekod prestasi yang kukuh bagi kualiti dan penyampaian pelanggan di seluruh dunia. Sementara kita terus meneruskan pembangunan klinikal di era baharu ini dan berfokus secara agresif untuk memenuhi keperluan pelanggan kami terhadap inovasi dalam bahagian seperti Bukti Dunia Sebenar, Percubaan Klinikal Terpencar, Biostatistik dan Pengurusan Data — dan di rantau utama seperti Asia/Pasifik, tempat kami merupakan antara CRO paling besar dan paling lama — kami teruja untuk bekerjasama dengan EQT dan Goldman Sachs. Kami tak sabar untuk memanfaatkan pengalaman industri mereka yang kukuh dan mempercepat Parexel untuk salah satu CRO terkemuka dan paling pesat membangun di dunia.”

Urus niaga ini tertakluk pada syarat biasa, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia yang berkenaan. Evercore bertindak sebagai penasihat kewangan untuk Parexel, dan Kirkland & Ellis LLP menyediakan penasihat undang-undang berkaitan urus niaga tersebut. Goldman Sachs dan Jefferies LLC bertindak sebagai penasihat kewangan untuk EQT Private Equity dan Goldman Sachs Asset Management, manakala Simpson Thacher & Bartlett LLP menyediakan penasihat undang-undang berkaitan urus niaga tersebut.

Perihal Parexel
Parexel menyokong pembangunan ubat-ubatan baharu yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan pesakit. Kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu klien sains hayat dan biofarmaseutikal di mana-mana sahaja, yang mengubah penemuan saintifik kepada rawatan baharu. Daripada percubaan klinikal terpencar sehinggalah perkhidmatan perundingan kawal selia untuk memanfaatkan cerapan dunia sebenar, keupayaan terapeutik, teknikal dan fungsian didasari oleh keyakinan penuh kami dalam perkara yang kami lakukan. Parexel dinamakan “Best Contract Research Organization” pada bulan Disember 2020 oleh panel bebas untuk Informa Pharma Intelligence. Untuk maklumat lanjut, lawati parexel.com dan ikuti kami di LinkedInTwitter, dan Instagram.

Perihal EQT
EQT ialah organisasi pelaburan global yang dipacu tujuan dengan lebih daripada EUR 67 bilion dalam bentuk aset di bawah pengurusan merentasi 26 dana aktif. Dana EQT mempunyai syarikat portfolio di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika dengan jumlah jualan lebih kurang EUR 29 bilion dan lebih 175,000 orang pekerja. EQT bekerja dengan syarikat portfolio untuk mencapai pertumbuhan mampan, kecemerlangan operasi dan kepimpinan pasaran. Untuk maklumat lanjut, lawati www.eqtgroup.com atau ikuti EQT di LinkedInTwitterYouTube dan Instagram.

Perihal Goldman Sachs Asset Management Private Equity
Menggabungkan pelaburan tradisional dan alternatif, Goldman Sachs Asset Management menyediakan pelanggan di seluruh dunia dengan perkongsian berdedikasi dan fokus pada prestasi jangka masa panjang. Sebagai bahagian pelaburan utama dalam Goldman Sachs (NYSE: GS), kami menyampaikan perkhidmatan pelaburan dan nasihat untuk institusi utama dunia, penasihat kewangan dan individu, daripada rangkaian global kami yang meluas dan wawasan pakar yang disesuaikan merentasi setiap rantau dan pasaran—menyelia aset lebih daripada $2 trilion di bawah pengawasan di seluruh dunia, setakat 31 Mac 2021. Didorong semangat prestasi klien, kami berusaha membina hubungan jangka panjang berdasarkan keyakinan, hasil mampan dan kejayaan bersama dari semasa ke semasa. Goldman Sachs Asset Management melabur dalam spektrum lengkap alternatif, termasuk ekuiti persendirian, ekuiti pertumbuhan, kredit swasta, hartanah dan infrastruktur. Ditubuhkan pada tahun 1986, perniagaan Ekuiti Persendirian dalam Goldman Sachs Asset Management telah melabur lebih daripada $75 bilion sejak ditubuhkan. Kami menggabungkan rangkaian hubungan global, wawasan unik merentasi pasaran, industri dan rantau serta sumber seluruh dunia bagi Goldman Sachs untuk membina perniagaan dan mempercepat penciptaan nilai merentasi portfolio kami. Ikuti kami di LinkedIn.

Perihal Pamplona Capital Management
Pamplona Capital Management ialah pengurus pelaburan pakar yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang menyediakan platform pelaburan alternatif merentasi ekuiti persendirian dan strategi kepelbagaian lain. Dengan pejabat di New York, London, Madrid dan Malta, Pamplona mengurus aset melebihi $11 bilion untuk pelbagai klien termasuk dana pencen awam, pengurus kekayaan antarabangsa, syarikat multinasional, pejabat keluarga dan dana lindung nilai. Pamplona melabur modal jangka panjang merentasi struktur modal syarikat portfolio dalam situasi pasaran awam dan swasta.

ORANG HUBUNGAN

Untuk Parexel:
Lori Dorer
Naib Presiden Kanan, Komunikasi Korporat
+1 513 496 8121

Lindsay LeCain
Real Chemistry
+ 1 508 259 9521

Untuk EQT:
Daniel Yunger, Kekst CNC, + 1 917 574 8582
Pejabat Akhbar EQT, press@eqtpartners.com, +46 8 506 55 334

Untuk Goldman Sachs:
Leslie Shribman
+1 212 902 5400

Untuk Pamplona Capital Management:
Ed Orlebar, TB Cardew
ed.orlebar@tbcardew.com
+44 (0)7738724630