Dengan Sistem Pengurusan Hotel OwlNest Blockchain OwlTing bersasaran untuk mencapai 30,000 pengguna dalam sektor hospitaliti pada tahun 2019


NEW YORK, Nov. 23, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sektor industri pelancongan antarabangsa yang bernilai $ 7.6 trilion, menjanakan kira-kira 10% GDP daripda seluruh dunia. Jenama antarabangsa dan pemilik hotel tempatan menghadapi persaingan yang sengit di era internet. Sepanjang dekad ini, hotel perlu menguruskan tempahan-tempahan yang diterima dari pelbagai saluran dan menghabiskan waktu untuk semak ketersediaan bilik dan menyusun jadual pelanggan. OwlTing, sebuah syarikat teknologi berasal dari Negeri Taiwan yang terkenal dengan teknologi rantaian blok (blockchain) dan perniagaan e-dagang, melancarkan "Sistem Pengurusan Hotel OwlNest Blockchain," sebuah platform pengurusan penginapan bersepadu yang mampu membantu hotel di seluruh dunia untuk meningkatkan kesadaran jenama dan kepuasan pelanggan.

Pelancongan Antarabangsa Yang Terus Berkembang Mencabar Mutu Sistem Tempahan Hotel

Dengan munculnya pelbagai agensi pelancongan online (Online Travel Agent, OTA), hotel perlu menyeimbangkan harga yang dibagi kepada saluran OTA utama dan di laman web mereka sendiri untuk memastikan keuntungan yag sihat. Hotel juga perlu lebih memahami pelanggan setia mereka dan menyediakan strategi pemasaran yang lebih proaktif, tetapi semua ini tidak mampu diperolehi dengan penggunaan sistem pengurasan yang sedia ada sekarang. Oleh sebab demikian, OwlTing beri tumpuan dalam mewujudkan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan manfaat inovasi teknologi maklumat blockchain. Dengan sistem OwlNest, hotel mampu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kepuasan pelanggan dan mendapat keuntungan lebih besar melalui platform berasaskan awan bersepadu.

Sistem Pengurusan Hotel Bersepadu Yang Berdasar Atas Sistem OwlNest Blockchain

Produk OwlTing yang meliputi e-dagang mudah-alih, panduan pelancongan tempatan dan perkhidmatan blockchain. "Pengalaman kejuruteraan teknologi yang OwlTing sedia ada, membolehkan kami untuk mencipta teknologi blockchain inovatif, yang mampu bawa manfaat kepada industri hospitaliti di taraf antarabangsa," kata Darren Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OwlTing. " Setelah pelancaran OwlNest, kami semua yang sedang berhubung dengan hotel dan hostel di antara Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Malaysia, bersasaran untuk  mencapai 30,000 pengguna di seluruh dunia pada tahun 2019. Kami mengharapkan bahawa dengan OwlNest yang berdasar atas teknologi blockchain akan mampu mencipta keuntungan yang lebih besar kepada hotel dan membawa kepuasan yang lebih baik kepada pelancong dengan menyelesaikan masalah kritikal yang menyukarkan mereka selama ini. Kami berusaha tegar untuk menawarkan pilihan bermutu tinggi kepada pasaran antarabangsa di seluruh dunia. "

OwlNest adalah sistem pengurusan hotel berdasarkan teknologi blockchain rantaian Ethereum yang pertama di dunia, dilengkapi dengan sistem pengurusan pemesanan dan harta (Property Management System, PMS). Dengan bantuan teknologi Blockchain, kontrak pintar yang ditulis dengan rantaian Ethereum bukan hanya membolehkan pengurusan inventori bilik yang lebih fleksibel dan pengurusan tempahan yang lagi cekap, ia juga meningkatkan privasi pelanggan dan meningkatkan keselamatan transaksi urusniaga. Selain itu, Kos pengambilan pekerja juga boleh dikurangkan dengan mengintegrasikan sistem pengurusan hotel (Booking Engine, PMS dan Channel Manager) pada lejar bersama, sambil menyatukan tempahan dari portal rasmi hotel, OTA atau saluran pengedaran yang lain.

OwlNest perkidmatan blockchain juga membolehkan hotel untuk reka bentuk pakej harga tersuai, mengenai para pelanggan setia dan ciri kesukaan mereka dan menyesuaikan kempen promosi yang boleh berdasar atas masa musim dan mengenai tingkah laku para pelanggan yang secara automatik dan lebih mudah.

OwlNest yang direka bentuk secara berskala juga membolehkan hotel memperoleh pendapatan yang lebih banyak dengan menambah perkhidmatan tambahan di premis, pilihan tambahan panduan pelancongan tempatan, papan pemuka laman web bersepadu yang boleh menyambung portal rakan niaga lain dan semua memu membeli-belah seperti ini boleh didapati di dalam portal mereka sendiri (Booking Engine). OwlNest juga menyokong beberapa gerbang pembayaran seperti kad kredit, PayPal, WeChat, Alipay, Apple Pay, Bitcoin dan perkhidmatan pembayaran berasaskan blockchain yang lain pada masa yang akan datang. Sektor penginapan dan pemilik hotel akan menikmati manfaat sepenuhnya yang dibawa oleh sistem online PMS dan enjin tempahan laman web seperti “Amazon Web Services (AWS)”, bila-bila masa, di mana sahaja.

Taiwan Sebagai Sumber Inovasi Untuk Industri Blockchain Antarabangsa

"OwlTing adalah pelaburan strategik penting dalam portfolio pelaburan kami," kata Thomas Hu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kyber Capital. "Membangun modal perniagaan yang memang mampu menyelesaikan masalah kritikal dalam perniagaan adalah isu utama yang dihadapi oleh industri blockchain di seluruh dunia. OwlTing telah menetapkan penanda aras komersial baru yang hasilnya boleh diukur kepada semua usahawan blockchain. Kami berbangga untuk mengatakan bahawa sekali lagi, syarikat portfolio kami telah menunjukkan kekuatan dan potensi Taiwan dalam bidang blockchain. "

【Pengenalan Syarikat - OwlTing】

OwlTing adalah syarikat teknologi yang memberi tumpuan kepada e-dagang dan teknologi blockchain. Perkhidmatan OwlTing termasuk laman sosial, e-pasaran, panduan pelancongan antarabangsa dan perkidmatan penyelesaian blockchain. Laman panduan pelancongan OwlTing adalah satu daripada atas laman online dan yang paling cepat berkembang di Asia sejak dilancarkan pada tahun 2017.

Peta Susu dan Peta Buah-buahan Taiwan telah memecahkan halangan kaedah konvensional dalam perniagaan runcit dan pengedaran serantau, ia membantu petani dan pengilang supaya mereka boleh cepat beralih ke era e-dagang mudah alih dan membangunkan perniagaan mereka.

Pada bulan Mei tahun 2017, OwlChain yang dilancar oleh OwlTing adalah sistem penghasilan makanan berasaskan Ethereum yang pertama di dunia, dan seterusnya OwlNest yang merupakan perkhidmatan pengurusan hotel blockchain pertama di dunia dilancar pada bulan November.

OwlTing, dengan ibu pejabat di Taipei, Taiwan beroperasi antarabangsa dengan pejabat cawangan di Amerika Syarikat, Jepun dan Malaysia, ia juaga akan terus berkembang ke Eropah pada tahun 2018.


            

Coordonnées