London, United Kingdom, March 06, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- XM Group (Trading Point Group), broker FX dan CFD ternama pada hari ini dengan rasminya mengumumkan pelancaran platform MT5 yang menawarkan lebih 300 CFD untuk Saham Individu.
Pada hari ini, 6hb Mac, XM Group (Trading Point Group) dengan rasminya mengumumkan kejayaan pelancaran platform MT5 selepas beberapa siri fasa percubaan untuk memastikan platform tambahan ini berfungsi dengan lancar pada semua sistem sedia ada.
Penambahan ini membolehkan syarikat melanjutkan tawaran produk kepada 6 Kelas Aset termasuk CFD untuk Saham Individu (Syer) sebagai tambahan kepada produk sedia ada iaitu FX, CFD untuk Indeks, Logam dan Tenaga.
Chris Zacharia, Pengarah Pemasaran XM Group berkata:
Hari ini merupakan satu acara bersejarah yang tidak berlaku pada setiap hari di dalam syarikat.
Ia merupakan sesuatu yang telah lama kami nantikan dengan penuh sabar dan saya percaya ia akan menjadi pemangkin kepada XM yang sedang mengambil langkah pertama untuk mengembangkan pilihan instrumen di dalam skop saham.
XM ketika ini merupakan broker MT4 terbesar* dengan lebih 20 server MT4 yang disediakan kepada lebih 1,000,000 pelanggan dan dengan penambahan platform MT5 ini, kami secara automatik mula menawarkan kelas aset terbaru yang sebelum ini tidak dapat kami sediakan iaitu CFD untuk Saham Individu.
Kami merancang untuk menambah pilihan instrumen sehingga 5000 CFD untuk saham individu dari syarikat-syarikat di seluruh dunia yang tersenarai di pelbagai bursa saham termasuk dan tidak terhad kepada NYSE, Nasdaq, LSE dan Bursa Saham Frankfurt.
Fasa pelancaran yang diumumkan secara rasmi pada hari ini menyediakan sejumlah 300 instrumen dan kami akan menambah jumlah instrumen ini dari masa ke semasa.
Seperti yang telah saya sebutkan dalam temuramah sebelum ini saya berpendapat platform sebelum MT5 iaitu platform MT4 yang dikenali global adalah platform terbaik dan telah terbukti namun ia hanya boleh memenuhi kehendak sebahagian pengguna sahaja yakni pedagang FX manakala MT5 pula terbuka kepada pengguna baru selain daripada pedagang FX.
Dengan hanya melihat pada target pengguna, ia bakal berfungsi sebagai platform kelas multi-aset dan saya berani mengatakan bahawa ia adalah satu platform pilihan.
Ini adalah era baharu.
Tentang XM Group
XM selaku rakan dagangan rasmi Lelaki Terpantas Dunia “Usain Bolt” merupakan Broker Forex dan CFD yang menerima pelbagai anugerah dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 1,000,000 pelanggan.
XM adalah nama dagangan Trading Point Holdings Ltd yang memiliki sepenuhnya Trading Point of Financial Instruments UK Ltd (XM UK), Trading Point of Financial Instruments Pty Ltd (XM Australia) dan Trading Point of Financial Instruments Ltd (XM Cyprus).
XM UK disahkan dan dikawalselia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA) (Nombor rujukan: 705428), XM Australia dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) (Nombor rujukan: 443670) dan XM Cyprus dikawalselia oleh Suruhanjaya Pertukaran dan Keselamatan Cyprus (CySec) (Nombor rujukan: 120/10).
Amaran Risiko
Dagangan Forex dan CFD melibatkan risiko tertentu pada modal yang anda laburkan. Sila pastikan anda memahami risiko ini sepenuhnya dan mengawal pendedahan risiko anda.
Senarai Alamat XM Global:
UK: Citypoint Building 1 Ropemaker Street EC2Y 9HT London, UK
AUS: Level 13, 167 Macquarie House, Macquarie Street Sydney 2000, NSW, Australia
CY: 12 Richard & Verengaria Street, Araouzos Castle Court, 3rd Floor, 3042 Limassol, Cyprus
*Data diperoleh dari Metaquotes Software Corp