Tyco Retail Solutions membantu peruncit melindungi lebih banyak daripada apa yang ada di kedai dengan lebih daripada 63 bilion item “siap untuk dijual”

Peruncit tersohor di seluruh dunia bergantung kepada program pengetagan sumber barangan Sensormatic untuk meningkatkan jualan dan mengurangkan pengecutan.


NEUHAUSEN, Switzerland, Feb. 06, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tyco Retail Solutions hari ini mengumumkan bahawa lebih daripada 63 bilion sumber produk pengguna telah ditag hingga kini, membantu peruncit melindungi lebih banyak daripada apa yang ada di kedai. Menetapkan pencapaian industri peruncitan dengan pengetagan sumber barangan Sensormatic, program ini juga telah mencapai perkembangan selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2011. Program Tyco adalah program yang terbesar dalam industri, membantu peruncit tersohor dunia untuk melindungi item pengguna dan pakaian yang paling popular. Di samping itu, pengetagan sumber boleh membantu mengurangkan pengecutan dengan menyeragamkan perlindungan setiap peringkat sementara melindungi hampir setiap kategori produk.

Program syarikat merangkumi aplikasi sumber label penggunaan sekali sahaja dan tag keras boleh diguna semula Pengawasan Artikel Elektronik (EAS). Hari ini, majoriti label Sensormatic digunakan oleh pembuat produk atau syarikat pembungkusan, dan bukannya di dalam kedai. Pengetagan sumber Sensormatic membantu peruncit memacu jualan apabila barangan “siap untuk dijual” tiba untuk penempatan segera di kedai jualan. Program juga membolehkan rakan jualan untuk memberi tumpuan pada pelanggan dan bukannya pada mengaplikasi tag keselamatan secara manual dalam kedai.

Dengan kehadiran global Tyco Retail Solutions dan Pengetagan Sumber Sensormatic yang dipacu data sebagai program Servis (STaaS), peruncit menerima perlindungan barangan kos efektif dan komprehensif dengan keputusan serta-merta menerusi kerjasama yang diuruskan oleh Tyco. Beberapa penetapan rekod pencapaian pengetagan sumber Sensormatic termasuklah:

  • Program yang berkembang pesat dan hanya berumur lebih dari 2 tahun, STaaS membolehkan peruncit memberi tumpuan kepada item yang betul untuk ditag serta pembekal dengan impak terbesar untuk membantu memacu penjualan, mengurangkan pengecutan dan menjimatkan buruh
  • Lebih daripada 63 bilion produk pengguna ditag di seluruh dunia, membantu pengeluar barangan peruncit dan pengguna yang dibungkus mengurangkan pengecutan dan mencapai pematuhan tag yang konsisten
  • Lebih daripada 40 juta produk daging yang dilindungi tahun lepas dengan label selamat ketuhar mikro yang dibenamkan, membantu melindungi kategori kecurian teratas ini
  • Lebih daripada 10 bilion sumber tag keras yang boleh dilihat digunakan pada barangan pakaian kecurian tinggi, menjimatkan peruncit berjuta-juta jam dalam pengetagan barangan
  • 5 bilion Internet Benda (IoT) membolehkan tag keras pintar diedarkan semula, menyampaikan penglihatan peringkat item yang selamat untuk pengurusan inventori yang lebih baik
  • Lebih daripada 400 juta label dijahit digunakan setiap tahun, membolehkan lebih banyak lagi tag berlainan untuk produk pakaian dan tekstil mewah

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan peruncit dan pengilang global yang terkemuka dalam saling mengembangkan program pengetagan sumber Sensormatic," kata Tony D'Onofrio, ketua pegawai pelanggan, Tyco Retail Solutions. "Dengan lebih 50 tahun mempelopori teknologi baru, Sensormatic adalah jenama yang dipercayai oleh peruncit dari segi kualiti dan inovasi. Tag keras didaya RFID kami yang diedar semula mendapat momentum dengan peruncit sebagai pendekatan kos yang berkesan dan mesra alam dengan menggunakan program RFID pakaian berskala penuh.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak metrik penjimatan kos tambahan dan pencapaian program di sini.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang pengetagan sumber Sensormatic dan program edaran semula kami dalam infografikkami.

Perihal Johnson Controls
Johnson Controls merupakan peneraju teknologi kepelbagaian dan industri berbilang yang berkhidmat kepada para pelanggan di lebih daripada 150 negara. Pekerja kami seramai 120,000 mencipta bangunan yang pintar, penyelesaian tenaga yang berkesan, infrastruktur yang bersepadu dan sistem pengangkutan generasi seterusnya yang bekerjasama dengan lancar untuk mengotakan janji bandar dan komuniti yang pintar. Komitmen kami ke arah kemampanan bermula sejak tahun 1885, dengan penciptaan termostat elektrik bilik yang pertama. Kami komited dalam membantu pelanggan kami berjaya dan mencipta nilai yang tinggi untuk semua pemegang amanah kami melalui fokus strategik kami dalam semua bangunan dan platform pertumbuhan tenaga kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti Twitter kami di @johnsoncontrols.

Perihal Tyco Retail Solutions

Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, merupakan peneraju pembekal Loss Prevention, Inventory Intelligence dan Traffic Insights berdasarkan analitis untuk industri peruncitan. Penyelesaian kami memberikan bayangan masa nyata dan analitis ramalan untuk membantu para peruncit memaksimumkan hasil perniagaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam dunia beli belah pacuan digital ini. Peranti perolehan data kami yang lebih daripada 1.5 juta dalam ruang pasaran peruncitan merekod 40 bilion lawatan para pembeli serta menjejak dan melindungi berbilion item setiap tahun. Portfolio peruncitan kami menampilkan Sensormatic® yang terunggul, ShopperTrak® dan jenama TrueVUE™, serta suit penuh penyelesaian teknologi bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati TycoRetailSolutions.com, atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter, serta YouTube channel.

HUBUNGAN: Anne Lines

Hal berkaitan Tyco Retail Solutions
Pejabat + 1 978-518-4512
JCIRetail@matternow.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/04ad9638-cc96-4940-ab81-3f275b12813d 


Mot-clé