Program Saluran Powered by BroadSoft Memperkenalkan Platform Kitaran Hayat Pelanggan Digital Baharu dan Perkhidmatan untuk Meningkatkan Pertumbuhan Pendapatan

Powered by BroadSoft kini termasuk lebih daripada 100 rakan saluran global untuk merealisasikan potensi penuh peluang pasaran komunikasi dan kolaborasi bersatu awan (cloud)


PHOENIX, Oct. 24, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) pemimpin pasaran global dalam perisian perniagaan awan (cloud) untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS) hari ini mengumumkan penambahan alat pengurusan kitaran hayat pelanggan digital baharu termasuk Sistem Sokongan Saluran (CSS) BroadCloud® dan tiga perkhidmatan baharu: Perkhidmatan pergi ke pasaran BroadSoft, perkhidmatan atas papan BroadSoft dan perkhidmatan penerimagunaan BroadSoft.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b86c0264-fb6d-44fd-a7ae-38bba426e281

Powered by BroadSoft, yang telah dilancarkan pada BroadSoft Connections tahun lepas, kini menyokong 116 rakan saluran merentas dunia, telah mengesahkan permintaan industri untuk perjalanan digital yang lengkap, termasuk sokongan praktikal terbaik untuk memaksimumkan aktiviti jualan, atas papan dan penerimagunaan.

“Menggunakan program Powered by BroadSoft, saya mampu untuk menawarkan perkhidmatan pemasaran digital yang berkualiti kepada rangkaian saya yang terdiri daripada lebih 1,000 penjual semula. Saya gembira dengan kepelbagaian dan kualiti kandungan dalam kit alat kempen digital yang berstruktur di sekitar perjalanan pembeli digital hari ini, "kata Justin Coombes, Ketua Pemasaran Gamma. “Kami menyedari hasil yang mengagumkan dari kempen Powered by BroadSoft pertama kami, dengan kadar penukaran pemasaran dua kali ganda piawaian industri dan bahan utama untuk meningkatkan asas Horizon Cloud PBX sebanyak 62% pada 2016.”

Platform Sistem Sokongan Saluran BroadCloud yang baharu bukan hanya menyelaraskan pesanan, perkhidmatan dan pengurusan pelanggan, tetapi juga dapat menyediakan pemasaran digital dan sokongan atas papan untuk mempercepat waktu pemasangan saluran ke pasaran dan penerimagunaan pelanggan - menukar prospek menjadi penyokong seumur hidup. Di samping itu, BroadSoft telah mengumumkan tiga perkhidmatan saluran baharu untuk meningkatkan pengurusan kitaran hayat pelanggan:

  • Perkhidmatan pergi ke pasaran (GTM) BroadSoft termasuk kempen digital, tapak mikro, pembolehan jualan, penjenamaan dan perkhidmatan transformasi digital
  • Perkhidmatan atas papan BroadSoft termasuk latihan pelanggan, perkhidmatan pemasangan dan penghijrahan
  • Perkhidmatan penerimagunaan BroadSoft termasuk jaminan perkhidmatan, sokongan pelanggan, meja bantuan saluran, perkhidmatan bil, analisis dan pelaporan

"Kami sangat teruja mengenai platform Sistem Sokongan Saluran BroadCloud yang baharu dan perkhidmatan pergi ke pasaran yang baharu untuk memperoleh, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dengan memahami keperluan mereka," kata Taher Behbehani, ketua pegawai pemasaran dan digital di BroadSoft. "Pada masa lalu, rakan saluran perlu mereka bentuk, membina dan menggunakan penyelesaian, tetapi dengan SaaS terdapat peluang baharu untuk menjual pengalaman yang lengkap, daripada penjualan sehingga ke atas papan dan penerimagunaan. Inilah yang akan mendorong penglibatan dan mencipta pelanggan seumur hidup.”

Untuk ketahui lebih lanjut tentang program Powered by BroadSoft, klik di sini.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Sistem Sokongan Saluran (CSS), klik di sini.

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan masa hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, kenyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan Broadsoft akibat daripada penggunaan aplikasi BroadSoft Business. Hasil daripada keadaan yang diterangkan dalam kenyataan masa hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh kenyataan masa hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan aplikasi BroadSoft Business serta kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, atau SEC, pada 23 Februari 2017, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini adalah pada 23 Oktober 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini untuk apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Perihal BroadSoft
BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Hubungan Pelabur:

Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Hal berkaitan BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com

AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com

Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com