iHerb Memperkenalkan Wellness Hub Digital untuk Memperkasa Matlamat Kesihatan Peribadi

Sumber dalam talian percuma menawarkan lebih daripada 1,200 artikel, resipi, video dan podcast bermaklumat daripada pelbagai pakar kesihatan dan diterjemahkan ke dalam 14 bahasa


IRVINE, California, Jan. 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- iHerb, salah satu daripada peruncit dalam talian terkemuka di dunia untuk vitamin, mineral, suplemen dan produk kesihatan serta kesejahteraan lain, hari ini mengumumkan pelancaran iHerb Wellness Hub, suatu destinasi multimedia dalam talian untuk kesihatan, kecergasan, pemakanan, kecantikan dan banyak lagi. Platform global yang inovatif ini menampilkan pelbagai jenis artikel kesihatan, resipi, video dan podcast, seterusnya memberikan cerapan yang berharga mengenai peranan vitamin, mineral dan makanan tambahan, herba serta ubat semula jadi dalam menggalakkan gaya kehidupan yang sihat.

Tersedia dalam 14 bahasa, iHerb Wellness Hub memperkasakan komuniti globalnya untuk membuat keputusan termaklum tentang produk kesihatan dan kesejahteraan melalui sumber yang komprehensif dan boleh diakses. Platform ini menawarkan pelbagai kandungan, termasuk lebih daripada 1,200 artikel yang ditulis oleh pakar, termasuk doktor, doktor naturopati, pakar perubatan, pakar diet berdaftar dan pemimpin lain dalam industri penjagaan kesihatan.

"Dengan pelbagai maklumat salah yang tersedia dalam talian, mencari sumber yang boleh dipercayai untuk kandungan berkaitan kesihatan tidak pernah menjadi lebih penting," kata Neil Folgate, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global di iHerb. " iHerb Wellness Hub direka bentuk untuk membantu menangani isu ini dengan menyusun objektif, kandungan berasaskan penyelidikan yang merangkumi pelbagai topik berkaitan diet dan pemakanan, umur panjang, tenaga, metabolisme dan kesihatan secara keseluruhan. Kami berbangga dapat membantu pengguna membuat pilihan yang termaklum mengenai kesihatan mereka dengan yakin dan akan meneruskan usaha ini dalam semangat untuk memajukan kesejahteraan di peringkat global."

Kandungan yang disediakan oleh pakar itu memastikan individu mempunyai akses tanpa had kepada maklumat yang boleh dipercayai ketika membuat keputusan tentang kesejahteraan mereka, sejurusnya memperkasakan mereka untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan kesihatan mereka. Menurut NIH*, ini amat penting di ketika yang mana hampir 60 peratus orang dewasa bergelut untuk mengenal pasti sumber maklumat kesihatan yang boleh dipercayai dalam talian. Berpegang teguh pada misi syarikat yang berdekad lamanya untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua, iHerb Wellness Hub tersedia secara percuma sepenuhnya dan tidak memerlukan pelawat membuat profil dalam talian untuk mendapatkan akses.

Sama ada pengguna ingin mengetahui tentang potensi manfaat vitamin tertentu, kepentingan mineral penting atau suplemen yang paling berkesan untuk keperluan mereka, iHerb Wellness Hub berfungsi sebagai sumber yang dipercayai untuk semua pertanyaan yang berkaitan kesihatan mereka.

iHerb Wellness Hub akan menggantikan Blog iHerb yang popular, menarik hampir 20 juta pelawat pada tahun 2024. iHerb Wellness Hub yang baharu mengatur kandungan blog iHerb yang meluas, membolehkan pengguna menavigasi perpustakaan luas secara mudah. Blog tersebut kini dikategorikan kepada Wellness, Fitness, Nutrition, dan Beauty. iHerb Wellness Hub menawarkan petua tentang menguruskan tidur, kesihatan usus, menopaus, kesihatan tulang, keguguran rambut dan banyak lagi. Terdapat beberapa artikel yang juga merangkumi cara semula jadi untuk meningkatkan testosteron, cara menyokong penuaan yang sihat dan faedah mucin siput untuk penjagaan kulit harian.

Sesiapa sahaja yang bersedia untuk menjaga kesihatan mereka boleh menyertai komuniti peminat kesihatan yang semakin meningkat yang menggunakan iHerb Wellness Hub untuk membimbing dan mempertingkatkan perjalanan kesihatan peribadi mereka.

Artikel bernas berikut: "How to Start a Healthy Lifestyle" dan "How to Detox your body in 8 Simple Steps" menawarkan panduan praktikal untuk permulaan yang baik di tahun baharu ini.

Wellness Hub tidak berhasrat untuk memberikan diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan.

* https://newsinhealth.nih.gov/2020/08/finding-reliable-health-information-online

Perihal iHerb:
iHerb merupakan salah satu peruncit dalam talian terkemuka di dunia yang berdedikasi untuk menawarkan pilihan vitamin, mineral, suplemen serta produk kesihatan dan kesejahteraan lain yang tiada tandingannya, termasuk pemakanan sukan, kecantikan, mandian serta penjagaan diri, barangan runcit, penjagaan bayi dan haiwan peliharaan daripada lebih 1,800 jenama terkemuka. Disokong oleh tenaga kerja global seramai 3,000 ahli pasukan, iHerb melayani lebih 12 juta pelanggan global di 180 negara dalam 22 bahasa. Rangkaian logistik global iHerb yang canggih disokong oleh tujuh pusat pemenuhan terkawal iklim yang terletak di A.S. dan Asia, memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan boleh dipercayai kepada pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpangkalan di Irvine, California, iHerb sedang melaksanakan misinya iaitu untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua. Untuk maklumat lanjut, sila layari corporate.iherb.com.

Perhubungan Media iHerb:
press@iherb.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3f0d1fca-e9f3-4169-9306-072eef590ef7