SANTA CLARA, Calif., Oct. 16, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, penginovasi dalam platform dan teknologi produk boleh diprogramkan, hari ini mengumumkan demonstrasi syarikat di MIPI DevCon Taipei akhir minggu ini (Jumaat, 18hb Oktober).
Dengan berbilang alat kawalan penghantar dan penerima Antara Muka Bersiri Kamera 2 (CSI-2) MIPI, D-PHY℠, dan unsur logik 13K sehingga 120K, FPGA Trion didayakan MIPI Efinix adalah fleksibel, platform boleh diprogramkan yang boleh melakukan pemprosesan video kompleks untuk aplikasi mudah alih, visi mesin, robotik, automotif, dan pengawasan.
FPGA Trion direka bentuk dan dibangunkan untuk menyampaikan pengeluaran volum tinggi bagi produk dan aplikasi yang canggih dalam pinggir, pengiraan dan pemecutan. Pada terasnya ialah seni bina Quantum™ Efinix, yang menyampaikan kuasa rendah, faktor bentuk kecil dan kelebihan kos.
“FPGA Trion merupakan penggubah keadaan dan kami menanti-nantikan untuk membuat demonstrasi di MIPI DevCon Taipei,” kata Naib Presiden Jualan dan Pembangunan Perniagaan Efinix, Itsu Wang. “Kami yakin masa depan dengan pengkomputeran AI pinggir dan seni bina Quantum disruptif kami sedang membawa FPGA Trion, kini didayakan MIPI, kepada tahap inovasi yang tidak pernah berlaku dahulu.”
FPGA Trion dengan MIPI menyokong pelbagai aplikasi dari penyambungan mudah dan untuk melengkapkan aplikasi AI. FPGA Trion dengan MIPI boleh menyegerakkan dan memproses imej daripada berbilang kamera atau penderia, atau boleh bertindak sebagai hab prapemprosesan atau pemecut perkakasan dalam sistem yang lebih besar.
“FPGA Efinix mempunyai kelebihan ketara pada kuasa, antara muka MIPI keras, dan kos,” kata Chao Yuan dari Opnous, penderiaan pintar dan syarikat teknologi AI yang berpangkalan di China. “Kami memanfaatkan Efinix untuk Visual SLAM (Penyetempatan dan Pemetaan Serentak) dalam beberapa produk kami dan menjangkakan penyelesaian FPGA Trion dengan MIPI syarikat dalam pelbagai tawaran masa hadapan.”
Kit Pembangunan MIPI T20 Trion dengan contoh reka bentuk menggunakan papan dan kamera Raspberry Pi tersedia sekarang pada laman web Efinix. https://www.efinixinc.com/t20mipi.
Tentang Efinix
Efinix®, merupakan penginovasi dalam produk boleh diprogramkan, memacu masa depan pengkomputeran AI pinggir dengan platform FPGA Trion®. Pada teras FPGA Trion ialah teknologi FPGA Quantum™ disruptif Efinix yang menyampaikan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa 4X melalui teknologi FPGA. FPGA Trion, menawarkan unsur logik 4K sehingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan dihargakan untuk pengeluaran volum tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suit reka bentuk FPGA lengkap daripada RTL sehinggalah aliran bit. Dengan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa, FPGA Trion menangani aplikasi seperti logik tersuai, pengiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, pelanggan kami boleh menghijrahkan FPGA secara lancar atau sistem penuh kepada Quantum ASIC untuk pengeluaran volum ultratinggi.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.efinixinc.com.
Maklumat Hubungan:
Steve Stratz
Relevanz Public Relations untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b284c8d5-d9ad-4f56-8d35-acf8ac8fb541