LeddarTech Mengumumkan Penyertaan di CES 2021 dengan Dua Lokasi Maya


QUEBEC CITY, Jan. 05, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan penyertaan di CES 2021.LeddarTech mengukuhkan kepercayaannya pada kuasa ekosistem melalui kerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan organisasi semasa acara itu.Pastikan anda berhubung dengan LeddarTech di CES 2021 dari 11-14 Januari 2021untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai penyelesaian penderia kami.

Berhubung dengan LeddarTech Di Lokasi Maya Ini di CES:

  • Kerajaan Kanada untukPerkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan(TCS) Kanada: Ini menandakan satu lagi peristiwa di CES apabila LeddarTech berbangga untuk menyertai Program Suai Padan Perniagaan kepada Perniagaan TCS.TCS membantu syarikat menjual produk dan perkhidmatan mereka di luar Kanada dengan menghubungkan mereka dengan program pendanaan dan sokongan, peluang antarabangsa dan rangkaian pesuruhjaya perdagangan di lebih daripada 160 bandar di seluruh dunia.LeddarTech akan tersedia semasa acara untuk bertemu dengan syarikat lain melalui Program Suai Padan dalam talian.

    Mesyuarat ini boleh dijadualkan secara terus dengan TCS.Untuk maklumat lanjut, lawati halaman acara CES 2021 rasmi TCS.
  • Investissement Québec: LeddarTech akan menyertai Investissement Québec sebagai perwakilan dalam misi maya mereka ke CES pada tahun 2021.Misi Investissement Québec adalah untuk memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ekonomi Québec dengan mendorong inovasi perniagaan, keusahawanan dan pemerolehan perniagaan serta pertumbuhan dalam pelaburan dan eksport.Misi CES adalah sebahagian daripada proses untuk menyokong usaha yang dibuat oleh syarikat Québec untuk mengakses dan mengembangkan pasaran Amerika dalam sektor inovatif.Misi juga bertujuan untuk menawarkan syarikat Québec peluang untuk bertemu dengan pembeli yang hadir secara maya di CES.

    Tapak maya akan tersedia pada 11 Januari di bawah Exhibitor Directory.

Selain itu, LeddarTech akan bekerjasama dengan rakan kerjasama tambahan semasa acara maya.Lawati LeddarTech.com selepas 11 Januari untuk maklumat lanjut.

“Ketahanan individu yang menghadapi kesusahan untuk berharapan dan melihat masa depan walaupun disaat kesusahan masa kini mentakrifkan kita yang bekerja dalam industri teknologi,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk di LeddarTech.“Visi, ketahanan dan sikap optimis merupakan sifat yang memacu kami untuk terus berinovasi di LeddarTech.Nilai ini juga yang kita hargai dan berterima kasih dengan rakan kerjasama dan pelanggan kita.Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Perkhidmatan Persuruhjaya Perdagangan Kanada dan Investissement Québec di CES 2021 dan teruja untuk bertemu, mendengar dan berkongsi penyelesaian dan visi kami berkenaan ADAS dan teknologi AD dengan wakil dari syarikat dari seluruh dunia,” simpulkan Mr. Aitken.

Akses Kit Akhbar CES 2021 LeddarTech.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan.Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti.Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaa tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5.Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi.Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan melalui LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.:+ 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya.Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.