InnovMetric Melaporkan Rekod Lesen Jualan PolyWorks® Seluruh Dunia untuk Tahun Fiskal 2016


QUEBEC CITY, May 10, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- InnovMetric Software Inc., pembekal terkemuka bagi penyelesaian perisian metrologi 3D universal, dengan bangganya mengumumkan hari ini bahawa permintaan di seluruh dunia untuk PolyWorks® dalam tahun fiskal 2016 (berakhir 31 Mac, 2017) membawa kepada peningkatan sebanyak 20% pendapatan jualan global berbanding tahun kewangan sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong oleh paras rekod jualan sebanyak 3300 lesen baru PolyWorks.

Pertumbuhan jualan PolyWorks di tiga pasaran terbesar Asia, China, Jepun, dan India, telah mencapai sebanyak 35%. Lebih-lebih lagi, jualan kontrak sokongan/penyelenggaraan PolyWorks di Amerika Utara dan di negara-negara Eropah Barat juga meningkat dengan ketara, masing-masingnya sebanyak 30% dan 40%.

"2016 mewakili detik penentuan dalam sejarah syarikat kami: kami mencapai visi 2006 kami bagi menyediakan platform perisian metrologi 3D yang universal dengan menyatukan dunia metrologi mudah alih dan CNC CMM. Walaupun ia adalah pencapaian mengagumkan, perkara yang membuatkan PolyWorks 2016 berjaya dalam industri metrologi adalah hakikat bahawa ia menyampaikan aliran kerja metrologi 3D yang benar-benar universal. Pengendali metrologi mudah alih dan CNC CMM kini boleh menentukan dan melaksanakan pelan ukuran mereka, dan mengkaji keputusan pengukuran, menggunakan alat-alat dan kaedah yang sama dalam satu modul perisian tunggal, "kata Marc Soucy, Presiden InnovMetric. "Secara Komersial, ia juga merupakan tahun peralihan, kerana pelanggan OEM pembuatan besar kami perlu untuk menilai semua peluang penurunan kos yang dibawa oleh platform universal sebelum menggunakan sepenuhnya visi kami yang unik. Pertumbuhan luar biasa dalam jualan lesen dan sokongan/penyelenggaraan di seluruh dunia menunjukkan bahawa PolyWorks 2016 semakin diterima dan kukuh. Ini adalah berita yang mengembirakan yang seharusnya membawa kepada peluang jualan utama dalam FY2017 sementara kami bersedia untuk meraikan penjualan lesen PolyWorkske 20,000 pada bulan Jun."

Mengenai InnovMetric Software

Ditubuhkan pada tahun 1994 dan beribu pejabat di Quebec, QC, Kanada, dengan anak-anak syarikat di seluruh dunia, InnovMetric Software Inc. adalah pembekal terkemuka bagi penyelesaian perisian metrologi 3D universal. Pertubuhan industri pembuatan terbesar di dunia (Toyota, GM, Volkswagen, Honda, BMW, Daimler, Ford, Rolls-Royce, Pratt & Whitney, Boeing, Embraer, Bombardier, Apple, dan banyak lagi) mempercayai penyelesaian perisian PolyWorks® InnovMetric dan perkhidmatan teknikal yang berkaitan untuk memaksimumkan manfaat teknologi pengukuran 3D untuk aplikasi kejuruteraan dan pembuatan mereka.

Dengan anak-anak syarikat dan usaha samanya, InnovMetric mempunyai lebih daripada 250 pekerja di 14 buah negara: Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Perancis, Itali, Sepanyol, Belanda, Sweden, Turki, India, Thailand, China, dan Jepun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.innovmetric.com.

 


            

Coordonnées