Michael Phelps, Atlet Juara Dunia dan Penyokong Kesihatan Mental, Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Medibio


SYDNEY, Australia, June 06, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Medibio Limited (ASX:MEB) (MEB atau Syarikat), iaitu sebuah syarikat teknologi perubatan yang tersenarai dalam ASX yang telah membangunkan ujian objektif yang berkesan untuk membantu dalam diagnosis kemurungan, tekanan kronik dan kecelaruan kesihatan mental yang lain, pada hari ini mengumumkan pelantikan Michael Phelps, perenang yang paling banyak menerima pingat dalam sejarah dan penyokong Kesihatan Mental sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Sejak bersara daripada sukan renang persaingan pada tahun 2016, Phelps telah berjuang secara aktif untuk meningkatkan kesedaran berkaitan dengan kesihatan mental.  Sebelum pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Medibio, En. Phelps telah bekerja dengan pasukan beliau yang terdiri daripada doktor dan pakar perubatan yang bertaraf dunia untuk meneroka jalan yang teknologi Medibio dapat membantu para atlet mengatasi cabaran yang dikaitkan dengan pengenalpastian dan rawatan pelbagai masalah kesihatan mental. En. Phelps menggunakan teknologi Medibio untuk menganalisis set data peribadi beliau sendiri dan merasai secara langsung cara teknologi ini dikendalikan dengan unik bagi mengatasi cabaran yang dikaitkan dengan diagnosis kesihatan mental. 

“Saya berbangga untuk menerima pelantikan ini kerana saya telah secara peribadi merasai teknologi Medibio dan saya percaya bahawa teknologi ini dapat membantu kami memberikan impak yang besar dalam mendiagnosis kesihatan mental dan memperkasakan orang untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang mungkin diperlukan oleh mereka,” kata Phelps.  “Dalam arena sukan, terlalu banyak tumpuan diletakkan pada aspek fizikal prestasi dan atlet dianalisis dari atas kepala ke hujung kaki.  Tetapi untuk kebanyakan atlet, kesihatan mental tidak dijadikan topik tumpuan dan aspek analisis datanya tidak disediakan sehingga kini.  Saya sendiri pernah menghadapi cabaran kesihatan mental sejak usia remaja dan hanya baru-baru ini sahaja—setelah sampai ke tahap yang mendesak—barulah saya mendapat pemahaman, rawatan dan sokongan yang saya perlukan, yang benar-benar telah mengubah kehidupan saya.  Bagi saya, kesedaran sendiri, daripada sudut pandangan kesihatan mental, merupakan pemerkasaan.  Tetapi saya telah melihat secara langsung—dalam sukan dan di luarnya—betapa sukarnya bagi orang untuk memahami, membincangkan dan menghadapi tekanan, keresahan dan kebimbangan kesihatan mental, semuanya boleh kelihatan seperti halangan yang tidak dapat diatasi untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan. Saya merasa bahawa kemudahan dan keobjektifan yang dapat diberikan oleh teknologi Medibio akan membantu para atlet dengan tepat untuk mendiagnosis kesihatan mental yang kemudiannya akan membuat perubahan yang besar dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu orang lain yang menghadapi cabaran ini dan menjadikan proses tindakan mereka lebih mudah dan lebih boleh difahami.   

“Kami teruja untuk menjemput Michael menyertai Ahli Lembaga Pengarah kami,” kata Jack Cosentino, Pengarah Urusan Medibio dan CEO, “sebagai juara sebenar komuniti kesihatan mental.  Penyertaan beliau dalam Lembaga Pengarah membawa pengiktirafan dan mengesahkan keperluan yang besar untuk diagnosis kesihatan mental yang objektif yang kami tawarkan melalui teknologi peneraju industri kami.  Dedikasi sepanjang hayat beliau terhadap kecemerlangan dalam sukan renang, sokongan beliau terhadap kesihatan mental dan pemahaman beliau terhadap penyelesaian dorongan data akan menjadi aset yang berharga kepada Lembaga kami. Profil awam Michael yang dikenali akan meningkatkan kesedaran yang besar terhadap cabaran kesihatan mental dan penyelesaian diagnostik Medibio yang benar dan ketara.” 

Diakui ramai sebagai salah seorang atlet terhebat padat zaman ini, En. Phelps telah membaktikan masa, kemasyhuran dan tumpuan beliau untuk beberapa usaha dermawan termasuk keselamatan air, kesihatan mental dan inisiatif antisalah guna dadah. Sokongan beliau untuk kesihatan mental baru-baru ini telah memperoleh pengiktirafan Pentadbiran Perkhidmatan Salah Guna Bahan dan Kesihatan Mental (“SAMHSA”) sebagai Pengerusi Kehormat Hari Kesedaran Kesihatan Mental Nasional 2017 dan penerima Anugerah Pengiktirafan Istimewa organisasi tersebut. Selain itu, En. Phelps merupakan Duta untuk kempen media sosial #MyYoungerSelf Child Mind Institute dalam usaha untuk membantu warga dunia mengakhiri stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental dan kecelaruan pembelajaran.

En. Phelps menubuhkan Yayasan Michael Phelps pada tahun 2008 dengan tumpuan terhadap usaha untuk mengembangkan sukan renang dan mempromosikan gaya hidup yang sihat dan aktif, terutamanya untuk kanak-kanak. Program pengenalan Yayasan – im –  telah dibangunkan dengan kerjasama KidsHealth.org dan Michael Phelps Swimming untuk menyediakan arahan keselamatan air, aktiviti kolam rekreasi dan latihan renang, serta pendidikan kesihatan, kesejahteraan dan penetapan matlamat.

Selain itu, En. Peter Carlisle, Pengarah Urusan bahagian Sukan Olimpik dan Aksi Octagon dan ejen En. Phelps, akan menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga gantian.  Diakui ramai sebagai salah seorang daripada tokoh paling berpengaruh dalam pergerakan sukan Olimpik dan aksi, En. Carlisle telah membaktikan kerjaya beliau untuk menyokong atlet dan memperlihatkan, secara langsung, masalah kesihatan mental yang tersebar luas dalam kalangan atlet elit, tahap pengabaian masalah ini dan keperluan yang besar untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan, rawatan dan sokongan. Sebelum menyertai Octagon, beliau mengasaskan Pengurusan Sukan Carlisle, agensi perwakilan butik sukan Olimpik dan aksi dan berkhidmat sebagai Peguam di Preti Flaherty. Beliau menerima Kedoktoran Juris daripada Pusat Pengajian Undang-undang University of Maine dan Sarjana Muda Sastera daripada Bates College.

Pengerusi Medibio, Chris Indermaur berkata, Kami, dengan ikhlasnya, mengalu-alukan Michael dan Peter sebagai ahli lembaga Medibio dan mengharapkan sumbangan mereka bersampingan usaha syarikat untuk terus mengembangkan teknologi diagnostiknya yang unik dalam banyak laluan yang aktif ke arah pengesahan klinikal dan korporat. Saya yakin bahawa penambahan ini akan mendapat sambutan baik oleh pemegang saham kami.”

Selain itu, Syarikat mengumumkan bahawa syarikat akan berusaha untuk memperdagangkan sahamnya di A.S. menggunakan simbol saham “MDBIF.”  FINRA telah membenarkan Canaccord Genuity Inc. A.S., sebagai penanda pasaran, untuk memulakan sebut harga bagi simbol saham “MDBIF.”  Medibio akan berusaha untuk memperdagang pada Pasaran Usaha niaga OTCQB dan akan memberikan maklumat lanjut sebaik sahaja ia tersedia.

Perihal Medibio Limited
Medibio (ASX:MEB), adalah sebuah syarikat teknologi perubatan yang berasaskan bukti yang telah membangunkan ujian objektif untuk membantu diagnosis dan pengurusan kemurungan, tekanan kronik dan kecelaruan kesihatan mental yang lain. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan melebihi 15 tahun di University of Western Australia, ujian ini menggunakan sirkadian panel yang dipatenkan (dan paten masih berlangsung), biopenanda sistem autonomi dan tidur untuk menyatakan kuantiti secara objektif dan menyifatkan penyakit mental. Diagnostik kemurungan Medibio sedang disahkan dalam kajian klinikal yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Perubatan Johns Hopkins University dan The University of Ottawa, antara yang lain. Percubaan klinikal akan menyokong permohonan Medibio untuk menjadi pendekatan objektif dan berasaskan bukti serta yang diluluskan FDA, untuk diagnosis kecelaruan kesihatan mental. Teknologi Medibio juga memberikan kaedah yang objektif untuk penilaian tekanan dan kesejahteraan mental yang boleh dibawakan ke pasaran tekanan/kesejahteraan tempat kerja, teknologi boleh pakai dan pasaran Aplikasi.

 
Maklumat Lanjut: Laman Web: www.medibio.com.au
Pertanyaan Media A.S. kepada:    
Nancy Thompson
Vorticom Inc.
nancyt@vorticom.com
T: + 1 (212) 532 2208
  Pertanyaan Media Australia:
Peter Taylor 
NWR Communications
peter@nwrcommunications.com.au 
T: +61 (0)412 036 231