Laporan kemas kini tentang Penghantaran Perfectus daripada Pelabuhan Long Beach


ONTARIO, Calif., Jan. 17, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. ingin menjelaskan laporan terkini berhubung dengan eksport produk kami di Pelabuhan Long Beach, California.

Perfectus telah mengetahui penyitaan produk yang ditahan sebelum ini oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) A.S. di Pelabuhan Long Beach melalui laporan media pada pagi ini. Kami terkejut mengetahui tentang perkembangan ini kerana CBP—selepas pemeriksaan—pernah melepaskan sebahagian besar daripada penghantaran yang ditahan sebelum ini yang mengandungi produk yang sama.

Perfectus menghormati dan menghargai tugas dan tanggungjawab pegawai CBP. Oleh sebab itu, Perfectus telah menawarkan diri untuk membincangkan perkara ini dan menangani apa-apa soalan atau kebimbangan kerajaan yang mungkin ada.

Pada 27 Disember 2016, Perfectus berasa bahawa ia perlu menfailkan tindakan undang-undang (yang dilampirkan) untuk melepaskan harta kami. Tindakan ini telah difailkan hanya selepas kelambatan, melebihi had 30 hari yang dibenarkan untuk penahanan, dan kekurangan komunikasi. Tindakan ini, yang sudah jelas dengan sendirinya, adalah berasaskan kekurangan notis dan asas untuk penahanan—yang masih berterusan sehingga kini.

Perfectus akan kekal tersedia untuk terlibat dalam dialog membina dengan agensi yang berkenaan—termasuk membantu dalam pengujian atau analisis produk selebihnya yang ditahan—dan mengharapkan penyelesaian yang cepat dan secara persahabatan.

Arkib fail tindakan undang-undang yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di sini http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d0a7458f-8eb3-4567-ab69-67c84b23c3a0


            

Coordonnées