Bon Natural Life Limited Mengumumkan Harga Penawaran Awam Awal $11 Juta yang Telah Ditingkatkan Jumlah Penawaran


XIAN, China, June 25, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bon Natural Life Limited (Nasdaq: BON) ("BON" atau "Syarikat"), salah satu pembekal penyelesaian bio-bahan terkemuka dalam industri semula jadi, kesihatan dan penjagaan peribadi, hari ini mengumumkan harga penawaran awam awal komitmen firmanya sebanyak 2,200,000 syer biasa, nilai tara US$0.0001 bagi setiap syer ("Syer") pada harga penawaran awam bernilai $5.00 bagi setiap Syer ("Penawaran"), untuk jumlah hasil kasar sebanyak $11.0 juta, sebelum tolakan diskaun penajaan jaminan, komisen dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Selain itu, BON telah memberikan pilihan 45 hari kepada penaja jaminan untuk membeli 330,000 Syer tambahan pada harga penawaran awam, kurang diskaun penaja jaminan dan komisen. Syer dijangka akan mula didagangkan di Nasdaq Capital Market di bawah simbol ticker "BON" pada 24 Jun 2021. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 28 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

Syarikat bercadang menggunakan hasil untuk modal kerja, bagi mengembangkan rangkaian jualan dan pengedaran, penyelidikan dan pembangunan mereka, serta untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.

U.S. Tiger Securities, Inc. dan Newbridge Securities Corporation bertindak sebagai pengurus penaja jaminan seteraju utama dan R.F. Lafferty & Co. Inc. bertindak sebagai pengurus penaja jaminan teraju utama bersama.

Sekuriti Syarikat yang diterangkan di atas ditawarkan menurut pernyataan pendaftaran berkesan pada Borang F-1 (No. Fail SEC 333-251182), yang difailkan sebelum ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 14 Mei 2021, selepas itu dipinda dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 23 Jun 2021, iaitu salinan yang difailkan dengan SEC dan tersedia di laman web SEC di www.sec.gov. Tawaran ini dibuat hanya melalui prospektus tersebut.

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat tentang Penawaran sekuriti yang belum selesai dan kami tidak dapat memberikan jaminan yang Penawaran tersebut akan dilengkapkan.

Siaran akhbar ini bukan tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana tawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Bon Natural Life Limited

Syarikat ini menumpukan pada pengeluaran bahan penjagaan peribadi, seperti sebatian wangian yang di ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan untuk pengeluar wangian dan haruman, makanan tambahan kesihatan semula jadi seperti minuman serbuk dan produk bahan makanan bioaktif yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan tambah makanan dan makanan tambahan pemakanan oleh pelanggannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat diwww.bnlus.com.

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan prospektif merangkumi pernyataan berkenaan rancangan, objektif, matlamat, strategi, acara atau prestasi akan datang dan anggapan dasar serta pernyataan lain yang selain pernyataan fakta sejarah. Apabila Syarikat menggunakan perkataan seperti "mungkin", "akan", "bercadang", "hendaklah", "percaya", "menjangka", "mengharapkan", "mengunjurkan", "menganggarkan" atau ungkapan serupa yang tidak hanya berkaitan dengan hal sejarah, Syarikat sedang membuat pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif bukanlah jaminan prestasi akan datang dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan hasil sebenar menjadi berbeza secara material daripada jangkaan Syarikat yang dibincangkan dalam pernyataan prospektif tersebut. Pernyataan ini tertakluk pada ketidakpastian dan risiko termasuk tetapi tidak terhad kepada, berikut: matlamat dan strategi Syarikat; pembangunan perniagaan masa hadapan Syarikat; permintaan dan penerimaan produk dan perkhidmatan; perubahan dalam teknologi; keadaan ekonomi; pertumbuhan pasaran semula jadi, kesihatan dan penjagaan peribadi di China serta pasaran antarabangsa lain yang Syarikat rancang untuk berikan perkhidmatan; reputasi dan jenama; kesan persaingan dan harga; peraturan kerajaan; naik turun dalam keadaan ekonomi dan perniagaan umum di China dan pasaran antarabangsa yang Syarikat rancang untuk memberikan perkhidmatan dan anggapan dasar atau berkaitan dengan mana-mana risiko yang disebut di atas dan risiko lain yang terkandung dalam laporan difailkan oleh Syarikat dengan SEC. Atas sebab ini, antara lainnya, pelabur diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar pada sebarang pernyataan prospektif dalam siaran akhbar ini. Faktor tambahan dibincangkan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC, yang tersedia untuk disemak di www.sec.gov. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula pernyataan prospektif ini secara umum untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang timbul selepas tarikh yang dinyatakan di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Di Amerika Syarikat:Di China:
Maggie Zhang | Impact IRSophie Zhang| Impact IR
Telefon: (646) 893-8916 
E-mel: maggie.zhang@irimpact.comE-mel: sophie.zhang@irimpact.com