Sophi.io Memenangi Dua Anugerah Media Global INMA


TORONTO, June 09, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, platform pengoptimuman dan ramalan buatan yang dikuasakan kecerdasan buatan The Globe and Mail, telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Media Global International News Media Association (INMA) dalam dua kategori, Best Use of Data to Automate or Personalize, dan Best in Show untuk Amerika Utara.

“INMA Global Media Awards berfokus pada kecemerlangan dalam semua bahagian perniagaan media,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail. “Saya berasa suka cita kerana penyekatan berbayar dinamik sepenuhnya, masa nyata dan diperibadikan Sophi telah memenangi dua kategori, dan teknologi peletakan reka letak berautomasi perintis Sophi telah dicalonkan untuk penggunaannya dengan Naviga dan Agderposten.”

Sophi juga mendapat tempat kedua dalam kategori Best Initiative to Acquire Subscribers dan Best Use of Data to Drive Subscriptions, Content, or Product Design dan telah disenarai pendek sebagai finalis dalam kategori berikut: Best Initiative to Register Users, dan Best Product and Tech Innovation.

Pertandingan tahun ini telah menerima 644 penyertaan daripada 212 jenama berita di 37 buah negara. Hakim merupakan 44 pakar media yang memfokuskan keputusan yang cemerlang, konsep unik, kreativiti yang kukuh, pemikiran inovatif dan sinergi yang berjaya merentasi platform.

“Penggunaan data yang hebat dengan kesan yang besar. Memperibadikan penyekatan berbayar ialah kunci untuk kejayaan dalam perniagaan langganan digital untuk media berita. Penyertaan ini memberikan lebih banyak bukti sebab ini benar,” kata salah seorang hakim tentang teknologi pembayaran ini. “Pembangunan mereka terhadap model kecenderungan pengguna dan kecenderungan kandungan ialah amalan terbaik yang dapat dipelajari oleh orang lain,” kata hakim lain.

Hakim lain menyatakan “Pemperibadian dipacu Kecerdasan Buatan yang Menakjubkan dan penerimaan yang sempurna bagi keperluan untuk menyertakan bakat data sains ke dalam organisasi berita. Impak dan angka yang cemerlang."

Penyekatan berbayar yang dinamik sepenuhnya, diperibadikan dan masa nyata Sophi menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP) untuk menganalisis kandungan dan tingkah laku pengguna demi menentukan waktu untuk meminta wang atau alamat e-mel daripada pembaca, dan waktu untuk tidak mengganggu mereka. Ini boleh mengoptimumkan berbilang hasil secara serentak (seperti berkas atau titik harga yang berbeza) dan boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan permulaan yang tidak diketahui.

Sophi ialah platform AI membantu penerbit mengenal pasti kandungan mereka yang paling berharga dan menggunakannya untuk mencapai matlamat perniagaan utama seperti memaksimumkan langganan. Penerbit pada empat benua kini menggunakan teknologi AI/ML Sophi untuk menguasakan keputusan penyekatan berbayar, automasi laman web dan automasi cetakan.

Penyelesaian peletakan reka letak berautomasi Sophi, yang menguasakan Naviga Publisher, memperoleh pujian yang terhormat dalam kategori Best Product and Tech Innovation. Hakim INMA memberikan komen: “Sophi - yang pertama seumpamanya - merupakan contoh penyelesaian peletakan reka letak berautomasi. Menakjubkan untuk melihat bahawa kerja editor dikurangkan hanya kepada pemilihan kandungan. Automasi sehingga 80% halaman editorial akhbar mungkin merupakan pengubah keadaan bagi industri pencetakan."

Tahun lalu, Sophi juga telah memenangi Online Journalism Award (OJA) untuk Inovasi Teknikal dalam Perkhidmatan Kewartawanan Digital yang diberikan Online News Association (ONA), dan World Digital Media Award dan North American Digital Media Award yang diberikan oleh The World Association of News Publishers (WAN-IFRA) dalam kategori Syarikat Permulaan Berita Digital Terbaik.

Perihal Sophi.io 
Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sophi merupakan suit alat pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan AI dan ML yang merangkumi Sophi Site Automation dan Sophi Dynamic Paywall, serta Sophi Analytics, sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan.

 

Contact Data