PRA Health Sciences mengumumkan Pelantikan Pengarah Baharu


RALEIGH, N.C., Sept. 17, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ:PRAH) hari mengumumkan pelantikan Glen Stettin, M.D. kepada Lembaga Pengarah Syarikat, berkuat kuasa pada 14 September, 2020.

“Kami gembira Glen akan menyertai Lembaga Pengarah kami.  Dengan penglibatan beliau yang meluas bidang penjagaan kesihatan sebagai doktor dan eksekutif, pengalaman Dr. Stettin dalam inovasi, data, analisis, teknologi dan penyelesaian kesihatan bersepadu akan memberikan Lembaga cerapan yang bernilai sementara kami terus mencipta semula penyelidikan klinikal dan menjadikannya lebih mudah dicapai oleh pesakit,” kata Colin Shannon, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah PRA Health Sciences, Inc.

Dr. Stettin ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Inovasi di Express Scripts & Cigna Services, sebuah bahagian Cigna Corporation. Di situ, beliau mengetuai penyelidikan dan pembangunan, pengalaman pesakit dan doktor, pembangunan produk dan pengurusan yang tertumpu pada penyelesaian dan data klinikal baharu, analisis serta platform sebagai perkhidmatan. Sebelum itu, Dr. Stettin berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Inovasi di Express Scripts, yang diperoleh oleh Cigna Corporation pada tahun 2018. Dr. Stettin menyertai Express Scripts apabila syarikat bergabung dengan Medco Health Solutions, Inc. pada April 2012. Sepanjang 17 tahun pengalaman beliau di Medco, beliau memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi klinikal, operasi, teknologi dan produk.

Dr. Stettin meraih gelar sarjana perubatan beliau melalui Lehigh University dan Medical College of Pennsylvania. Beliau melengkapkan kursus latihannya dalam perubatan dalaman di University of California, San Francisco. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Residen Perubatan di Hospital Moffitt-Long, Felo dalam kardiologi dan merupakan Sarjana Klinikal Yayasan Robert Johnson Wood di UCSF dan Stanford University.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435