Cloudflare Mengumumkan Mobile SDK untuk Memantau Prestasi Rangkaian Aplikasi

Penyelesaian percuma baharu memberikan analisis rangkaian kepada mana-mana pembangun aplikasi mudah alih


SAN FRANCISCO, March 23, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet hari ini mengumumkan Mobile SDK Cloudflare, penyelesaian percuma yang membolehkan sebarang pembangun aplikasi mudah alih memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Pelanggan kecewa dengan aplikasi mudah alih yang perlahan, ranap atau memberikan ralat yang memburukkan pengalaman pengguna. Bagi pembangun aplikasi mudah alih, pengalaman pengguna yang buruk bermakna ulasan juga buruk, penggunaan lebih rendah dan penukaran metrik perniagaan juga berkurangan.

Prestasi aplikasi yang konsisten memerlukan fokus pada setiap aspek dalam proses: kod aplikasi, panggilan rangkaian antara aplikasi dan pinggir rangkaian serta infrastruktur pelayan. Terdapat beberapa penyelesaian yang memberikan analisis untuk aplikasi pembangun, tetapi belum ada cara untuk memahami berapa kerap aplikasi gagal disebabkan ralat rangkaian.

Pembangun aplikasi boleh menyepadukan Mobile SDK Cloudflare bersama aplikasi mudah alih mereka dengan mudah untuk melihat prestasi dan ralat rangkaian mereka di seluruh dunia. Mobile SDK Cloudflare ialah sampingan untuk alat pembangun sedia ada seperti Crashlytics, Rollbar, Sentry, Instabug dan lain-lain.

“Cloudflare fokus untuk membantu membina Internet yang lebih baik, daripada telefon bimbit hingga pelayan punca dan sebaliknya,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Kami mahu membantu pembangun aplikasi mudah alih untuk menjejak prestasi rangkaian dengan lebih mudah secara percuma, kerana hal ini baik untuk Internet.”

Contoh ralat rangkaian yang mempengaruhi pengalaman pengguna termasuklah:

  • Sambungan putus yang berlaku semasa perayauan rangkaian ke rangkaian (contohnya daripada rangkaian telefon bimbit ke Wi-Fi rumah).
  • Kehilangan paket kerana isyarat lemah.
  • Kesesakan pada Internet di antara menara telekomunikasi dan infrastruktur.

Mobile SDK Cloudflare menawarkan maklumat yang tidak pernah didapati sebelum ini kepada pembangun untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka. Kelebihan Mobile SDK Cloudflare termasuklah:

  • Ringan: Tidak mempengaruhi prestasi atau hayat bateri peranti.
  • Data baharu yang boleh diambil tindakan: Memahami prestasi rangkaian dalam aplikasi sama seperti pembangun menganalisis panggilan rangkaian dalam pelayar.
  • Kebergantungan yang Minimum: Sesiapa sahaja boleh menggunakan Mobile SDK Cloudflare untuk mengumpul data, walaupun mereka tidak menggunakan sebarang infrastruktur Cloudflare.
  • Privasi: Cloudflare tidak akan mengumpul pengenal pasti tetap atau menjual data anda kepada pihak ketiga.
  • Mudah Dipasang: Mobile SDK Cloudflare mudah dipasang, pembangun hanya perlu menambah beberapa baris kod kepada aplikasi iOS atau Android.

Sebilangan pelanggan telah menyepadukan Mobile SDK Cloudflare ke dalam aplikasi mereka:

“Cloudflare membantu kami memberikan pelanggan kami pengalaman perdagangan mata wang kripto yang lebih dipercayai,” kata Kirill Yashuk, pengasas bersama dan CTO TabTrader. “Mobile SDK dapat disepadukan dengan aplikasi kami dengan lancar dan data mula masuk dengan cepat walaupun dalam kes penggunaan rumit.”

“Pengguna kami tidak pernah merungut tentang sambungan yang lemah; hanya aplikasi kami tidak berfungsi,” kata Ben Yule, CTO Spire. “Selepas menyepadukan SDK, pasukan kejuruteraan kami mendapat keterlihatan yang sebelum ini tiada. Mobile SDK Cloudflare memenuhi peranan yang hilang dalam pemantauan pengalaman aplikasi.”

"Akses rangkaian memberi kesan yang besar pada pengalaman pengguna mudah alih dengan sambungan, tetapi kependaman rangkaian mudah alih selalunya sepuluh kali ganda lebih lama daripada kependaman masa pemprosesan pelayan dan sebahagian besarnya tidak dipantau” kata Alex Austin, CEO Branch Metrics. “Fokus Cloudflare dalam menangani isu rangkaian mudah alih dengan usaha kejuruteraan yang minimum sangat baik untuk pengguna dan lebih baik lagi untuk para pembangun."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mobile SDK Cloudflare, sila semak sumber di bawah.

Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet untuk lebih daripada 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, Boston, MA, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463