BitHarp Melancarkan Rig Perlombongan Paling Menguntungkan dalam Pasaran


WELLINGTON, New Zealand, Sept. 16, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pengeluar kriptowang yang terkemuka, BitHarp Group Limited www.BitHarp.com dengan sukacita mengumumkan pelancaran dua rig perlombongan cecair berprestasi tinggi baharu yang berupaya untuk menyampaikan keupayaan penggunaan cemerlang dan potensi membuat keuntungan yang tidak pernah berlaku dahulu.Dengan kadar hash tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, kedua-dua rig yang bernama Lyre Miner dan Harp Miner direka bentuk untuk memberikan 100% pulangan pelaburan dalam masa hanya sebulan.

Sebuah rig perlombongan berkuasa dan padat, Lyre Miner boleh dimuatkan dalam ruang yang terhad dan menawarkan ciri yang berguna seperti antara muka skrin sentuh untuk operasi dan pemantauan mudah.Selain itu, Harp Miner ialah rig Pendinginan cecair langsung (DLC) yang mengutamakan keselamatan dan toleransi ralat.Harp Miner menghapuskan semua risiko berkaitan pendinginan cecair dan memberikan ekosistem mesra bajet untuk perlombongan kripto.Penggunaan kuasa bagi kedua-dua rig ini masing-masing ialah 600W dan 2400W. 

Lyre Miner dan Harp Miner berupaya untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum dan Dash dengan kadar hash seperti yang dinyatakan di bawah. 

  • Lyre Miner:335 TH/s untuk Bitcoin, 55 GH/s untuk Litecoin, 14 GH/s untuk Ethereum, dan 9 TH/s untuk Dash
  • Harp Miner:2000 TH/s untuk Bitcoin 300 GH/s untuk Litecoin, 75 GH/s untuk Ethereum, dan 50 TH/s untuk Dash

BitHarp menyatakan bahawa dua rig perlombongan direka bentuk dan dikonfigurasikan untuk membawakan manfaat perlombongan kripto kepada pelabur biasa yang tidak pengalaman atau pengetahuan perlombongan yang banyak.Dengan antara muka pengguna mudah dikendalikan dan kefungsian berkuasa, sesiapa sahaja boleh mula menjana keuntungan dengan rig ini dengan hanya memasangkannya.

“Produk BitHarp merupakan revolusi baharu dalam pasaran kriptowang kerana produk ini memberikan peluang kepada mana-mana jenis pelabur untuk menjana keuntungan selepas satu bulan,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan BitHarp.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp:BitHarp merupakan pengeluar kriptowang yang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.


            

Contact Data