LeddarTech Perkenalkan LeddarCar di Automotif AS 2023 Reuters pada 8-9 November di Detroit, Mendemonstrasikan Perisian Gabungan dan Persepsi Sensor Generasi Mendatang bagi Aplikasi ADAS


QUEBEC CITY, Oct. 25, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, sebuah syarikat perisian automotif yang menyediakan teknologi perisian gabungan dan persepsi sensor tahap rendah untuk ADAS dan AD yang menimbulkan gangguan dan dipatenkan, dengan sukacita mengumumkan penyertaannya sebagai jurucakap dan pempamer di tapak serta mendemonstrasikan teknologinya secara langsung bersama LeddarCar di persidangan Automotif AS 2023 pada 8-9 November di Huntington Place, Detroit, MI.

Acara Automatif AS 2023 telah menjadi simbol industri dan edisi tahun ini menjanjikan kejayaan baharu dalam inovasi automotif. Penyelesaian perisian LeddarTech telah menerima beberapa anugerah dan penghormatan tahun ini dengan yang terbaru diberikan oleh AutoTech Breakthrough yang berpangkalan di UK yang diumumkan pada 4 Oktober 2023 iaitu LeddarVision™ Front-Entry-Level (LVF-E) telah dipilih sebagai pemenang bagi anugerah Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahunan.

8-9 November: ALAMI demonstrasi papan pemuka interaktif LeddarTech pemenang anugerah di reruai #18 yang menampilkan LeddarVision, sebuah gabungan dan persepsi penderia tahap rendah automotif berprestasi tinggi, boleh skala dan berkesan kos.

Turut menampilkan produk ADAS yang diinspirasikan oleh LeddarVision:

  • LVF-E, sebuah gabungan pandangan hadapan dan timbunan persepsi untuk bantuan lebuh raya ADAS L2/L2+ peringkat permulaan dan NCAP 2025/GSR 2022 5 bintang
  • LVF-H, sebuah gabungan seiring premium dan timbunan persepsi dalam keluarga produk pandangan hadapan yang menampilkan konfigurasi sensor lanjutan
  • LVS-2+, sebuah gabungan premium pandangan sekeliling dan timbunan persepsi yang baru dilancarkan yang memanjangkan konfigurasi penderia 1VxR keluarga produk pandangan hadapan LVF kepada konfigurasi 5V5R dengan cekap dengan cekap

RIDE Along LeddarCar langsung: Delegasi yang mewakili pembekal Automotif Tahap 1-2 dan OEM dijemput untuk menempah demonstrasi atas jalan raya dunia nyata bagi teknologi perisian gabungan dan persepsi peringkat rendah LeddarVision daripada LeddarTech. Tempat sangat terhad, jadi tempah demo atas jalan raya LeddarCar anda sekarang.

LeddarTech Mem persembahkan: Pada 9 November jam 1:10 petang, Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech, akan menganjurkan perbincangan panel bertajuk "Menyampaikan Peralihan Selamat Ke Arah Kenderaan Autonomi." Duduk bersama rakan eksekutif auto untuk melibatkan diri, membina perkongsian dan menyelidiki cabaran utama yang sedang dihadapi oleh pasaran!

Mesyuarat pra-atur untuk mendapatkan demonstrasi produk atau merasai LeddarCar secara langsung.

Perihal Automatif AS 2023

“Acara Reuters: Automatif AS” merupakan perhimpunan industri untuk menyatukan pemimpin OEM peringkat kanan yang menerangkan cara mereka membina kenderaan elektrik yang ditakrifkan perisian, membentuk semula model perniagaan OEM dan rancangan bagi masa depan autonomi. Menjangkau khalayak Amerika Utara, acara ini membentuk strategi masa depan dalam seluruh topik kritikal perniagaan termasuk elektrifikasi, ketersambungan, kenderaan autonomi, kemampanan, rantaian bekalan dan banyak lagi.

Perihal LeddarTech

Sebuah syarikat perisian global yang diasaskan pada tahun 2007 dan beribu pejabat di Bandaraya Quebec dengan pusat R&D tambahan di Montreal, Toronto dan Tel Aviv, Israel, LeddarTech membangunkan dan menyediakan penyelesaian perisian persepsi yang komprehensif yang membolehkan penggunaan ADAS dan aplikasi pemanduan autonomi (AD). Perisian gred automotif LeddarTech menggunakan AI termaju dan algoritma penglihatan komputer untuk menjana persekitaran model 3D yang tepat, membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan navigasi yang lebih selamat. Teknologi berprestasi tinggi, boleh skala dan berkesan kos ini tersedia untuk OEM dan pembekal Tahap 1-2 untuk melaksanakan penyelesaian ADAS kenderaan automotif dan luar jalan raya dengan cekap.

LeddarTech bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi penderiaan jauh, dengan lebih daripada 150 aplikasi paten (80 diberikan) yang meningkatkan keupayaan ADAS dan AD. Kesedaran yang lebih baik berkaitan kenderaan adalah sangat penting dalam menjadikan mobiliti global lebih selamat, lebih cekap, mampan dan berpatutan: inilah yang mendorong LeddarTech berusaha untuk menjadi penyelesaian perisian gabungan sensor dan persepsi yang paling banyak diterima pakai.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitter (X)Facebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Perhubungan Pelabur, LeddarTech Inc. Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 daniel.aitken@LeddarTech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarVision, LeddarSP, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan anak syarikatnya. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.