Kumpulan PA Membawa Penyelesaian Pelaburan Inovatif ke Asia


MIAMI, Aug. 01, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Setelah menerima kelulusan kawalan atur daripada Pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan baru-baru ini, perluasan Kumpulan PA di Asia juga telah membawa kepada pelantikan ketua pembangunan perniagaan baru Edward Pantani untuk memasarkan penyelesaian pelaburan Amanah Perdana (Premier Trust) di rantau berkenaan.

“Kami mula beroperasi di Asia dua tahun lalu dan telah menyaksikan pertumbuhan stabil, terutamanya dalam komuniti ekspat,” kongsi Jorge E. Falcón, Timbalan Presiden Eksekutif Kumpulan PA. Dalam temu bual terbaru dengan Penasihat Antarabangsa, Falcón menjelaskan keputusan syarikatnya untuk mewujudkan operasi di Malaysia. “Dengan potensi besar untuk pertumbuhan, penerimaan budaya terhadap produk kami disertai kestabilan politik, Malaysia mempunyai kesemua ramuan yang betul untuk formula kemenangan bagi syarikat kami.”

Operasi serantau Kumpulan PA akan berpangkalan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Edward Pantani, telah dilantik oleh Kumpulan PA untuk mengetuai usaha ini sebagai Timbalan Presiden Pembangunan Perniagaan bagi rantau berkenaan. “Pantani mempunyai lebih 25 tahun pengalaman industri, begitu juga pengetahuan yang mendalam dalam pasaran institusi dan broker di Asia. Kepakaran beliau akan menambah nilai hebat untuk mencapai objektif pertumbuhan Kumpulan PA.”

Kumpulan PA akan melancarkan produk pelaburan dari suit yang sama yang kini mereka tawarkan di Amerika Latin, Eropah Timur serta Timur Tengah. “Walaubagaimanapun, di samping kami meluaskan pangkalan pengagihan kami, kami akan bekerja dengan rakan kongsi  kami dan mendengar maklum balas mereka. Pendekatan kami adalah kerjasama secara unik: kami akan mengusahakan sebarang peluang perniagaan yang berdaya maju yang telah dikenal pasti oleh penasihat kami serta yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam mereka bentuk produk sejajar dengan keperluan mereka,” terang Falcón.

“Bagi Kumpulan PA, kejayaan boleh disimpulkan dalam satu perkataan: perhubungan. Kami jalankan perniagaan kami untuk menyampaikan nilai kepada penasihat kami, serta klien kami sama rata. Kami tidak melihat pertumbuhan dalam bentuk kewangan mudah.” Falcón menegaskan, “Kejayaan serantau akan ditakrifkan mengikut bilangan perhubungan yang kuat serta tahan lama yang kami bina.”

Tentang Kumpulan PA

Kami merupakan kumpulan insurans antarabangsa dengan dua pembahagian: Kemalangan dan Kesihatan, serta Hayat dan Pelaburan. Bahagian Kemalangan dan Kesihatan menawarkan liputan kesihatan antarabangsa melalui jenama Kesihatan Utamanya (Premier Health) serta WEA. Bahagian Hayat dan Pelaburan memberikan penyelesaian pelaburan menerusi jenama Amanah Perdananya (Premier Trust). Syarikat mempunyai klien dan pengedar di lebih 60 negara serata dunia, dan tahun ini mencapai ulang tahun pencapaian pentingnya yang ke 10 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.pagroupco.com.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penyelesaian pelaburan Amanah Perdana (Premier Trust), lawati www.premiertrustglobal.com.

Untuk pertanyaan, sila hantar e-mel ke marketing@pagroupco.com.