Kofax Mengumumkan Penutupan Pemerolehan Nuance Document Imaging

Pemerolehan Melanjutkan Kepimpinan Kofax dalam Penangkapan Kognitif dengan Mendapatkan Teknologi Inovatif bagi Meningkatkan Platform Automasi Pintar


IRVINE, Calif., Feb. 05, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, peneraju pembekal perisian Automasi Pintar untuk mengautomatikkan dan mentransformasikan proses perniagaan hujung ke hujung secara digital hari ini mengumumkan penutupan pemerolehan Nuance Document Imaging (NDI), iaitu divisyen Nuance Communications, Inc. (NASDAQ: NUAN).

NDI menyediakan perisian untuk membantu organisasi mengoptimumkan proses penangkapan dan cetakan berdasarkan maklumat daripada intensif buruh, cenderung ralat dan mahal kepada berkesan, diautomatikkan dan selamat.

Menerusi pemerolehan ini, Kofax menaikkan nilai pelanggan dengan menambah teknologi utama, termasuk penangkapan, pengurusan cetakan dan keselamatan dokumen pada MFP ke platform Automasi Pintar hujung-ke-hujungnya.

Perihal Kofax
Perisian Kofax mendayakan organisasi untuk Work Like Tomorrow™–hari ini. Platform perisian Automasi Pintar Kofax membantu organisasi mentransformasikan proses perniagaan yang intensif maklumat, mengurangkan kerja manual dan ralat, meminimumkan kos dan meningkatkan interaksi pelanggan. Kami menggabungkan RPA, penangkapan kognitif, orkestrasi proses, mobiliti dan penglibatan, serta analisis untuk memudahkan pelaksanaan dan memberikan hasil dramatik yang mengurangkan risiko pematuhan dan meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keeuntungan. Kofax memberikan pulangan cepat dalam pelaburan untuk lebih daripada 20,000 pelanggan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi dan penyepadu tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com.

© 2019 Kofax, Inc. Kofax ialah tanda dagangan Kofax Limited.

Sumber: KOFAX


            

Coordonnées