Kofax Bakal Memperoleh Top Image Systems

Pemerolehan untuk Mengukuhkan dan Meningkatkan Tangkapan Digital dan Keupayaan berasakan SaaS untuk Platform Automasi Pintar Kofax


IRVINE, California, Feb. 05, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, pembekal terkemuka perisian Automasi Pintar untuk mengautomasikan dan mentransformasikan proses perniagaan hujung ke hujung secara digital, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah memasuki perjanjian mutakhir untuk memperoleh Top Image Systems™ Ltd. (NASDAQ:TISA) (TIS), pencipta global untuk aplikasi pada premis dan berasakan awan yang mengoptimumkan proses perniagaan yang dipacu oleh kandungan.

“Pelanggan TIS akan menikmati akses vendor tunggal kepada penyelesaian Automasi Pintar Kofax yang memberikan kecekapan dipertingkatkan, mendayakan tenaga kerja manusia dan digital pada masa hadapan,” ujar Reynolds C. Bish, Ketua Pegawai Eksekutif Kofax. “Dengan mengumpil kepakaran TIS SaaS, akan membantu kami sementara kami melanjutkan lagi keupayaan awan selamat platform Automasi Pintar hujung ke hujung kami.”

Aplikasi TIS pada premis dan berasakan awan menangkap, memproses dan menghantar kandungan secara automatik merentas aplikasi perusahaan, mentranformasikan pemasukan maklumat kepada organisasi menjadi data elektronik yang berguna dan boleh diakses, dengan pengendalian manual yang minimum, kepada sistem atau individu perniagaan yang berkaitan.

“Kami teruja dengan peluang untuk bergabung tenaga dengan Kofax,” ujar Brendan F. Reidy, Ketua Pegawai Eksekutif TIS. “Bersama, kami akan berdaya untuk menyediakan rangkaian tawaran yang lebih ,meluas dan mendalam kepada pelanggan kami, sementara mengumpil kekuatan dan kestabilan akibat daripada menjadi sebahagian daripada organisasi global yang lebih besar.”

Transaksi ini dijangka dimeterai pada penghujung Jun 2019. Menjelang pemeteraian, Kofax akan berterusan menyokong produk dan pelanggan TIS.

Perihal Kofax

Perisian Kofax mendayakan organisasi untuk Work Like Tomorrow™–hari ini. Platform perisian Automasi Pintar Kofax membantu organisasi mentransformasikan proses perniagaan yang intensif maklumat, mengurangkan kerja manual dan ralat, meminimumkan kos dan meningkatkan interaksi pelanggan. Kami menggabungkan RPA, penangkapan kognitif, orkestrasi proses, mobiliti dan penglibatan, serta analisis untuk memudahkan pelaksanaan dan memberikan hasil dramatik yang mengurangkan risiko pematuhan dan meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keeuntungan. Kofax memberikan pulangan cepat dalam pelaburan untuk lebih daripada 20,000 pelanggan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi dan penyepadu tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com.

© 2019 Kofax, Inc. Kofax ialah tanda dagangan Kofax Limited.

Sumber: KOFAX


            

Coordonnées