Cavonix Mendayakan Kenderaan Berautonomi dengan Teknologi LiDAR Leddar Pixell LeddarTech


QUEBEC CITY, Sept. 01, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderia ADAS dan AD, teruja untuk mengumumkan bahawa Cavonix Ltd. telah memilih teknologi penderia Leddar™ Pixell untuk pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya miliknya.

Cavonix Ltd. ialah syarikat permulaan teknologi berpangkalan di United Kingdom yang telah membangunkan beberapa sistem kawalan berautonomi label putih untuk beberapa pengilang kenderaan dan syarikat teknologi. Bersama-sama syarikat induk mereka Aim Technologies, yang merupakan peneraju dunia dalam elektronik sukan motosikal, Cavonix baru-baru ini telah membangunkan barisan teknologi baharu untuk kenderaan ulang-alik, luar jalan raya dan sektor pertanian.

LeddarTech memasarkan satu-satunya platform yang benar-benar terbuka, fleksibel dan boleh skala untuk semua aplikasi automotif dan mudah alih. Platform tersebut menyampaikan komponen sistem ADAS & AD yang penting dan penyelesaian rujukan boleh suai dan mendayakan kebolehlanjutan daripada L1 (kamera & radar) kepada L5 (berbilang modus penderia termasuk LiDAR) pada prestasi dan kos yang optimum. Komponen platform termasuk pergabungan penderia bermodul dan tindanan perisian persepsi, LeddarEngine™ (SoC dan perisian pemprosesan isyarat) dan penderia LiDAR seperti Leddar Pixell, yang dibangunkan untuk pasaran mudah alih dan mempamerkan teknologi LeddarEngine.

“Cavonix memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan keselamatan dipertingkat kepada pengguna,” kata Steven Lake, Pengasas dan CEO. “Keteguhan dan keutuhan teknologi berkeadaan pepejal oleh LeddarTech memenuhi syarat mobiliti hari ini yang mencabar dan menjadikan teknologi itu pilihan ke arah mencegah pelanggaran dalam aplikasi henti dan pergi dengan menyingkirkan zon mati yang ditinggalkan oleh teknologi penderiaan lain.” En. Lake meneruskan: “Di Cavonix, kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang teguh untuk aplikasi dunia nyata – sains tanpa fiksyen.”

“Kami berbesar hati dengan penyelesaian LiDAR kami yang terpilih dan dipercayai oleh Cavonix untuk menyokong pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO LeddarTech. En. Saintellemy mengatakan lagi, “Perkara yang Cavonix telah berjaya mencapai dalam tempoh yang agak singkat adalah menakjubkan dan kami tidak sabar melihat pembangunan masa hadapan mereka menggunakan teknologi LeddarTech.” En. Saintellemy menyimpulkan bahawa “menjadikan aplikasi mobiliti lebih selamat adalah teras dalam strategi kami. Teknologi kami menawarkan keseimbangan prestasi dan keberkesanan kos dan bersedia untuk pengerahan hari ini.”

Perihal Cavonix Ltd.

Cavonix berkepakaran dalam autonomi mudah alih, navigasi dan persepsi pembangunan kenderaan berautonomi dengan tiga fungsi perniagaan:

  • CAVLab ialah perisian pembangunan masa nyata untuk kawalan kenderaan berautonomi yang bersambung.
  • Pemprosesan pergabungan CavSense membolehkan kenderaan mengumpul data masa nyata dari sekelilingnya dan mendayakan kenderaan untuk menavigasi dalam persekitaran terkawal sementara merancang laluan dan mengelak halangan.
  • Sistem telemetri pengurusan armada CavTrak membolehkan data dikumpul untuk diawasi dalam masa nyata dan dikongsi antara kenderaan dengan kawalan.

Syarikat induk bagi Cavonix ialah Aim Technologies Group. Aim Technologies mereka bentuk, membangunkan dan mengilang pengelogan data perlumbaan taraf dunia dan alat pemasaan untuk membekalkan beribu kejohanan dan pasukan perlumbaan di peringkat global. Produk Aim Technologies direka bentuk untuk menyampaikan data tepat yang diperlukan untuk menambah baik prestasi pemandu dan kenderaan untuk memenangi perlumbaan. Penyelesaian yang sering dianggap sebagai standard industri de-facto dalam teknologi perolehan data dan menawarkan dwikegunaan untuk trek dan kenderaan. Dengan pelbagai penyelesaian, daripada paparan dan pengelog data sehingga sistem dan penderia kamera. Semua produk yang direka bentuk untuk mempertingkat prestasi persaingan dalam kalangan pasukan perlumbaan dan penyelesaian mereka dibangunkan untuk disuaikan kepada keperluan sebenar klien, sentiasa mengutamakan hasil yang mereka mahukan.

Maklumat tambahan tentang Cavonix boleh diakses di www.cavonix.com dan melalui syarikat induknya Aim Technology Group di LinkedInTwitterFacebook, di YouTube.

Maklumat Hubungan:
Steven Lake, Pengarah dan CEO Cavonix
+44 (0) 1773-459252
info@cavonix.com

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 80 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.fa