LONDON, March 16, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- RFA (Richard Fleischman & Associates), penyedia perkhidmatan IT terurus generasi mendatang untuk industri kewangan, baru-baru ini menamakan Richard Muckle sebagai Ketua Pembangunan Klien RFA untuk Ibu Pejabat EMEAnya.
Dalam peranannya, Richard akan mengurus dan membimbing pasaran Eropah RFA seiring dengan kumpulan EMEA RFA yang berkembang. Richard akan menasihati dan menyediakan sokongan pada klien untuk memastikan mereka dapat melaksanakan visi mereka dan merealisasikan hasil yang dijangka.
“Richard merupakan profesional handalan dengan pengalaman yang luas dalam pasaran ini – beliau tahu sentuhan yang betul untuk pelanggan kami dan cara terbaik untuk membantu mereka mengukuhkan organisasi dan membantu mereka menskala ketika mereka berkembang,” kata Pengarah Urusan EMEA RFA, George Ralph.
Richard mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor kewangan yang meliputi UK, Eropah, Asia, New York dan Kepulauan Cayman. Sebelum peranan ini, Richard merupakan COO global untuk pejabat keluarga yang meliputi London, Luxembourg dan New York dengan AUM yang melebihi 1 bilion EUR. Richard juga telah menyandang pelbagai jawatan aras-C sejak 17 tahun yang lalu yang majoritinya merupakan dana permulaan serta turut bekerja dalam ruang teknologi kewangan sebagai penasihat.
Richard telah bekerja dalam sektor perbankan pelaburan sebagai penganalisis kanan dalam kumpulan pembrokeran utama Pendapatan Tetap/terbitan di Lehman Brothers serta menjalankan pejabat pertengahan terbitan eksotik di Greenwich NatWest. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dalam pentadbiran dana lindung nilai dan perundingan perniagaan untuk pengurus aset.
Perihal RFA (Richard Fleischman & Associates)
RFA merupakan rakan kongsi teknologi yang dipercayai oleh lebih daripada 600 klien secara global selama hampir 30 tahun. Menawarkan penyelesaian teknologi lengkap dengan operasi pusat data global, RFA memenuhi keperluan IT dan Teknologi merentasi keseluruhan sektor kewangan. RFA mempunyai kepakaran untuk memenuhi keperluan khusus industri klien kami dengan model perkhidmatan pelanggan yang telah terbukti, sama ada ia penyelesaian atas tapak atau berasakan awan, telefoni, sistem data, IT terurus sepenuhnya atau penguruan projek. RFA beribu pejabat di New York City dengan operasi di Westchester, Connecticut, New Jersey, Massachusetts, California dan Ibu Pejabat EMEA di London.
Hubungan:
Thuy Huynh
Pemasaran
thuynh@rfa.com
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/70e257bc-7162-424a-a9da-c8f7c34f6cb6