Mindate – Pengutus Pertama untuk Mereka yang Berfikiran Serupa


SAN FRANCISCO, Oct. 14, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Jika anda perlu merumuskan pemikiran anda pada masa ini dalam hanya satu perkataan, apakah yang terlintas di minda anda? Hal yang terlintas itu mungkin adalah destinasi percutian, sukan kegemaran, ketagihan makanan atau apa-apa sahaja yang menyelubungi fikiran anda secara rambang pada ketika itu. Kemudian bayangkan apl yang membolehkan anda mencari, bersembang dan berhubung dengan orang yang secara kebetulan sedang memikirkan perkara yang sama seperti anda. Mindate, pengutus berasaskan idea yang pertama, segera menghubungkan anda dengan mereka yang berfikiran serupa.

CARIAN ORANG YANG BERFIKIRAN SAMA

GoogleMindateFacebook
  Carian laman web + maklumat    Carian orang yang berfikiran sama + sembang    Carian halaman peminat + rakan  
   

Mindate ialah pengutus yang memudahkan komunikasi antara mereka yang berfikiran serupa, mengatasi sempadan geografi. Apl membolehkan anda untuk membuat carian satu kata kunci, yang mungkin adalah satu acara, filem, sukan, atau apa-apa sahaja yang menyelubungi minda anda secara rambang. Melalui satu klik mudah, Mindate segera menghubungkan anda dengan individu lain di seluruh dunia yang telah membuat carian kata kunci yang sama.

Gambar yang mengiringi siaran akhbar ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/909b92a8-1140-451f-987f-1e6709eeb1f5

PLATFORM PERHUBUNGAN UNTUK MEREKA YANG BERFIKIRAN SERUPA

Melalui hashtag, anda bukan sahaja boleh bersembang secara peribadi, malah anda boleh mewujudkan atau memasuki bilik sembang awam yang mungkin mengandungi ribuan orang yang berfikiran serupa pada masa yang sama. Sebagai contoh, jika anda membuat carian #STARTUP, anda akan menemui dan berhubung dengan semua individu lain yang juga membuat carian #STARTUP. Mindate memastikan bahawa anda menemui orang yang anda cari berkongsi sebahagian minat yang sama dengan anda. Setiap minit kami membiarkan individu dengan pemikiran yang besar mahupun kecil, hebat dan ringkas untuk berhubung sesama mereka… bermula dengan hanya gabungan huruf yang mudah. Apa yang ditunggu lagi? Buat carian idea anda dan bersembang sakan di Mindate!

#PARTY : Parti malam ini di LA? Satu perkataan, satu klik, temui semua penggemar parti dengan segera.
#NBA: Bilik sembang awam semasa permainan secara langsung? Tidak terfikir apa yang lebih bagus……
#ELECTION : Siapa yang akan menang? Hillary? Donald? Topik yang paling banyak dibincangkan dalam bilik sembang.

Mindate telah diasaskan oleh usahawan bersiri dan pakar teknologi iaitu Kin Suen, terhasil daripada kekecewaan beliau mencuba untuk mencari rakan kongsi sukar luncur/tinju dalam perjalanannya di seluruh dunia. Syarikat ini berpangkalan di Silicon Valley dan Guangzhou, China. Pengguna-pengguna aktif berada di serata AS, China dan Asia.

Mindate Inc.: 2010 Pioneer Court, San Mateo, CA 94403
E-mel: kin@mindate.com/ ricky@mindate.com  Laman web: www.mindate.com
Apple Store / Google Play: Mindate