Alphawave IP dan VeriSilicon Mengembangkan Kerjasama Dengan Perjanjian Penjual Semula Langganan Eksklusif Berbilang Tahun Bernilai $54J untuk Pasaran China


TORONTO, Feb. 26, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Alphawave IP, peneraju dunia dalam penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah merundingkan perjanjian penjual semula langganan eksklusif bernilai $54J dengan VeriSilicon untuk pasaran China. Di bawah terma perjanjian, VeriSilicon akan menjadi penjual semula IP eksklusif Alphawave untuk keseluruhan portfolio IP Alphawave bagi seluruh pasaran China.

“Kejayaan di China memerlukan rakan kerjasama yang dihormati dan berskala penuh seperti VeriSilicon,” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave. “Wayne Dai dan pasukan beliau di VeriSilicon berjaya menetapkan diri mereka sebagai sebuah syarikat ASIC teratas di China, dan kami teruja untuk mengembangkan perhubungan kami dengan VeriSilicon melalui perjanjian langganan ini sementara kami terus mengembangkan perniagaan kami yang telah berjaya di China.”

“Tony Pialis dan pasukan beliau telah membina antara IP ketersambungan terbaik di dunia, dan dalam teknologi paling maju,” kata Wayne Dai, Pengerusi, Presiden dan CEO VeriSilicon. “Kami melihat permintaan yang besar untuk produk ketersambungan Alphawave merentasi keseluruhan pangkalan pelanggan peringkat satu kami di China. Bersama-sama, kami akan terus mengerahkan penyelesaian semikonduktor yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang paling mencabar.”

Pengumuman ini datang selepas tahun yang mengujakan untuk Alphawave, yang merupakan tahun memecahkan rekod untuk Alphawave dalam setiap metrik kewangan – Tempahan, hasil, margin kasar dan EBITDA. “Pemenang sebenar di sini ialah pangkalan pelanggan peringkat satu kita yang bersama di China,” kata Pialis. “Mereka kini mempunyai akses kepada IP ketersambungan bertaraf dunia kita, dalam teknologi proses yang paling canggih tetapi disokong oleh perkhidmatan reka bentuk bertaraf dunia tempatan dan syarikat ASIC seperti VeriSilicon.”

Perihal Alphawave IP Inc.
Alphawave merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard untuk semua peranti di dunia. Diasaskan di Toronto, Ontario, Kanada pada tahun 2017, Alphawave merupakan salah satu syarikat yang berkembang paling pantas dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor. Ketahui lebih lanjut di http://www.awaveip.com

Perihal VeriSilicon
VeriSilicon Microelectronics (Shanghai) Co., Ltd. (VeriSilicon, 688521.SH) komited untuk memberikan pelanggan dengan perkhidmatan silikon tersuai yang berdasarkan platform, serba boleh, sehenti dan perkhidmatan pelesenan IP semikonduktor dengan memanfaatkan IP semikonduktor syarikatnya. Di bawah model perniagaan "Platform Silikon sebagai Perkhidmatan" (SiPaaS) yang unik, bergantung pada portfolio IP menyeluruh, VeriSilicon boleh mencipta produk silikon daripada definisi untuk diuji dan dipakej dalam tempoh masa yang pendek, dan menyediakan produk alternatif semikonduktor yang berprestasi tinggi dan cekap kos untuk IDM, Fabless, vendor sistem (OEM/ODM) dan syarikat Internet besar, dan lain-lain. Perniagaan VeriSilicon merangkumi elektronik pengguna, elektronik automotif, komputer dan periferal, industri, pemprosesan data, Internet of Things dan aplikasi lain. VeriSilicon menyediakan pelbagai penyelesaian silikon tersuai, termasuk video berdefinisi tinggi, audio dan suara berdefinisi tinggi, Maklumat Hibur Di Dalam Kenderaan, pengawasan video, ketersambungan IoT, pusat data, dan lain-lain. Selain itu, VeriSilicon mempunyai lima jenis IP pemproses milik syarikatnya, iaitu GPU IP, NPU IP, VPU, DSP IP dan ISP IP, dan lebih daripada 1,400 IP dan IP FR analog dan isyarat campuran. Diasaskan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Shanghai, China, VeriSilicon mempunyai 6 pusat reka bentuk dan R&D di China dan Amerika Syarikat, serta 11 pejabat jualan dan perkhidmatan pelanggan di seluruh dunia. VeriSilicon mempunyai lebih daripada 1000 orang pekerja buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.verisilicon.com.

Maklumat Hubungan:
Alex Mann
alex.mann@awaveip.com