RENSSELAER, N.Y., May 19, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan untuk penemuan ubat, mengumumkan pelaksanaan program Rapid Restart™ yang berjaya. Dilancarkan lebih sebulan lalu, Taconic merupakan pembekal model haiwan pertama dalam industri untuk menyediakan penyelidik program yang direka bentuk secara khusus untuk membantu makmal beralih kembali kepada produktiviti dipertingkat.
COVID-19 memaksa banyak institusi untuk menghentikan program penyelidikan yang kritikal dan dalam beberapa kes, mengurangkan penggunaan model haiwan mereka. Sementara institusi mempertimbangkan untuk membuat penyelidikan semula, memastikan ahli sains mempunyai akses kepada model haiwan adalah penting. Taconic melancarkan program Rapid Restart™ untuk menangani keperluan penting dan unik ini. Rapid Restart™ merupakan perkhidmatan perancangan yang menyediakan gabungan unik penjadualan dan jaminan ketersediaan yang fleksibel kepada pelanggan untuk memastikan mereka mempunyai keperluan mereka apabila mereka memerlukannya.
Pengeluaran penskalaan model haiwan adalah proses yang kompleks. Dengan pengalaman lebih daripada 65 tahun, Taconic memiliki alat yang canggih untuk menjajarkan bekalan dengan permintaan. Menyedari bahawa biologi memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan rangka masa, berhubung dengan pelanggan sebelum makmal mempertimbangkan untuk kembali kepada kapasiti penuh telah memberikan Taconic pandangan kritikal untuk perancangan inventori. Taconic kemudian akan menyediakan kepada penyelidik dengan kesinambungan rantaian bekalan, memastikan tiada momentum yang hilang sementara mereka menggantikan masa yang hilang. Paling penting sekali, ketepatan perancangan yang dicapai oleh program Rapid Restart™ yang pantas ini mengotakan komitmen Taconic terhadap kesejahteraan haiwan dengan mengurangkan jurang antara bekalan dengan permintaan.
“Maklum balas pelanggan terhadap program Rapid Restart™ amat positif. Para penyelidik daripada bidang akademik, bioteknologi dan syarikat farmaseutikal telah menyampaikan penghargaan atas kesanggupan Taconic untuk bekerjasama pada waktu yang tidak pernah berlaku ini,” kongsi Dr. Michael Seiler, naib presiden produk komersial di Taconic Biosciences. “Kami sentiasa mendapati nilai yang paling tinggi dalam tidak berfikir seperti vendor, tetapi sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pelanggan kami. Pendekatan tersebut lebih penting terutamanya pada waktu ini kerana kita semua mengharapkan untuk melepasi ketidakpastian ini dan menumpukan pada penyelidikan.”
Selain model haiwan yang tersedia secara komersial, Taconic juga menawarkan penjanaan model tersuai dan penyelesaian pengurusan koloni yang boleh memainkan peranan dalam cara makmal meningkatkan keupayaan sandaran. Pembiakan bersumber luar amat penting dalam rancangan luar jangka untuk makmal, menyediakan bekalan haiwan yang konsisten untuk makmal apabila kemudahan mereka sendiri mungkin terjejas. Reka bentuk, pembiakan dan menyelenggara model haiwan kritikal kini semakin penting untuk mengekalkan momentum penyelidikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Rapid Restart™ Taconic Biosciences atau perkhidmatan lain, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.
Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.
Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com