YPO Mengumumkan Acara Pengenalan untuk Minggu Inovasi YPO 2018

Acara global tahunan ketiga akan memberi inspirasi kepada pemimpin perniagaan untuk menitikberatkan inovasi dan menggendalakan amalan industri


DALLAS, March 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Untuk tahun ketiga berturut-turut, YPO akan menjadi tuan rumah untuk Minggu Inovasi, lebih daripada 50 acara bersiri di seluruh  dunia direka bentuk untuk menyatukan inovator paling dinamik dengan peluang untuk rangkaian, pemikiran konvensional pembalikan dan inspirasi lain daripada yang lain dengan pandangan boleh laksana dan boleh guna.

YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung dunia akan menjadi tuan rumah bagi acara pengenalan inovasi merentasi seluruh dunia daripada Sydney, Australia ke London, England; Tel Aviv, Israel ke New York, New York, USA; Santo Domingo, Dominican Republic ke Palo Alto, California, USA dan Nairobi, Kenya, serta banyak lagi, pada minggu 7-11 Mei 2018.

Misi Minggu Inovasi YPO adalah untuk memacu inovasi dan transformasi merentasi julat industri dan sektor yang pelbagai menerusi acara pengenalan, siaran video interaktif secara langsung dan acara strim secara langsung merentasi lebih daripada 30 negara. Pemimpin perniagaan dan ahli fikir perintis akan berinteraksi dalam forum selama seminggu, membincangkan inovasi paling penting yang mempengaruhi perniagaan hari ini, termasuk realiti imbuhan dan maya, pengimejan digital, boleh dipakai, rumah pintar, pengesan dan banyak lagi.

“Sebagai pemimpin perniagaan, inovasi perlu menjadi budaya amalan penepatan minda merentasi semua aras organisasi,” kata Pengerusi Minggu Inovasi YPO Keith Alper, Pengerusi dan CEO Geniecast. “Minggu Inovasi YPO memfokuskan pada menjadikan idea inovasi boleh dilaksanakan dengan mencipta persekitaran 360-darjah untuk ahli belajar daripada satu sama lain, daripada inovator perintis global dan syarikat paling inovatif dunia.”

Sorotan termasuk:

  • Real Estate Roundtable Amerika Latin — Santo Domingo, Dominican Republic;
    6-8 Mei 2018

    Real Estate Roundtable akan menerokai faktor yang memacu kejayaan dalam hartanah merentasi Dominican Republic dan rantau Amerika Latin secara keseluruhan, termasuk peluang di Brazil, Mexico and Colombia. Sebagai tambahan, acara ini akan memfokuskan pada trend terbaru dalam pemasaran digital dan cara perkhidmatan, produk, proses dan operasi digambarkan semula melalui kanta digital untuk inisiatif hartanah.


  • Angel dan Unikorn — Sydney, Australia; 7 Mei 2018

    Acara pengenalan Australia untuk Minggu Inovasi akan menawarkan pandangan mendalam ke dalam dunia inovasi dan teknologi, menerokai cara terbaik untuk melabur dalam unikorn hari esok. Angel dan Unikorn termasuklah perbincangan panel dengan syarikat permulaan yang paling berpotensi dan pemodal teroka paling berjaya dalam negara.


  • Sidang Kemuncak Silicon Valley — Palo Alto, California, USA; 7-9 Mei 2018

    Untuk dua hari yang mengasyikkan, Sidang Kemuncak Silicon Valley akan menyelami teknologi transformasi seperti mata wang kripto, keselamatan siber dan kenderaan berautonomi dalam hab penciptaan moden, menampilkan capaian kepada kemajuan penyelidikan dan pembangunan yang jelas, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, memacu projek paling bercita-cita dan inovatif di dunia.


  • Sidang Kemuncak Global FinTech — London, England; 8-9 Mei 2018

    Sidang Kemuncak Global FinTech akan memfokuskan pada disruptif dan peluang terbaru merentasi landskap fintech – termasuk blockchain, bitcoin dan robo-advice untuk pembayaran atas talian, pembiayaian orang ramai, peminjaman P2P dan equiti sendirian. Acara ini juga akan menampilkan ucapan dasar tentang Brexit dan impaknya pada fintech.


  • Africa Ignite 2018: Inovasi dan Disruptif — Nairobi, Kenya; 8-10 Mei 2018

    Africa Ignite akan menerokai cara pemimpin mengemudi peluang dan cabaran di Afrika dan bagaimana semangat inovasi Afrika yang tidak terbatas meningkatkan kehidupan di dalam dan luar benua ini.


  • InnovNation: Pengalaman Inovasi Israel 2018 — Tel Aviv, Israel; 8-10 Mei 2018

    Diiktiraf sebagai pemain peneraju global dalam bidang inovasi, R&D dan keusahawanan, Israel meningkatkan penumpuan tertinggi syarikat permulaan di dunia. InnovNation akan memfokuskan pada kemajuan unik pada Israel dalam bidang seperti perisian, keselamatan, keselamatan siber, mobiliti, makanan, sosial, kemanusiaan, tenaga hijau, air, bioteknologi, inovasi perubatan dan banyak lagi.


  • Sidang Kemuncak Teknologi Dunia 2018: Apakah Masa Hadapan? —  New York, New York, USA; 8-10 Mei 2018

    Sidang Kemuncak Teknologi Dunia akan menampilkan kemajuan yang mengagumkan yang telah dibuat di inkubator teknologi paling berpotensi di Bandar New York, serta peluang untuk bertemu pembangun yang mencipta inovasi disruptif generasi mendatang dalam penjagaan kesihatan, kewangan, pendidikan, pemasaran dan barangan sosial.


  • Sidang Kemuncak Teknologi Auto — Palo Alto, California, USA; 9-11 Mei 2018

    Acara sulung ini akan menerokai teknologi inovasi dan disruptif terkini dalam industri automotif, menawarkan pandangan tentang cara transformasi industri akan berlangsung dan cara terbaik untuk mengguna dan menerima pembangunan ini.


Minggu Inovasi YPO menawarkan pemimpin perniagaan peluang pembelajaran dan perangkaian untuk menyemai inovasi ke dalam syarikat mereka, membentuk kerjasama strategik dan mempengaruhi secara positif perniagaan mereka dan komuniti bekerja mereka. Pemimpin YPO akan dapat mengerakkan kerjasama baharu dalam inovasi, memperkukuh inovasi ke dalam teras budaya syarikat mereka dan menukarkan idea kepada rancangan yang boleh dilaksanakan. Minggu Inovasi YPO telah menjadi pentas global di mana inovasi generasi mendatang dialu-alukan dan trend terbaru dalam inovasi digunakan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman web Minggu Inovasi YPO.


PERIHAL YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada kesan perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25 ribu ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat yang dikendalikan oleh ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.
Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati YPO.org.

Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298
press@ypo.org