MIAMI, Nov. 04, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Guess & Co. Corporation bersukacita untuk mengumumkan Lembaga Pengarahnya susulan pemilihan pada Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas tadbir urus Guess & Co. Corporation secara keseluruhan. Individu berikut telah dipilih ke dalam Lembaga Pengarah pada Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham syarikat yang diadakan pada Jumaat, 30 Oktober, 2020.
Encik Jerry D. Guess, Pengerusi Lembaga Pengarah
Cik D. Michelle Stewart, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah
Encik James R. Jackson, Naib Pengerusi Lembaga Pengarah
Encik Mitchell M. Cohen, Ketua Pengarah Lembaga Pengarah
Cik Paris N. Smith, Pengarah
Cik Kyra A. Anderson, Pengarah
Encik Stephen T. Baldacci, Pengarah
Jerry D. Guess,
Pengarah & Pengerusi
Encik Guess telah menjadi usahawan bersiri sejak usia 13 tahun. Seorang ahli strategi yang berwawasan, Encik Guess komited untuk memanfaatkan pengalaman lebih 20 tahun untuk membawa peningkatan kepada kehidupan orang lain. Beliau bekerjasama dengan orang lain untuk melancarkan Guess & Co. Corporation sebagai sebuah syarikat yang menumpukan pada menyediakan penyelesaian kepada masalah dalam komuniti di seluruh A.S. dan di luar negara. Sebagai seseorang yang pernah melalui cabaran dalam kehidupan peribadi dan perniagaan, Encik Guess ialah seorang pemimpin dengan semangat yang tidak mudah luntur dan menjadi tulang belakang untuk pasukan dan klien syarikatnya. Encik Guess telah melengkapkan kerja kursus Perniagaan di Adams State University. Beliau kini menghadiri Purdue University Global bagi melanjutkan pelajaran untuk ijazah dalam Kewangan. Pengalaman perniagaannya menjangkaui pelbagai bidang termasuk syarikat permulaan, kewangan, penggabungan, perolehan, pusing ganti, perangkaan semula, pengorganisasian semula, pembangunan perniagaan, perancangan strategik, pemasaran, perhubungan awam dan pembangunan komuniti. Beliau berjaya melancarkan perusahaan sosial untuk keuntungan sebagai timbalan pengerusi kanan dan presiden. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi dan presiden sebuah kontraktor umum barat tengah. Encik Guess telah membuat sumbangan kepada komuniti sepanjang tahun tersebut. Beliau telah berkhidmat selama dua penggal sebagai ahli pengundian bagi Forsyth County Juvenile Crime Prevention Council di Winston-Salem, North Carolina, semasa tempoh perkhidmatannya, beliau telah menyemak dan meluluskan cadangan geran untuk belia berisiko. Beliau juga pernah menjadi calon untuk Lembaga Sekolah Charlotte Mecklenburg berikutan peletakan jawatan oleh seorang ahli lama. Encik Guess telah dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Guess & Co. Corporation pada Januari tahun 2019. Sebelum pelantikan tersebut, Encik Guess merupakan tonggak utama dan bertanggungjawab untuk strategi dan pembangunan. Sebagai pengerusi Guess & Co. Corporation, Encik Guess telah menyediakan kepimpinan kepada Lembaga yang telah menggalakkan sumbangan daripada semua ahli dalam memandu masa depan syarikat.
D. Michelle Stewart,
Pengarah & Timbalan Pengerusi
Cik Stewart menyertai syarikat ini sebagai naib presiden eksekutif interim dan pengarah pengurusan pada 2017. Beliau kemudian telah dilantik sebagai naib presiden eksekutif interim dan ketua pegawai korporat. Cik Stewart ialah arkitek awal bagi strategi syarikat semasa fasa permulaannya. Beliau bertanggungjawab untuk menganalisis peluang pasaran dan perluasan. Pada akhir 2017, beliau menjadi presiden syarikat ini. Susulan persaraannya yang sementara, Cik Stewart kembali ke Guess & Co. Corporation pada Februari 2019 untuk menyandang jawatannya sebagai timbalan pengerusi. Cik Stewart mempunyai dua dekad pengalaman perniagaan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelabur hartanah. Beliau telah mengurus transaksi bernilai $500 juta selama tempoh itu. Cik Stewart telah menamatkan kerja kursus dalam Kepimpinan Organisasi di Colorado State University Global. Sebelum menyertai Guess & Co. Corporation, beliau merupakan rakan kongsi dalam sebuah syarikat kewangan komersial untuk perniagaan kecil. Sebagai timbalan pengerusi lembaga Pengarah, Cik Stewart bekerja rapat dengan pengerusi untuk menyelia lembaga. Cik Stewart ialah ahli jawatankuasa eksekutif lembaga pengarah.
James R. Jackson,
Pengarah & Naib Pengerusi
Encik Jackson ialah profesional kewangan yang berpengalaman. Beliau bersara daripada Wachovia (kini Wells Fargo) setelah berkhidmat selama 37 tahun. Beliau memulakan kerjaya kewangannya sebagai sekutu cukai fidusiari untuk institusi kewangan tersebut. Encik Jackson menjadi pegawai badan amanah untuk bank tersebut dan bertanggungjawab mengurus lebih 500 akaun untuk klien pengurusan kekayaan bagi bank tersebut. Selepas persaraannya, Encik Jackson menjadi rakan kongsi dalam sebuah perkhidmatan sekuriti swasta. Bagi peranan itu, beliau telah membimbing latihan, mengendalikan pentadbiran dan pembangunan perniagaan. Encik Jackson menyertai Guess & Co. Corporation pada awalnya sebagai penasihat khas dan bekerja rapat dengan lembaga pengarah dan pengurusan kanan berkaitan soal yang penting. Sebagai pengarah dan naib pengerusi, Encik Jackson bertanggungjawab menyelia tadbir urus syarikat bersama-sama pengerusi dan timbalan pengerusi. Beliau ialah ahli jawatankuasa eksekutif lembaga pengarah. Encik Jackson ialah pengerusi untuk jawatankuasa tadbir urus dan pencalonan lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa audit lembaga pengarah.
Mitchell M. Cohen,
Pengarah & Ketua Pengarah
Encik Cohen ialah pengarah eksekutif dan korporat yang berpengalaman. Encik Cohen ialah ketua pegawai eksekutif di Pursuit Management LLC. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan Athenian Venture Partners. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam kewangan, operasi dan perniagaan umum sebagai eksekutif kanan di beberapa syarikat awam dan persendirian. Sebelum Athenian, Encik Cohen telah menamatkan penglibatan sebagai eksekutif kewangan interim di sebuah syarikat pengurus aset dagangan awam. Beliau juga menghabiskan hampir lima tahun sebagai CFO dan setiausaha Asta Funding, Inc. Encik Cohen juga telah menghabiskan tujuh tahun dalam perakaunan awam dengan penekanan dalam audit kewangan bagi dana lindung nilai dan penggabungan dan penglibatan perolehan. Encik Cohen mempunyai pengalaman pengutipan wang dalam transaksi PIPE yang rumit, penggabungan berbalik, tawaran awam dan pembiayaan syarikat persendirian. Encik Cohen berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan, naib presiden eksekutif dan setiausaha bagi Ramp Corp. bermula November 2003 hingga September 2004 dan berkhidmat sebagai ketua pegawai perakaunan sejak November 2003. Encik Cohen menyertai Ramp Corp. (dahulunya Medix Resources Inc.) pada November 2003. Sejak Jun 2002 hingga Oktober 2003, beliau merupakan perunding kewangan dan perniagaan kepada tiga syarikat awam. Sejak November 1998 hingga Mei 2002, beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan di Siebert Financial Corp. dan berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif. Syarikat awam tersebut termasuklah Siebert Financial Corporation, Everything’s Jake dan Ehrlich Bober Financial Corporation. Encik Cohen telah mengajar kelas pendidikan profesional yang masih berterusan untuk akauntan dengan fokus terhadap soal Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran dan telah mengajar kelas pendidikan yang masih berterusan di Hofstra University. Beliau juga pernah menjadi penceramah undangan di persidangan pelaburan dan industri. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan bagi dua syarikat dagangan awam lain. Encik Cohen menamatkan pengajian daripada Queens College dengan Ijazah Sarjana dalam Perakaunan dan minor dalam Ekonomi. Sebagai ketua pengarah, Encik Cohen mempunyai peranan penyemak yang penting untuk lembaga syarikat untuk memastikan bahawa syarikat tersebut mematuhi piawaian tinggi bagi tadbir urus. Beliau ialah ahli jawatankuasa pencalonan dan tadbir urus lembaga pengarah. Encik Cohen ialah pengerusi jawatankuasa audit lembaga pengarah.
Paris N. Smith,
Pengarah
Cik Smith ialah seorang profesional sektor awam. Cik Smith telah berkhidmat sebagai ketua pengarah awal dan interim di Guess & Co. Corporation pada pelancaran syarikat tersebut pada 2017. Sebelum Guess & Co. Corporation, Cik Smith merupakan ketua pengarah untuk syarikat pemegangan persendirian terpelbagai berjuta dolar susulan perkhidmatannya sebagai naib pengerusi dan setiausaha. Cik Smith merupakan profesional perniagaan dan sekuriti siber dengan pengalaman lebih sedekad. Beliau menamatkan pengajian di University of North Carolina di Charlotte sebelum meneruskan pengajian dalam Sekuriti Rangkaian di ECPI College of Technology. Cik Smith memperoleh Ijazah Sekuriti Siber daripada Strayer University. Beliau telah menyandang beberapa jawatan pengurusan teknologi termasuk berkhidmat sebagai timbalan pengarah Teknologi bagi Jawatankuasa Perdana Presiden 2013. Paling terkini, Cik Smith merupakan penganalisis penerokaan dan forensik elektronik untuk kerajaan A.S. Cik Smith merupakan pemegang Kebenaran Rahsia Penting/SCI yang aktif. Beliau seorang ahli jawatankuasa audit dan pencalonan dan tadbir urus bagi Lembaga Pengarah Guess & Co. Corporation. Cik Smith telah dilantik semula ke dalam lembaga pengarah pada Mac 2019.
Kyra A. Anderson,
Pengarah
Cik Anderson merupakan profesional perniagaan yang berpengalaman. Cik Anderson kini merupakan timbalan pengerusi, presiden dan CEO di The Guess Corporation Holding Co., Inc. (TGC), syarikat perusahaan sosial untuk keuntungan yang mengendalikan perniagaan yang menyediakan peluang pekerjaan kali kedua. Beliau juga merupakan pengerusi dan presiden The Guess Construction Company, Ltd. iaitu kontraktor awam perkhidmatan penuh. Sebelum kerjaya perniagaannya, beliau seorang artis muzik persembahan dan model. Beliau juga memiliki sebuah syarikat label rakaman bebas. Cik Anderson telah bekerja untuk Guess & Co. Corporation sebagai naib presiden, pembantu setiausaha dan pembantu bendahari pada 2018. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang operasi syarikat. Beliau telah dilantik ke dalam lembaga pengarah pada Ogos 2020. Cik Anderson merupakan ahli jawatankuasa pencalonan dan tadbir urus dan jawatankuasa pampasan bagi Lembaga Pengarah Guess & Co. Corporation.
Stephen T. Baldacci,
Pengarah
Encik Baldacci merupakan eksekutif perniagaan dengan pengalaman yang mendalam. Encik Baldacci sebelum ini telah berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif kanan, ketua pegawai korporat dan presiden kumpulan bagi operasi syarikat. Encik Baldacci telah berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai pemasaran bagi The Washington Redskins, pasukan profesional dalam National Football League. Dalam peranan itu, beliau bertanggungjawab untuk menghidupkan semula jenama hebat itu dan beliau berjaya menjadikannya salah satu francais paling bernilai dalam liga itu. Beliau juga dahulu merupakan rakan kongsi ekuiti dan ketua pegawai pemasaran untuk Snyder Communications, sebuah firma pengiklanan. Di situ, beliau berjaya mengembangkan syarikat tersebut daripada $4 juta dalam hasil tahunan kepada lebih $1.4 bilion dan telah membantu jualan firma tersebut. Sebagai pengasas dan CEO bagi Baldacci Communications/BC Worldwide, Encik Baldacci menyediakan perundingan, pemasaran dan pengurusan penyepaduan pascapenggabungan kepada pelbagai klien termasuk AMTRAK, GEICO, Apogen Technologies dan Virginia Tourism. Encik Baldacci memperoleh ijazah Sarjana dalam Sains Politik dan ijazah Sarjana dalam Kesusasteraan Bahasa Inggeris daripada Hartwick College dan menyertai pengajian siswazah di Georgetown University. Encik Baldacci telah dilantik ke dalam Lembaga Pengarah pada September 2020. Beliau merupakan ahli jawatankuasa eksekutif, jawatankuasa pencalonan dan tadbir urus dan jawatankuasa pampasan bagi lembaga pengarah.
Perihal Guess & Co. Corporation
Guess & Co. Corporation ialah syarikat penyelesaian pengawasan global sedang memuncul dengan perniagaan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan harta tanah. Kami bekerjasama dengan komuniti, syarikat dan kerajaan untuk menambah baik kebajikan orang ramai. Guess & Co. Corporation merupakan kontraktor berdaftar dengan Kerajaan A.S. untuk menyediakan penyelesaian kepada agensi kerajaan persekutuan dan ahli syarikat kami mempunyai kebenaran rahsia penting/SCI yang aktif. Kami berpangkalan di Miami, Florida dan memiliki lebih 20 subsidiari. Guess & Co. Corporation diasaskan pada Ogos 2017. Pasukan pengurusan Guess & Co. Corporation memiliki gabungan pengalaman lebih daripada 50 tahun.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c8a0e310-7671-4a35-8393-6b4420066ed8
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c9988bcc-93a3-43a0-b42a-c928baaa86b8
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/34d3d3bb-6d15-4af7-8435-00fe1cbe3903
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6c352e5e-4564-492f-8f40-873066faaf01
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7de7dc84-e142-4f38-b0b7-d73270743166
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/677c1a94-72f1-499f-8324-77866d01a932
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8c2c124a-b48b-46af-a45a-1af3d80fe051