Spryker telah Diiktiraf sebagai Berwawasan dalam Magic Quadrant™ Untuk Perdagangan Digital bagi tahun 2022


BERLIN dan NEW YORK, Aug. 18, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, sebuah platform perdagangan digital terkemuka untuk kes penggunaan Perdagangan Canggih dalam B2B (Perniagaan ke Perniagaan), Pasaran Perusahaan, IoT (Internet Benda) dan Perdagangan Bersepadu, telah diiktiraf oleh Gartner® sebagai sebagai sebuah syarikat Berwawasan pada Magic Quadrant™ Untuk Perdagangan Digital bagi tahun 2022. Ia merupakan kemasukan ketiga Spryker berturut-turut dalam laporan Magic Quadrant™ untuk Perdagangan Digital milik Gartner®.

“Di Spryker, matlamat kami adalah untuk membolehkan inovasi digital dan pembezaan berlaku dengan platform boleh gubah kami yang direka khusus untuk model perniagaan transaksi yang canggih. Kami percaya bahawa pengiktirafan buat kali kedua sebagai sebuah syarikat yang Berwawasan mengesahkan dedikasi kami yang berterusan dalam memperkasakan syarikat-syarikat untuk berkembang, berinovasi dan membezakan syarikat mereka,” kata Boris Lokschin, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Spryker. “Pada tahun ini, kami telah melancarkan Platform Komposisi Aplikasi kami sebagai langkah terbaharu dalam komitmen kami untuk menyampaikan kebolehgubahan yang sebenar. Kami merasakan bahawa platform pertama seumpama inilah yang membuatkan Spryker terus diiktiraf di dalam pasaran. Kami akan terus mengembangkan penyelesaian kami serta ekosistem rakan kongsi kami untuk membantu para pelanggan kami berkembang dan menyesuaikan diri."

Para pelanggan di seluruh dunia bergantung kepada Spryker untuk kebolehgubahan dan keupayaan pasaran perusahaan berasaskan awan bagi B2B dan B2C. Spryker baru-baru ini telah mendasari perkara ini melalui pelancaran Platform Komposisi Aplikasi Spryker, menjadikannya lebih mudah untuk organisasi memilih penyelesaian perdagangan perusahaan berbanding sebelum ini. Pada pendapat kami, Platform Komposisi Aplikasi Spryker dapat membantu perniagaan membezakan syarikat mereka daripada pesaing berdasarkan cara mereka beroperasi dan berniaga, sambil membenarkan mereka menambah, melanjut dan mengembangkan keupayaan dengan lancar daripada ekosistem Spryker dan rakan kongsinya mengikut keperluan.

“Tidak kiralah sama ada sesebuah organisasi itu beroperasi dengan barangan pengguna dalam jumlah besar atau perkhidmatan B2B dengan transaksi yang canggih, kebolehgubahan adalah kunci kepada penawaran perdagangan digital yang kalis masa hadapan. Kami berasa gembira kerana dapat menyampaikannya kepada para pelanggan kami, mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas serta membantu mencapai matlamat perniagaan mereka,” kata Boris Lokschin. “Mana-mana perniagaan perusahaan yang menuju kepada transformasi digital memerlukan sebuah platform perdagangan yang boleh digubah dan didasarkan kepada seni bina moden. Spryker dapat menyediakan kedua-dua perkara tersebut kepada perusahaan – memberikan mereka fleksibiliti yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah-ubah sambil mempercepatkan pertumbuhan digital dan transformasi digital.”

Dengan lebih ramai pelanggan melihat kebaikan nilai kebolehgubahan, Spryker dapat melihat pengembangan dan pemerolehan pelanggan di seluruh dunia, termasuk pelanggan pertamanya di Australia dan New Zealand, dengan pertumbuhan sebanyak 200% di Benelux dan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 100% dalam pasaran perdagangan digital perusahaan Amerika Utara.

Muat turun Magic Quadrant™ 2022 untuk Perdagangan Digital di sini untuk mengetahui sebab Gartner mengiktiraf Spryker sebagai syarikat yang Berwawasan dalam perdagangan digital.

Rujukan:

*Gartner, Magic Quadrant for Digital Commerce, Jason DaiglerSandy ShenPenny GillespieMike LowndesAditya VasudevanYanna Dharmasthira, 10 Ogos 2022

Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati para pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau pengiktirafan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, sama ada yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan yang tertentu.

Tentang Spryker
Spryker ialah platform perdagangan boleh gubah terkemuka untuk perusahaan dengan model perniagaan yang canggih untuk membolehkan pertumbuhan, inovasi dan pembezaan. Direka khusus untuk perniagaan transaksi yang canggih, model Spryker yang mudah digunakan, tidak berketua serta mengutamakan API ini menawarkan pendekatan terbaik yang memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan diri, membuat penskalaan dan memasuki pasaran dengan pantas sambil mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas sepanjang perjalanan transformasi digital mereka. Sebagai peneraju platform global untuk Pasaran Perusahaan (B2B & B2C), Thing Commerce, B2B dan D2C, Spryker telah memperkasakan lebih 150 pelanggan perusahaan global di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama seperti ALDI, Siemens, Hilti dan Ricoh. Spryker ialah sebuah syarikat teknologi milik persendirian yang beribu pejabat di Berlin, Jerman dan New York, Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di https://spryker.com.

 

 

Kontaktdaten