REDWOOD CITY, Calif., June 17, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analitik SaaS untuk mendayakan aplikasi yang boleh dipercayai dan selamat asli-awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan bagi kali pertama dan diletakkan oleh Gartner dalam Challengers Quadrant bagi 2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability.1
“Kami percaya bahawa posisi kami sebagai Pencabar ialah bukti kepada kemampuan Sumo Logic untuk membekalkan peralatan asli-awan kepada perusahaan untuk memberikan pengalaman digital yang boleh dipercayai mengikut skala,” kata Erez Barak, NP Pembangunan Produk bagi Pemerhatian di Sumo Logic. “Pemerhatian tindanan penuh bermula dengan meringkaskan cara log, metrik dan surih dikumpulkan untuk memberikan setiap kelebihan yang tersedia untuk menguruskan aplikasi moden kepada organisasi.”
Sebagai platform analitik SaaS asli-awan, Sumo Logic mengubah data yang dijana mesin, termasuk log, metrik, dan surih, menjadi wawasan waktu nyata. Platform ini menangani kerumitan transformasi digital, aplikasi moden dan pemindahan awan dengan membantu pelanggan menjamin kebolehpercayaan aplikasi dan menguruskan serta mengoptimisasikan infrastruktur multi-awan.
Sambung Barak, “Strategi kami untuk menerima sumber terbuka dan mengasaskan OpenTelemetry sebagai standard pengumpulan kami, serta memberi pelanggan kuasa untuk mengawal kos data – dikukuhkan oleh warisan asli-awan kami – hanyalah beberapa contoh perkara yang membezakan kami dalam industri ini serta mengukuhkan kedudukan kami dalam pengurusan aplikasi moden dan kebolehperhatian tindanan penuh.”
Kuadran Pencabar APM dan Kebolehperhatian terdiri dari vendor dengan capaian pasaran yang luas dan penggunaan besar-besaran. Vendor dalam kuadran ini biasanya mempunyai kebolehan pelaksanaan yang kuat dan jualan yang banyak serta kehadiran jenama yang dihimpunkan dari syarikat secara keseluruhannya, jika bukan secara langsung dari aktivitinya yang berkaitan-APM. Sesetengah vendor sebelum ini mungkin telah menjadi antara pencapai prestasi tertinggi dalam pasaran dan, kerana itu, menawarkan portfolio produk yang luas. Vendor dalam kuadran ini boleh mengubah tawaran produk dan fokus pasaran mereka. Dalam kes-kes tertentu, tawaran APM mereka sering diposisikan sebagai elemen penyelesaian lebih besar yang mungkin menjangkaui luar batasan ITOM.
Laporan “2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability,” tersedia untuk muat turun:
https://www.sumologic.com/brief/gartner-apm-and-observability-magic-quadrant/
Perihal Kebolehperhatian Sumo Logic
- Laporan Penuh: Sumo Logic Application Observability Solution Brief
- Daftar diri untuk mendapatkan percubaan percuma Sumo Logic
[1] Gartner, “Application Performance Monitoring and Observability Magic Quadrant,” Padraig Byrne, Gregg Siegfried, Mrudula Bangera, Jun 7, 2022.
Penafian Gartner:
Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya dalam A.S. dan antarabangsa serta digunakan dalam ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.
Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemiliknya masing-masing.
Sebarang maklumat mengenai tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian lain, termasuk tarikh keluaran, tertakluk pada perubahan tanpa notis. Pembangunan, keluaran dan masa bagi mana-mana tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian yang diterangkan di sini kekal mengikut budi bicara mutlak Sumo Logic dan tidak boleh bergantung padanya untuk membuat keputusan mengenai pembelian, mahu pun sebagai representasi, jaminan atau komitmen untuk menyampaikan tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian khusus pada masa hadapan.
Hubungan Media
Carmen Harris
Sumo Logic
charris@sumologic.com
(650) 414-1584