Syarikat-syarikat Persendirian Terbesar Asia: PrivCo Asia 20: Kedudukan Syarikat-syarikat Persendirian Terbesar di Asia


NEW YORK, Dec. 07, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- PrivCo baru sahaja menerbitkan PrivCo Asia 20 2015: Syarikat-syarikat Pemilikan Persendirian Terbesar Asia mengikut Laporan Pendapatan.

PrivCo menyaring Pangkalan Data Kewangan Syarikat Persendirian milikannya dengan maklumat tentang lebih daripada 850,000 syarikat persendirian untuk menentukan kedudukan 20 syarikat-syarikat persendirian terbesar di Asia, berdasarkan pendapatan pada 2014. 20 syarikat Asia yang terbesar di rantau itu mewakili syarikat yang sudah lama bertapak, dan juga syarikat-syarikat baru dan sedang berkembang pesat, yang kesemuanya menjana pendapatan lebih $11 bilion setahun. PrivCo telah menyediakan Kedudukan 10 Teratas Eksklusifnya di bawah ini, dengan Huawei Investment & Holding Co. (China) mengambil kedudukan teratas sebagai Syarikat Persendirian Terbesar #1 di Asia. Berada di kedudukan di belakangnya adalah #2 Shandong Weiqiao Pioneering Group (China) & #3 Amer International Group Co., Ltd. (China).

Untuk mengakses senarai penuh 20 syarikat dengan grafik, termasuk maklumat berkenaan industri, trend, penggerak teratas, analisa, dan metodologi di sebalik PrivCo Asia 20, lawatihttps://www.privco.com/Asia_Largest_Private_Companies_2015

10 Syarikat Persendirian Terbesar di Asia oleh PrivCo

(Kedudukan Berdasarkan Pendapatan pada 2014)

  1. Huawei Investment & Holding Co.
  2. Shandong Weiqiao Pioneering Group
  3. Amer International Group Co., Ltd.
  4. Meiji Yasuda Life Insurance Company
  5. Jiangsu Shagang Group
  6. Dalian Wanda Group Co., Ltd.
  7. China CEFC Energy Company Limited
  8. Sumitomo Life Insurance Company
  9. Hengli Group
  10. Hailiang Group Co., Ltd.


Tentang PrivCo
Berpangkalan di New York, PrivCo (www.privco.com) adalah pembekal data kewangan syarikat persendirian dan kajian bisnes, dengan data kewangan eksklusif bagi lebih 850,000 syarikat persendirian di seluruh dunia.


            

Contact Data