Pod Gelunghiper yang Inovatif akan Dibawa dalam Jerayawara Merentasi Amerika


Jerayawara Kebangsaan Akan Singgah di Columbus, Arlington, Kansas City, dan Bandar Lain Sepanjang Beberapa Bulan

LOS ANGELES, Aug. 01, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Hyperloop One (VHO), hari ini telah mengumumkan jerayawara A.S. yang pertama seumpamanya untuk membawakan pod gelunghiper XP-1 kepada komuniti merentasi Amerika Syarikat dan memulakan dialog tentang pengaruh bentuk pengangkutan baharu ini.

“Apabila delegasi kerajaan dan pelabur mengunjungi tapak ujian kami, melihat teknologi dengan sendiri menjadikannya realiti untuk mereka.Bukan semua orang boleh datang ke padang pasir Nevada, jadi kami akan membawakan teknologi kami kepada rakyat – rakyat Amerika yang akan menaiki bentuk pengangkutan baharu ini dalam tempoh sedekad,” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop One.

Pada 11 Mei, 2017, XP-1 telah melengkapkan ujian gelunghiper sistem penuh pertama di dunia – yang digelar detik “Kitty Hawk” oleh VHO.Ini ialah kali pertama mana-mana syarikat telah menyepadukan semua komponen gelunghiper termasuklah motor kecekapan tinggi, elektronik kuasa, pengapungan magnet, sistem pengepam vakum dan kenderaan aerodinamik sebagai sistem disatukan tunggal.Semasa pengujian, XP-1 menetapkan rekod kelajuan gelunghiper skala penuh 240 batu sejam pada landasan yang hanya 550 ela.

Jerayawara kebangsaan bermula sementara negeri dan bandar di seluruh dunia yang menyedari manfaat sosioekonomi yang penting bagi penggunaan awal bersaing untuk menjadi lokasi pertama untuk melaksanakan teknologi gelunghiper.Sembilan negeri sedang menerokai teknologi dan kerajaan persekutuan telah mewujudkan Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) untuk memajukan keselamatan dan pensijilan kawal selia.

Jerayawara akan memberikan peluang kepada komuniti tempatan untuk melihat sendiri pod ujian bersejarah tersebut dan mengetahui lebih lanjut tentang kemajuan negeri mereka dalam menjadikan gelunghiper kenyataan dalam masa beberapa tahun.Berikut ialah hentian yang dijadualkan berserta laluan jerayawara kebangsaan:

COLUMBUS, OHIO:4 Ogos, 2019

Hentian pertama ialah di Columbus, Ohio pada Ahad, 4hb Ogos.VHO telah bekerjasama dengan Center of Science and Industry (COSI) dan Mid-Ohio Regional Planning Commission (MORPC) untuk menganjurkan hari khidmat masyarakat STEM – menampilkan kenderaan XP-1 dan berkaitan gelunghiper, aktiviti amali untuk semua peringkat umur.Acara ini adalah percuma dan dibuka kepada orang awam dari 10:00 AM – 5:00 PM di COSI (333 West Broad St. Columbus, OH 43215).

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pengangkutan Kelajuan Pantas, Mid-Ohio Regional Planning Commission sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi teknologi gelunghiper di sepanjang koridor Chicago-Columbus-Pittsburgh, diikuti dengan komponen bagi pernyataan impak persekitaran di laluan yang sama.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan CEO Virgin Hyperloop One Jay Walder dan pasukan beliau ke Columbus.Sejak dinamakan pemenang Cabaran Global Hyperloop One pada tahun 2017, kami bangga untuk bekerja dengan VHO dalam memajukan koridor ‘Midwest Connect’ kami,” kata William Murdock, pengarah eksekutif Mid-Ohio Regional Planning Commission.“Mempamerkan VHO dan pod XP-1 di Columbus sebagai hentian pertama di jerayawara A.S. menawarkan peluang untuk perniagaan kami, pemimpin komuniti dan penduduk untuk mengetahui impak teknologi yang semakin mendapat perhatian ini terhadap kejayaan masa hadapan Ohio Tengah, dan keseluruhan Bahagian Tengah Barat.”

ARLINGTON, TEXAS:8 -10 Ogos, 2019

Dari Columbus, VHO akan menghala ke Arlington, Texas, di situ mereka bekerjasama dengan Dallas Cowboys dan North Central Texas Council of Governments (NCTCOG) untuk memperkenalkan XP-1 di Stadium AT&T, ke-4 paling besar dalam NFL.Kenderaan tersebut boleh dilihat semasa lawatan stadium yang dijadualkan di Stadium AT&T (1 AT&T Way, Arlington, TX 76011).Pastikan anda mendapatkan tiket anda di sini.

Daerah Dallas-Fort Worth telah memfokuskan programnya pada pelajar dari semua peringkat umur yang berminat terhadap kerjaya dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).Stadium akan dibuka pada 9hb Ogos dari 2:30 hingga 4:00 PM untuk acara jemputan sahaja yang menampilkan pelajar dari kawasan daerah sekolah dan kampus lain untuk demonstrasi teknologi yang berkaitan projek gelunghiper.

Majlis Pengangkutan Daerah Dallas-Fort Worth mengumumkan niat mereka untuk menilai teknologi gelunghiper dalam Texas.Agensi ini telah memulakan kajian kebolehlaksanaan gelunghiper bagi laluan Fort Worth ke Laredo dan kajian impak persekitaran di sepanjang koridor Dallas ke Fort Worth, yang akan merangkumi stesen Arlington dengan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth.

“Daerah kita akan memperoleh 3 juta penduduk baharu dalam tempoh 25 tahun.Untuk menangani kemasukan orang ramai ini, kita perlu meneroka projek yang akan memodenkan infrastruktur pengangkutan kita.” kata Michael Morris, P.E., Pengarah Pengangkutan North Central Texas Council of Governments.“Kami sedang meneroka gelunghiper sebagai projek yang berpotensi untuk menghubungkan jutaan rakyat Texas lebih cepat, lebih pantas dan lebih cekap.”

KANSAS CITY,  KANSAS:14 September, 2019

Selepas hiatus pendek, jerayawara untuk XP-1 akan diteruskan.Atas usaha KC Tech Council dan firma Am Law 100 Polsinelli, XP-1 akan berada di Kansas Speedway semasa American Royal World Series of Barbecue yang terkemuka – barbeku terbesar di dunia dan parti terbesar di Kansas City!Pada 14hb September, yang lebih dikenali sebagai  “Smokin’ Saturday,” XP-1 akan dipamerkan berserta program mesra keluarga seperti muzik langsung, demo BBQ, trak makanan, pertunjukan kereta klasik, dan Cowtown Family Fun Fest.Kenderaan boleh dilihat mulai 11:00 AM di Kansas Speedway (400 Speedway Blvd, Kansas City, KS 66111).Tiket boleh ditemui di sini.

Susulan penyelesaian kajian kebolehlaksanaan gelunghiper pertama di A.S., Speaker Dewan Elijah Haahr mengumumkan pembentukan Panel Reben Biru yang diketuai Leftenan Gabenor Mike Kehoe, yang akan menerokai langkah seterusnya dan mekanisme pembiayaan untuk projek Gelunghiper Missouri.Panel akan melapor kembali dengan pengesyoran selewat-lewatnya September 2019.

“Bagi pihak Greg Kratofil, Jr. dari Polsinelli dan KC Tech Council, kami teruja untuk mengalu-alukan kenderaan gelunghiper XP-1 Virgin Hyperloop One ke bandar Kansas City kami yang hebat,” kata Ryan Weber, Presiden KC Tech Council.“Terdapat banyak keterujaan dan minat dalam teknologi ini, dan kami tahu komuniti teknologi Kansas City dan warga awam akan bersifat reseptif kepada demonstrasi dan mengetahui butiran lanjut.Kami menggalakkan kehadiran komuniti di American Royal World Series of Barbecue untuk melihat kenderaan maju ini dengan sendiri, kerana kami yakin kenderaan ini akan memainkan peranan yang penting dalam masa hadapan pengangkutan kita.”

Menjangkaui bandar ini, XP-1 juga akan singgah di sepanjang nusa teras - di kedai makan, hotel, muzium, taman, dewan negeri dan stadium - untuk berkongsi kemajuan dan janji teknologi gelunghiper.

Laluan 4,000 batu merentasi Amerika Syarikat hari ini akan mengambil masa pemanduan selama 70 jam.Dengan gelunghiper, perjalanan hanya akan mengambil masa kira-kira enam jam.

Tentang Virgin Hyperloop One
Virgin Hyperloop One ialah syarikat peneraju gelunghiper yang melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun.Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada.Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad.Syarikat ini mempunyai beberapa projek yang sedang berlangsung di Missouri, Texas, Colorado, North Carolina, Barat Tengah Amerika, India, KSA, dan UAE.Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek yang sedang berlangsung Virgin Hyperloop One di sini.

Aset Media
Untuk memuat turun peta laluan dan visual resolusi tinggi bagi teknologi VHO, sila klik di sini.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f65ae916-191c-47a1-9bae-174a5171d944/ms 


            
Virgin Hyperloop One Memulakan Jerayawara

Coordonnées